Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memberi amaran paras air Empangan Muda, Kedah kini berada pada tahap kritikal dan tidak lagi mampu menyokong paras air Sungai Muda ketika musim kemarau.
Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP Datuk Jaseni Maidinsa berkata ini kerana kapasiti 160 bilion liter air Empangan Muda dilaporkan hanya berada pada tahap 7.44 peratus pada Khamis.
Beliau berkata paras air Sungai Muda di muka sauk Lahar Tiang dilaporkan pada 1.77 meter pada Khamis.
Paras normal sungai melebihi 2.0 meter.
"Oleh itu, paras air Sungai Muda amat bergantung kepada hanya satu empangan lain di Kedah iaitu Empangan Beris yang berkapasiti 120 bilion liter.
Bagi mengekalkan paras air Sungai Muda, Empangan Beris melepaskan sejumlah 864 juta liter air sehari," menurutnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
BACA: Catu air jika kemarau berterusan di Kedah - Xavier
BACA: Operasi pembenihan awan di Kedah dan Pulau Pinang
Jaseni menggesa pihak berkuasa dan agensi berkaitan mengutamakan proses pembenihan awan di kawasan tadahan Empangan Beris dan Empangan Muda serta lembangan Sungai Muda.
Beliau berkata penting untuk memastikan simpanan air mentah Empangan Beris mampu bertahan sehingga musim hujan atau kawasan Kedah Selatan dan Pulau Pinang akan berdepan dengan krisis air.
"Penting bagi Kedah dan kerajaan Persekutuan membentuk satu pelan kontigensi bagi menyokong atau melindungi perkhidmatan bekalan air di selatan Kedah dan Pulau Pinang, sekiranya musim kemarau berpanjangan.
"Oleh itu, kami memberi amaran agar Kedah dan kerajaan Persekutuan segera mengambil tindakan bagi memastikan tidak berlaku catuan air di selatan Kedah dan Pulau Pinang pada 2020," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 14 2020

Kapasiti 160 bilion liter air Empangan Muda dilaporkan hanya berada pada tahap 7.44 peratus pada Khamis. - Gambar fail

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

Bekalan air dari LRA Bukit Temoh kembali pulih - LAP
Bagaimanapun, kerja tambakan tanah dan pemasangan paip baharu di kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Tapah masih diteruskan.

Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.

Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.

Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.

Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.

Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.

Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.

Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.

Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.

Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.