KOTA BHARU: Pembinaan empangan hidroelektrik di Nenggiri, Gua Musang kini berada pada peringkat pelaksanaan, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata pelaksanaan projek berkenaan bukan sahaja untuk penjanaan tenaga bahkan ia merupakan inisiatif untuk mengurangkan kejadian banjir.
"Empangan yang dijangka beroperasi pada 2026 itu bakal menyalurkan 300 megawatt (MW) kepada Grid Nasional apabila siap kelak, selain ia juga dapat menjadi punca bekalan air.
"Dalam tempoh terdekat iaitu sekitar satu bulan lagi, projek pecah tanah akan diadakan untuk kita laksanakan (pembinaan) empangan Nenggiri ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Keluarga Kota Bharu di Sekolah Maahad Muhammadi Lelaki, Pengkalan Chepa, di sini pada Ahad.
Mengulas lanjut, Takiyuddin turut menyangkal dakwaan segelintir pihak bahawa kerajaan tidak mengambil berat aspek kepentingan Orang Asli susulan pembinaan empangan berkenaan.
Katanya, segala tindakan yang diambil oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan kerajaan adalah berdasarkan undang-undang, sekali gus tidak timbul isu kerajaan tidak mengambil berat kebajikan Orang Asli dan sebagainya.
"Undang-undang mengatakan kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil tanah orang tertentu tanpa pampasan sepatutnya, jadi pampasan dan sagu hati telah dibayar termasuk pembinaan rumah kepada mereka yang terlibat.
"Kita juga berharap pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya lebih bertanggungjawab dalam melontarkan segala tohmahan kepada kerajaan dan TNB," katanya.
Media sebelum ini melaporkan projek pembinaan Empangan Nenggiri mendapat bantahan daripada kumpulan yang menentang projek itu kerana didakwa akan menghapuskan identiti masyarakat Orang Asli dan hubungan mereka dengan alam sekitar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 27 2022

Takiyuddin (dua, kiri) merasmikan Pelancaran Keluarga Kota Bharu di Maahad Muhammadi Lelaki Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam. --fotoBERNAMA

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.

Balak dikeluarkan dahulu sebelum Empangan Nenggiri dibina
Sumber mineral yang terdapat di kawasan empangan itu turut dibenarkan dibawa keluar oleh syarikat yang diberikan konsensi.

Empangan Nenggiri pada peringkat pelaksanaan - Takiyuddin
Pelaksanaannya bukan sahaja untuk penjanaan tenaga bahkan ia adalah inisiatif mengurangkan kejadian banjir.