PAPAR: Perjalanan yang selesa, itulah yang boleh digambarkan untuk proses penghantaran pulang 157 pendatang dari Depot Imigresen Papar ke Pelabuhan Sandakan pagi ini, menggunakan empat buah bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
Tinjauan Bernama pagi ini di depoh tersebut mendapati, proses dokumentasi penghantaran itu bermula 10 malam tadi berjalan lancar, sebelum bertolak pukul 6 pagi tadi untuk perjalanan kira-kira 400 kilometer yang mengambil masa lapan jam, sebelum mereka dijadual menaiki kapal untuk pulang ke negara masing-masing.
Proses penghantaran berjalan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, manakala kawalan keselamatan melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengiringi bas-bas berkenaan, selain anggota Jabatan Imigresen serta pegawai perubatan daripada Kementerian Kesihatan.
Depot Imigresen Papar terletak kira-kira 45 kilometer arah Selatan dari Kota Kinabalu, mampu menempatkan kira-kira 2,000 tahanan satu-satu masa, dan tahanan terdiri daripada pelbagai warganegara antaranya termasuk Filipina, Indonesia dan Pakistan, yang melanggar peraturan imigresen.
Tempoh penahanan bergantung kepada proses dokumentasi yang dikeluarkan oleh negara asal, sebelum mereka dihantar pulang ke negara masing-masing.
Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff, dijadual mengadakan sidang media di Pelabuhan Sandakan lewat petang ini untuk mengulas lanjut proses penghantaran tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 07 2024

Jabatan Imigresen Negeri Sabah menjalankan proses penghantaran pulang pendatang asing tanpa izin ke negara masing-masing dari Depot Imigresen Papar ke Pelabuhan Sandakan menggunakan empat bas, hari ini. - Foto Bernama

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Empat bas persiaran berhawa dingin untuk penghantaran pulang pendatang di Sabah
Perjalanan yang selesa untuk proses penghantaran pulang 157 pendatang dari Depot Imigresen Papar ke Pelabuhan Sandakan pagi ini.