KOTA KINABALU: Biarpun suaranya tidak seperti penyanyi legenda Elvis Presley tetapi kerana namanya Elvis Pilep, dia sering diminta menyanyikan lagu dendangan penyanyi terkenal Hollywood itu.
Elvis, 31, bersama rakan pemuzik jalanan (buskers) kini mampu menarik nafas lega setelah mendapat 'lampu hijau' daripada kerajaan untuk mengadakan persembahan sekali gus menjana kembali sumber pendapatan yang terjejas akibat COVID-19.
Bekas guru muzik di sebuah sekolah swasta itu berkata sejak COVID-19 melanda negara, mereka turut terkesan kerana tidak dapat mengadakan persembahan di tempat-tempat yang telah ditetapkan oleh persatuan buskers di negeri ini iaitu Sabah Buskers Community (SBC).
"Pendapatan sekarang bertambah baik (sejak dibenarkan), saya mengadakan persembahan dengan menyanyikan lagu-lagu moden dan komersial serta menggunakan instrumen tradisi dan pengunjung banyak memberikan tip," katanya kepada Bernama.
Bekas graduan daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) itu berkata antara lagu Elvis Presley yang sering dinyanyikannya ialah 'Blue Suede Shoes', 'Can't Help Falling in Love', 'Crazy Little Thing Called Love' dan 'My Way'.
Elvis yang bernaung di bawah SBC berkata pemuzik jalanan diberikan jadual penggiliran bagi setiap persembahan dan dia mengadakan persembahan secara solo di beberapa tempat antaranya Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan pusat beli-belah di sekitar Inanam.
Bagi setiap persembahan, dia akan menyanyikan antara 60 hingga 90 lagu termasuk yang diminta orang ramai, justeru bagi mengekalkan staminanya agar sentiasa bertenaga, Elvis akan melakukan latihan dan aktiviti memanaskan badan sebelum membuat persembahan.
Sementara itu, Hendry Jublin, 52, turut menarik nafas lega apabila dapat menghiburkan orang ramai, kerjaya baharunya setelah diberhentikan kerja sebagai pengurus projek di sebuah syarikat yang terjejas akibat pandemik itu.
Bapa kepada lima cahaya mata itu menggunakan sepenuhnya bakat yang diwarisi keluarga untuk mencari rezeki dengan mengadakan persembahan meniup 'pan flute' (seruling leper), hasil buatan tangannya sendiri sambil diiringi muzik tradisional.
"Alat muzik yang digunakan ini adalah daripada pokok buluh dan memakan masa kira-kira sebulan untuk disiapkan, pembuatannya harus teliti bagi memastikan seruling itu ada bunyi Do Re Mi," katanya yang menjelaskan empat anaknya juga mahir bermain alat muzik.
Hendry yang berasal dari daerah Tambunan berkata semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia hanya membuat persembahan di Facebook dan pendapatannya agak berkurangan malah pernah mendapat RM20 sahaja.
"Tetapi bersyukur sebab ada juga (duit). Sekarang walaupun persembahan secara solo ia sudah memadai kerana kami boleh mengadakan persembahan terutamanya untuk peminat buskers," katanya yang turut mahir bermain piano dan keyboard.
Pada 25 Feb lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan membenarkan pemuzik jalanan atau buskers sepenuh masa di seluruh negara membuat persembahan di restoran dan gerai makan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
VIDEO: Pemuzik jalanan atau busker dibenarkan beroperasi di kawasan PKP
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 28 2021

Elvis berkata mereka sebelum ini tidak dapat mengadakan persembahan di tempat-tempat yang telah ditetapkan oleh persatuan buskers. - Foto Facebook/@SXYB20
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Elvis Presley 'hidup semula', bakal jayakan konsert dengan teknik AI
Bukan hanya 'dihidupkan', Elvis yang meninggal dunia pada 1977 akan mengadakan konsert di Amerika Syarikat tahun ini.

Kot milik Elvis dilelong lebih dari AS$127,000
Kot buatan khas yang dipakai Elvis Presley sepanjang tahun terakhir hidupnya telah dijual pada harga lebih GBP100,000.

Pembedahan bariatrik punca kematian Lisa Marie Presley - Laporan
Lisa Presley didakwa mengalami kesakitan perut beberapa hari sebelum kematiannya.

Lisa Marie Presley dijadual disemadikan di Graceland pada Ahad
Lisa Marie akan dikebumikan sebelum upacara peringatan yang akan diadakan pada Ahad jam 9 pagi di laman utara Graceland.

Lisa Marie Presley meninggal dunia
Anak perempuan kepada legenda rock & roll Elvis Presley dan pelakon Priscilla Presley meninggal dunia pada usia 54 tahun.

Lisa Marie Presley alami serangan jantung, dikejarkan ke hospital
Sumber memaklumkan pasukan paramedik memberi bantuan pernafasan kepada Lisa Marie pada Khamis di rumahnya di Calabasas sebelum dia dikejarkan ke hospital.

'Elvis Presley' dan rakan lega boleh cari rezeki
Elvis Pilep kini menarik nafas lega setelah mendapat 'lampu hijau' untuk mengadakan persembahan dan menjana sumber pendapatan semula.

NBC raikan ulang tahun 'kemunculan semula' Elvis Presley di televisyen
Pada 17 Februari, rancangan tribute untuk Elvis Presley telah ditayangkan di NBC pada jam 9 malam sempena '68 Comeback Special (Edisi ulang tahun ke-50) Elvis.

Kanye West cadang beli Graceland
West bercadang untuk membeli kediaman milik 'Raja Rock and Roll' untuk kekasihnya Kim Kardashian dan anak mereka, North.

Kami patut bertanding lebih kerusi - SAPP
"Jika kami tahu kecelaruan dalaman Pakatan berlarutan, kami akan bersedia untuk bertanding lebih kerusi."