KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menghentikan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (OKU) kepada seorang pengemis yang memiliki kereta Proton X70 Premium, seperti yang tular baru-baru ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata beberapa tindakan turut diambil terhadap individu terbabit, termasuk memberikan amaran dan melengkapkan surat aku janji sebagai jaminan tidak mengemis.
"Berdasarkan siasatan, betul Yang Berhormat menyatakan bahawa individu yang ditularkan itu ada menerima bantuan elaun pekerja OKU sebanyak RM450.
"Ada beberapa tindakan telah diambil seperti memberi amaran, melengkapkan surat aku janji sebagai jaminan untuk tidak mengemis, dan bantuan diberhentikan sejak Mac 2024.
"Siasatan lanjut juga mendapati bahawa dia kini bekerja sebuah syarikat bas sebagai penyelia syif, dengan anggaran pendapatan RM2,000," katanya di Dewan Rakyat, pada Selasa.
Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) mengenai tindakan kementerian membendung isu OKU yang menerima Elaun Pekerja OKU dengan mengambil contoh kes pengemis yang memiliki kereta jenis Proton S70.
Pada 22 Februari lalu, JKM Maran membongkar keadaan hidup seorang OKU yang mengemis tetapi mampu memiliki kereta Proton X70 Premium.
Siasatan mendapati lelaki OKU yang memiliki kedua-dua tangan yang kecil itu berupaya memperoleh sehingga RM500 kutipan sumbangan orang ramai dalam tempoh lima jam di pasar malam.
Memberitahu Dewan Rakyat, Noraini (BN-Parit Sulong) berkata di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977, tiada hukuman punitif terhadap golongan mengeksploitasi kekurangan diri untuk menjana kemewahan.
Ujarnya lagi, kementerian sedang menyemak semula Akta Orang-Orang Papa 1977 secara komprehensif bagi menambah baik pengendalian isu orang papa dan gelandangan.
"Betul, akta ini tidak ada peruntukan berbentuk punitif kerana asasnya berprinsipkan kebajikan.
"Dalam konteks kebajikan, objektifnya ialah memulihkan seseorang yang berada dalam kesukaran apabila boleh membantu kembali berdikari," katanya.
Noraini menambah kajian ke atas Akta Orang-Orang Papa 1977 dilaksanakan selama 21 bulan dan dijangka siap pertengahan tahun ini, dengan dapatan akhir akan dibentang kepada kementerian.
Hasimi Muhamad
Tue Mar 12 2024

Noraini (foto) berkata beberapa tindakan turut diambil terhadap individu terbabit, termasuk memberikan amaran dan melengkapkan surat aku janji sebagai jaminan tidak mengemis. -Foto JaPen

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Elaun Pekerja OKU pengemis miliki Proton X70 dihentikan - Noraini
Noraini berkata di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977, tiada hukuman punitif terhadap golongan mengeksploitasi kekurangan diri untuk menjana kemewahan.