KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret semalam memberi amaran kepada bekas isteri Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal, Emilia Hanafi supaya tidak menggunakan sijil cuti sakit (MC) sebagai 'tiket' untuk tidak hadir ke mahkamah dalam perbicaraan kes dihadapi ahli perniagaan terkenal itu atas dakwaan mencederakannya.
Majistret Nadia Othman juga membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Emilia, 43, selepas berpuas hati dengan penjelasan wanita itu berhubung ketidakhadirannya beberapa kali dalam perbicaraan kes yang ditetapkan sebelum ini.
"Waran tangkap dibatalkan dan saya memberi amaran kepada pengadu (Emilia) supaya hadir pada tarikh akan datang. Saya sentiasa ingatkan kehadiran semua pihak supaya mengikut prosedur.
"Sijil cuti sakit bukan satu tiket untuk tidak hadir ke mahkamah. Sekiranya perlu, seperti yang saya minta pada Puan Emilia tadi, kemukakan laporan perubatan untuk mengesahkan sakit dan ketidakhadiran ke mahkamah. Perbicaraan akan diteruskan pada 15 Julai ini," katanya pada sebutan kes berhubung waran tangkap terhadap Emilia.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin memohon mahkamah membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan pada 15 Jun lepas ke atas Emilia berdasarkan penjelasan wanita itu.
Sementara itu, Emilia yang memberi keterangan dari kandang saksi berkata beliau tidak hadir pada perbicaraan kes itu pada 14 dan 15 Dis 2021, 28 Feb, 4 Mac, 20 April, 20 Mei dan 15 Jun (2022) berikutan keadaan kesihatannya yang tidak memuaskan selain tertekan apabila waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah berhubung kes lain.
"Apabila tertekan, saya jatuh sakit. Saya juga mengalami sakit perut, muntah-muntah dan cirit-birit dan kemudian saya dapatkan sijil cuti sakit dari Klinik Kesihatan kerajaan di Kelana Jaya pada 14 Dis dan keesokannya (15 Dis 2021) di Klinik Kesihatan Kota Damansara atas masalah kesihatan yang sama.
"Pada 28 Feb lepas (2022), saya telah menghantar anak-anak ke sekolah di Cheras dan saya mengalami demam selesema, kemudian terus ke klinik berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan manakala 4 Mac pula, saya didapati kontak rapat COVID-19," katanya.
Jelas wanita itu, pada 20 April beliau memberitahu mahkamah bahawa giginya berlubang, bernanah dan terkena jangkitan dan beliau telah mendapatkan rawatan di klinik pergigian di UTC Shah Alam dan dinasihatkan membuat rawatan akar atau mencabut gigi kerana keadaan giginya tidak dapat diselamatkan.
"Pada 20 Mei, saya kemudian mendapatkan pandangan kedua dari Klinik Kesihatan Tanglin. Tetapi, saya memilih buat rawatan di Shah Alam kerana di sana rawatannya lebih baik dan saya telah mendapatkan surat rujukan doktor manakala pada 15 Jun lalu, saya pergi UTC Shah Alam dan diberitahu tidak perlu cabut gigi dan bertahan.
"Saya pergi berjumpa pakar di Shah Alam dan dapatkan rawatan tetapi gigi masih bengkak. Jadi, apabila datang ke mahkamah saya rasa tertekan. Tetapi sekarang saya rasa lega," kata Emilia.
Selepas mendengar penjelasan Emilia, Majistret Nadia meminta wanita itu mengesahkan bahawa beliau tidak mempunyai penyakit kronik dan Emilia menjawab: "Tiada".
Nadia berkata beliau berpuas hati dengan penjelasan Emilia dan mengingatkan semua pihak termasuk tertuduh untuk hadir ke mahkamah demi kelancaran kes.
"Saya tidak mahu kes ini ditangguhkan. Kalau mengikut rekod saya, ada 38 sebutan untuk kes ini sahaja. Tambahan pula peguam, Timbalan Pendakwa Raya dan saksi-saksi hadir ke mahkamah malah mahkamah bersedia untuk mendengar kes ini. Ini kes anda, mahkamah bersedia, jadi awak perlu hadir. Saya tidak mahu terima penjelasan yang bukan-bukan selepas ini," kata Nadia.
SM Faisal selaku Orang Kena Tuduh (OKT) yang diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader hadir manakala dua peguam pemerhati iaitu Datuk Khairul Anwar Rahmat dan Nazri Yahya hadir bagi pihak Emilia.
Mengikut pertuduhan, SM Faisal didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emilia yang merupakan isterinya (ketika kejadian) di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields di sini antara 12.30 tengah hari dan 4.30 petang mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 27 Jun lepas, Emilia dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara tujuh hari kerana gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengenai tarikh lawatan tiga anaknya dan wanita itu dibebaskan dari penjara pada 1 Julai lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 06 2022

Emilia ketika hadir di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur, 6 Julai 2022. --fotoBERNAMA
KUSKOP peruntuk RM12 juta tahun ini - Ewon
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperuntukkan RM12 juta bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) tahun ini.
Dipenjara 2 bulan, denda RM1,000, curi baju, tudung, selipar
Seorang suri rumah dipenjara dua bulan dan didenda RM1,000 kerana mencuri beberapa barangan, termasuk pembersih muka di sebuah pasar raya.
Zahid yakin SPRM, belum sempat ziarah Ismail Sabri
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dan berlaku adil ke atas empat pegawai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pada masa yang sama ketika sidang media sempena sambutan Ulang Tahun Ke-34 UMNO Sabah di Tawau, beliau memberitahu masih tidak sempat menziarahi Ismail Sabri yang menerima rawatan di hospital.
Pada masa yang sama ketika sidang media sempena sambutan Ulang Tahun Ke-34 UMNO Sabah di Tawau, beliau memberitahu masih tidak sempat menziarahi Ismail Sabri yang menerima rawatan di hospital.
[Data & Statistik] Indeks Persepsi Rasuah 2024
Ikuti ulasan Irfan Faruqi berkenaan dengan Indeks Persepsi Rasuah 2024.

KKM sasar turunkan prevalens bantut kepada 14.2 peratus menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) meletakkan sasaran untuk menurunkan prevalens pertumbuhan terbantut bagi kanak-kanak berusia bawah lima tahun kepada 14.2 peratus menjelang 2030.
Ismail Sabri masih perlukan pemantauan rapi doktor
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital.
SPRM tahan dua bergelar Datuk, antara 4 pegawai Ismail Sabri
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.
AWANI Borneo [23/2/2025] – Petros-Petronas | Pembangunan | Ramalan MetMalaysia
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Emilia tarik balik kes, SM Faisal dilepas, dibebaskan
Mahkamah Majistret melepas dan membebaskan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin daripada pertuduhan mencederakan bekas isterinya Emilia Hanafi, lapan tahun lalu.

SM Faisal, bekas isteri akan berunding selesai kes di luar mahkamah
Mahkamah Majistret hari ini diberitahu bahawa Emilia Hanafi dan bekas suaminya, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin akan berunding secara baik untuk menyelesaikan kes berhubung dakwaan wanita itu dicederaka

Mahkamah benarkan perenggan kenyataan Emilia digugurkan
Majistret Nadia Othman memutuskan demikian semasa prosiding kes Emilia, yang didakwa dipukul SM Faisal, lapan tahun lalu.

"Saya jual makanan untuk tanggung tiga anak" - Emilia
Emilia bekerja sambilan kerana perlu menguruskan persekolahan tiga anak lelakinya termasuk menghantar dan mengambil mereka dari sekolah.

Bicara kes SM Faisal: Anak lelaki sambung beri keterangan 13 Jan
Anak lelaki SM Faisal dan Emilia Hanafi akan menyambung keterangannya pada 13 Jan ini.

SM Faisal, Caprice bincang selesai kes saman - Peguam
Pihak-pihak dalam kes saman Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap penyanyi rap Caprice sedang berusaha menyelesaikan kes itu secara baik sebelum perbicaraan bermula pada 4 Okt 2023.

Waran tangkap dikeluarkan terhadap Emilia
Emilia Hanafi dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur kerana gagal hadir dalam prosiding lawatan tiga anaknya.

Adik perempuan dakwa Emilia telah dipukul sejak 2011
Mahkamah Majistret diberitahu bahawa ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin telah memukul bekas isterinya, Emilia Hanafi, sejak 2011.

SM Faisal kekasih Emilia yang serius: Adik Emilia
SM Faisal telah bertemu dengan Emilia semasa bermain kasut roda ketika remaja.

Bicara kes SM Faisal cederakan bekas isteri ditangguh 25 Nov
Perbicaraan kes SM Faisal yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Emilia yang dijadualkan hari ini, ditangguhkan ke 25 Nov.