KUALA LUMPUR: Bekas atlet trek dan padang legenda Amerika Syarikat Jacqueline Joyner-Kersee pernah berkata: "Umur bukan penghalang, tetapi batasan yang anda fikirkan."
Kata-kata pemenang pingat emas Olimpik tiga kali itu, terpahat kukuh dalam fikiran pendaki gunung Malaysia N. Elanghovan, 64, atau lebih dikenali sebagai Elango, yang bertekad mahu menakluk Gunung Everest dalam tempoh dua bulan.
Sekiranya misi itu berjaya, beliau antara rakyat Malaysia tertua yang berjaya menawan puncak tertinggi dunia itu.
Setakat ini hanya kira-kira dua dozen rakyat Malaysia berjaya mendaki Everest, yang mempunyai ketinggian 8,849 meter.
"Umur bukan faktor. Ia adalah minda yang perlu kita takluki. Kita perlu mempunyai fikiran yang positif untuk mencapai matlamat kita, tidak kira sama ada ia kecil atau besar. Saya percaya saya boleh realisasikan impian sepanjang hayat saya," kata Elango kepada Bernama.
Dilahir dan dibesarkan di Cameron Highlands, yang telah biasa menelusuri teres berbukit dan hutan sejak muda dan cintanya kepada alam semula jadi sudah menjadi ibarat darah daging dalam diri beliau.
"Kami biasa keluar potong kayu, meredah hutan dan gunung di Cameron Highlands, jadi saya sudah biasa mendaki dan aktiviti berkaitan. Hutan adalah seperti rumah kedua bagi saya dan saya sentiasa menghormati setiap bukit dan gunung yang saya daki, tidak kira kecil atau besar.
"Berasal dari Cameron Highlands, komuniti luar bandar, saya tidak dapat capai banyak perkara semasa saya muda. Tetapi selepas menempuh kehidupan pada usia ini, saya mahu mencapai perkara yang lebih besar," kata bekas pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang memutuskan untuk bersara awal, tujuh tahun lalu bagi menumpukan aktiviti pendakian.
Elango ialah ahli 'Keluarga Malaysia-Everest Expedition 2022' diketuai pendaki Everest dua kali, T. Ravichandran, 57. Ia turut disertai Oisin Jangin Bagly, 25, dari Sarawak dan warga Sabah, Adelinah Lintanga, 35. Mereka akan berlepas ke Kathmandu, Nepal, pada 25 Mac sebelum meneruskan destinasi ke Lukla, beberapa hari kemudian.
Elango berkata pasukan itu dijangka tiba di Everest Base Camp (EBC) pada awal April, selepas mendaki sembilan hari dari Lukla, untuk menjalani latihan teknikal dan penyesuaian di kawasan tinggi serta keadaan cuaca yang melampau, sebelum cuba menakluk puncak tertinggi dunia itu pada Mei.
Bagi mempersiapkan dirinya untuk ekspedisi itu, Elango telah berjaya menawan puncak Island Peak (6,189m), Everest Base Camp (5,360m), Annapurna Base Camp (4,130m) dan Gunung Kalapathar (5,643m), semuanya di Nepal, serta Gunung Kilimanjaro (5,895m) di Tanzania - puncak tertinggi di benua Afrika dan Gunung Fuji (3,776m) di Jepun.
Ravichandran yang lebih dikenali sebagai Ravi Everest, selepas berjaya menawan gunung tertinggi dunia itu dari South Face yang popular di Nepal dan North Face di Tibet, percaya dengan kemampuan Elango.
"Saya percaya keupayaan Elanghovan untuk mencapai impiannya berdasarkan prestasinya semasa pendakian dan latihan bersama sebelum ini. Dia telah menunjukkan prestasi yang sangat baik semasa latihan, dengan kematangan, kesediaan dan ketenangannya. Saya fikir dia akan melakukan lebih baik daripada apa yang kami semua lakukan pada perjalanan pertama kami.
"Saya berharap kumpulan rakyat Malaysia akan berdiri di puncak bersama-sama dan kembali ke tanah air dengan selamat. Apabila kembali, saya berharap kami akan dapat meluangkan enam bulan masa kami untuk masyarakat, memberi inspirasi kepada orang kurang upaya untuk mencapai tahap yang lebih tinggi seperti yang telah kami janjikan," katanya.
Elango telah merancang untuk menawan Everest pada tahun 2020 selepas membuat persiapan dari segi fizikal dan mental tetapi penularan pandemik COVID-19, dia terpaksa menunggu dengan sabar selama dua tahun untuk merealisasikan impiannya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 19 2022
"Umur bukan faktor. Ia adalah minda yang perlu kita takluki. Kita perlu mempunyai fikiran yang positif untuk mencapai matlamat kita, tidak kira sama ada ia kecil atau besar." - Bernama
Trump angkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47
Donald Trump angkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden menandakan perubahan besar dalam pentadbiran Amerika Syarikat.
PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah
Perdana Menteri Anwar telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global.
60 peratus wanita di Malaysia tidak pernah jalani saringan kanser serviks
Statistik itu mencerminkan tahap kesedaran yang masih rendah dalam kalangan wanita mengenai kepentingan pengesanan awal penyakit terbabit.
Krisis sebenar adalah pada kepimpinan, bukan perubahan iklim - Jemilah
Krisis sebenar dihadapi dunia terletak kepada kepimpinan yang gagal membuat keputusan dan tindakan bermakna untuk menangani isu perubahan iklim.
SUKMA 2026 di Selangor dijangka berlangsung Ogos - Exco
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor dijangka berlangsung pada bulan Ogos, kata Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Mohd Najwan Halimi.
Pelarasan pencen susulan SSPA: Veteran boleh hubungi JHEV jika ada persoalan
Veteran ATM yang mempunyai persoalan mengenai kiraan pencen susulan pelaksanaan SSPA boleh berhubung dengan JHEV ATM untuk penerangan.
Abang Johari cadang pertubuhan Melayu wujudkan dana amanah
Premier Sarawak cadang pertubuhan Melayu di Sarawak mewujudkan dana amanah bagi memelihara dan menguruskan hartanah milik orang Melayu di negeri itu.
Syarikat logistik Malaysia digesa teroka peringkat serantau - Liew
Syarikat Malaysia, terutamanya yang berkecimpung dalam sektor logistik, perlu meneroka ke peringkat serantau dengan pendekatan keseluruhan kerajaan untuk menjadi jaguh antarabangsa.
JBPM dijangka terima tiga helikopter baharu tahun depan
JBPM dijangka menerima tiga helikopter baharu AgustaWestland AW139 pada tahun depan, dalam usaha meningkatkan keupayaan penyelamatan terutama di kawasan pedalaman.
NRES siasat dakwaan tanah pusaka dijual pihak tidak dikenali - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan siasat dakwaan sebuah keluarga kerugian RM500,000 apabila tanah pusaka diwarisi mereka dijual pihak tidak dikenali.
Elanghovan dapat pengiktirafan Malaysia Book of Records rakyat Malaysia tertua daki Everest
Pendaki gunung, N. Elanghovan, menerima Anugerah Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai rakyat Malaysia tertua mendaki puncak Gunung Everest.
Elanghovan rakyat Malaysia tertua takluk Everest
Elango mengemukakan permohonan agar pencapaiannya itu tercatat dalam Buku Rekod Malaysia.
Elango, 64, teruja takluk Everest!
Sekiranya misi itu berjaya, beliau antara rakyat Malaysia tertua yang berjaya menawan puncak tertinggi dunia itu.