KUALA LUMPUR: Empat kemudahan atau aset yang dibina hasil sumbangan orang ramai melalui Muslim Care Malaysia (MCM) bernilai RM7.5 juta musnah akibat peperangan di Palestin sejak konflik Israel-Palestin tercetus 7 Okt lepas.
Presiden MCM Zulkifli Wahijan berkata ia membabitkan Masjid Muhammad Al Amin, Kompleks Imigresen Rafah, Pusat Fisioterapi Enaya dan Kompleks Wakaf Palestin.
"Daripada empat aset yang terlibat tiga musnah sepenuhnya manakala hanya kompleks perniagaan (Kompleks Wakaf Palestin) sahaja boleh dibaiki, memandangkan struktur asasnya masih elok dan insya-Allah boleh digunakan.
"Setakat ini kita masih belum rancang untuk memperbaiki kompleks berkenaan dan insya-Allah kerja baik pulih akan dilakukan apabila situasi peperangan di sana reda dan kita juga akan bina semula bangunan-bangunan kita yang musnah," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Iftar Amal Ramadan (Palestin, Syria dan Yaman) di sini malam tadi yang turut dihadiri bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Sementara itu Zulkifli berkata majlis malam tadi yang dihadiri kira-kira 500 peserta daripada pelbagai syarikat korporat berjaya mengumpul dana berjumlah RM2 juta.
Menurutnya MCM menyasarkan untuk mengumpul RM5 juta ringgit sepanjang bulan Ramadan ini, yang akan disalurkan ke Palestin, Syria dan Yaman.
"Enam puluh peratus daripada sumbangan diterima akan diberikan kepada Palestin yang ketika ini terus terkesan akibat serangan ganas yang sudah hampir masuk enam bulan.
"Kita juga akan berikan kepada (rakyat) Syria yang sudah lebih 10 tahun berperang akibat konflik dalaman tak berhenti dan juga Yaman yang ketika ini mengalami krisis," katanya.
Beliau berkata pihaknya sudah menyalurkan RM3 juta kepada Palestin sepanjang bulan Oktober 2023 hingga Mac tahun ini, meliputi bantuan musim sejuk dan makanan.
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank Muslim Care Malaysia 564490211159 atau Bank Islam 14014010147470.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 15 2024

Zulkifli berkata, MCM menyasarkan untuk mengumpul RM5 juta ringgit sepanjang bulan Ramadan ini, yang akan disalurkan ke Palestin, Syria dan Yaman. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Empat aset di Palestin hasil sumbangan menerusi MCM bernilai RM7.5 juta musnah
Ia membabitkan Masjid Muhammad Al Amin, Kompleks Imigresen Rafah, Pusat Fisioterapi Enaya dan Kompleks Wakaf Palestin.

Untung bersih Q2 melonjak 63%, Sime Darby Plantation tumpu strategi perkukuh kumpulan
Mohamad Helmy Othman Basha berkata, keadaan ketika ini amat tidak bersesuaian memandangkan industri ini masih berdepan dengan masalah kekurangan tenaga buruh.

Soljabiru juara Liga Fantasi Bual Bola AWANI
Kelab penyokong Chelsea atasi kelab penyokong Manchester City untuk muncul juara liga bola sepak fantasi.

Liga Fantasi: MyManUtd, Spurs & All Reds semakin rapat
3 pasukan terbawah bersaing sengit manakala Soljabiru terus kekal di puncak.

Soljabiru terus mendahului, My Man Utd kejar rapat Arsenal Malaysia
Soljabiru terus ungguli Liga Fantasi Bual Bola AWANI, My Man United terus pamer peningkatan.

Soljabiru kembali mendahului Liga Fantasi Bual Bola AWANI
Soljabiru kembali mendahului Liga Fantasi Bual Bola AWANI, Arsenal Malaysia paling cemerlang untuk minggu kelapan.

Manchester City ikat Soljabiru, Malaysia Spurs pintas Arsenal
Soljabiru dan Manchester City Malaysia berkongsi mata manakala Malaysia Spurs rampas tempat keempat daripada Arsenal Malaysia dalam Liga Fantasi Bual Bola AWANI.

City perlu gol awal untuk kalahkan Liverpool
Mampukah Liverpool memberi respon yang positif menghadapi serangan bertali arus Manchester City?