Yayasan Pulau Orang Utan meminta kerajaan negeri Perak mendalamkan Empangan Tasik Bukit Merah di sini bagi memastikan industri pelancongan di kawasan itu tidak terjejas terutama ketika musim panas dan kering.
Ketua Pegawai Operasinya Dr D. Sabapathy berkata penyusutan air tasik Bukit Merah memaksa Pulau Orang Utan ditutup sementara sejak 11 April lalu kerana bot tidak dapat beroperasi.
Beliau berkata pihak pengurusan terpaksa menggunakan tiga buah kayak yang boleh dinaiki enam orang pekerja dalam satu-satu masa untuk menghantar makanan dan minuman bagi Orang Utan di pulau itu.
"Kami perlu menghantar bekalan makanan dan air paip setiap hari bagi keperluan 24 ekor Orang Utan yang ada di pulau itu dengan berkayak selama dua jam untuk sampai.
"Orang utan ini hanya boleh diberi minum air paip, kerana air tasik itu tidak sesuai dan boleh menjejaskan kesihatannya," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Tinjauan Bernama hari ini mendapati tiga buah bot untuk membawa pengunjung ke Pulau Orang Utan tersadai di jeti Pulau Orang Utan.
Paras air di Empangan Tasik Bukit Merah adalah 6.10 meter berbanding 6.15 meter pada semalam dan penyusutan itu disebabkan cuaca panas akibat fenomena El Nino.
Paras biasa air di empangan tersebut adalah 8.68 meter.
Sementara itu, Pegawai penyelidik Pulau Orang Utan Helmy Mohd Juli berkata Orang Utan perlu diberi makan tiga kali sehari dengan purata tiga hingga enam kilogram (kg) makanan untuk setiap ekor.
"Bekalan makanan termasuk buah-buahan untuk Orang Utan dianggar kira-kira 1,000kg dalam tempoh seminggu," katanya.
Menurut Helmy, selain memastikan mamalia itu mendapat makanan dan minuman yang secukupnya, pihak pengurusan sentiasa memastikan penjagaan kandang haiwan itu sentiasa bersih untuk mengelak jangkitan penyakit.
Bernama
Sat Apr 23 2016
Paras air di Empangan Tasik Bukit Merah adalah 6.10 meter berbanding 6.15 meter pada semalam dan penyusutan itu disebabkan cuaca panas akibat fenomena El Nino. - Gambar fail
'Pertahan kedaulatan negara, biarpun hanya seketul batu karang di lautan' - Agong
Jika kedaulatan tercabar, perlu ada tindakan tegas oleh pihak kerajaan, sama ada melalui saluran diplomatik, undang-undang mahupun pertahanan.
Pesawat United Airlines dikosongkan di landasan akibat masalah enjin
Lebih 100 penumpang dievakuasi dari pesawat di landasan di lapangan terbang Houston, di selatan Amerika Syarikat pada Ahad akibat masalah enjin.
FBM KLCI jatuh, ini 4 punca ia berlaku
Pada Januari 2025, FBMKLCI telah mencatatkan penurunan sebanyak -5.20%, walaupun terdapat beberapa laporan ekonomi yang menunjukkan daya tahan ekonomi Malaysia. Mengapa perkara ini berlaku?
Fandi kagum Tok Gajah tampil luar biasa di Temerloh
Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad memuji aksi anak-anak buahnya yang 'all-out' sekali gus berjaya menempah tiket ke final Piala Malaysia.
Dua lelaki dituduh bunuh warga emas, anak angkat
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas dan anak angkatnya dekat Tongkang Yard, pada 21 Januari lalu.
Terusan Panama: Presiden tegas pertahan kedaulatan
Presiden Panama menegaskan kedaulatan negaranya "tidak boleh dipersoalkan" ketika Trump mendesak agar Washington mengambil semula kawalan Terusan Panama.
RichWorks santuni komuniti, meriahkan kempen Jom Cuci Masjid di Jasin
RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) bersama lebih 150 sukarelawan menyertai kempen Jom Cuci Masjid yang berlangsung di Masjid Chin Chin, Jasin.
Bekas pelajar SPM 11A, berhenti jadi pegawai farmasi, kini bangunkan pen eKamus
Pen eKamus mampu mengenal pasti dan memberikan terjemahan lebih daripada 130 bahasa, termasuk Bahasa Melayu, Arab, Inggeris, Mandarin, Korea, Jepun dan banyak lagi.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal pada hari dagangan pertama Februari berikutan pelabur memberi tumpuan kepada ketegangan perdagangan global.
Tiada pembayaran insentif getah untuk pekebun kecil bagi Januari 2025 - LGM
Insentif Pengeluaran Getah (IPG) tidak diaktifkan untuk pekebun kecil getah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi Januari 2025, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).
Empangan Tasik Bukit Merah perlu didalamkan elak industri pelancongan terjejas
Yayasan Pulau Orang Utan meminta kerajaan negeri Perak mendalamkan Empangan Tasik Bukit Merah.