ALOR SETAR: Pembinaan dua empangan Sabo di Kampung Iboi, Baling, bagi memperlahankan aliran air Sungai Kupang dari Gunung Inas, kini dalam proses penilaian tender.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata proses itu sedang dilakukan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan kedua-dua empangan itu akan membabitkan kos RM20 juta.
"Empangan Sabo itu juga bertujuan menyekat kayu dan bongkahan batu yang hanyut bersama aliran air deras yang boleh memusnahkan penempatan penduduk," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri telah mengadakan mesyuarat khas bersama pelbagai agensi di bawah kerajaan Persekutuan pada Ahad lepas, berkenaan menangani kesan banjir di daerah Baling yang berlaku baru-baru ini.
Menurutnya selain pembinaan dua Empangan Sabo tersebut, perkara lain yang diputuskan pada mesyuarat itu ialah Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Baling yang melibatkan tiga fasa.
Katanya proses mengeluarkan tender bagi RTB Baling Fasa 1 dengan kos RM15 juta dijangka diselesaikan pada Februari tahun depan, manakala RTB Baling Fasa 2 dengan kos RM160 juta kini dalam proses penilaian tender.
"RTB Baling Fasa 3 pula dalam proses penyediaan kerta kerja untuk diangkat dalam permohonan bencana Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12)," katanya.
Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata Pejabat Daerah Baling akan membaiki atau membina semula tiga titi di Kampung Padang Empang, Kampung Tanjung dan di jalan Kampung Iboi yang musnah atau rosak akibat banjir baru-baru ini.
Selain itu, katanya kerosakan cerun atau tanah runtuh yang dilaporkan berlaku di Kampung Kepala Bukit, Sekolah Menengah Agama Yayasan Khairiah dan di Kampung Tualang juga akan diambil tindakan.
"Sebuah jambatan baharu akan dibina di Kampung Padang Cina dengan kos RM3 juta, selain sembilan titi konkrit akan dibina atau dibaiki di beberapa kampung. Kesemua projek ini di bawah tanggungjawab Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Negeri Kedah," katanya.
Menurutnya kerajaan negeri juga sedang memberikan perhatian terhadap banyak aduan kerosakan infra termasuk tebing runtuh di beberapa lokasi yang berdasarkan penilaian, kos membaik pulih kerosakan dan tebing runtuh itu dianggar RM5.6 juta.
Dalam kejadian banjir pada minggu lepas, kira-kira 650 mangsa dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara di Baling selain menyebabkan kerosakan infrastruktur di beberapa kawasan di daerah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata proses itu sedang dilakukan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan kedua-dua empangan itu akan membabitkan kos RM20 juta. - Gambar fail/Sinar Harian
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Empangan Sabo di Yan siap 50 peratus, bakal minimakan impak kejadian kepala air
Empangan Sabo di Yan kini telah 50 peratus pembinaannya dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Jun 2023.

Tragedi kepala air: KASA cadang bina empangan kecil di kawasan berbukit
Konsep Empangan Sabo banyak digunakan di Jepun dan beberapa negara seperti Thailand dan Indonesia.