JOHOR BAHRU: Empat bazar Ramadan di negeri ini diarah tutup serta-merta sebagai langkah berjaga-jaga selepas tapak perniagaan itu dikunjungi individu disyaki positif COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Ayub Jamil berkata penutupan berkenaan antaranya melibatkan bazar Ramadan Kampung Pasir, Jalan Mata Kuching dan bazar Ramadan @Mart Kempas di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).
Katanya dua lagi ialah bazar Ramadan Belatuk, Taman Scientex di kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan bazar Ramadan Lok Heng dalam kawasan Majlis Daerah Kota Tinggi.
"Tempoh penutupan semua bazar ini tertakluk kepada penilaian risiko yang dibuat oleh Jabatan Kesihatan Negeri.
"Berdasarkan rekod dalam aplikasi MySejahtera, terdapat individu yang disyaki positif COVID-19 dikesan mengunjungi bazar berkenaan. Jadi langkah awal yang kami ambil ialah dengan menghentikan terus operasinya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tahun ini, sebanyak 193 bazar Ramadan dan Aidilfitri dibenarkan beroperasi di 16 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Johor membabitkan 9,609 petak jualan.
Di PERAK, Bazar Ramadan Nenas Kampung Selabak di Teluk Intan diarah tutup sementara mulai esok, bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Pelancongan Perak Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata pihak Majlis Perbandaran Teluk Intan menerima surat arahan penutupan itu atas faktor keselamatan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pagi tadi.
"Surat tersebut telah mengarahkan Bazar Ramadan Nenas ditutup serta-merta dan arahan penutupan bazar itu adalah atas dasar keselamatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata Bazar Ramadan yang difahamkan dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) berkenaan akan ditutup sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Hari ini, tular surat arahan penutupan itu yang menunjukkan senarai Bazar Ramadan seluruh negara yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi termasuk Bazar Ramadan Nenas satu-satunya yang terlibat di Perak.
Hari ini, 118 kes baharu dilaporkan di Perak menjadikan kes keseluruhan sebanyak 14,749 berbanding 91 kes baharu semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 30 2021

Empat bazar Ramadan di Johor diarah tutup serta-merta sebagai langkah berjaga-jaga selepas ia dikunjungi individu disyaki positif COVID-19. - Gambar hiasan/BERNAMA

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Kadar sewa bazar Ramadan Putrajaya diturunkan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penurunan kadar sewa lot bazar Ramadan dari RM1,000 kepada RM850 kepada penjaja dan peniaga kecil di bawah Perbadanan Putrajaya.

Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran sedarkan rakyat bahaya pembaziran makanan
Memberi kesedaran mengenai keburukan pembaziran makanan yang mengundang kepada pencemaran alam sekitar.

Bazar Ramadan Kampong Gelam kembali di Singapura, sambut kemeriahan Ramadan
Acara yang bertemakan Raikan Cahaya Ramadan mula beroperasi pada 15 Mac lalu sehingga 16 April.

Tanpa tunai di Bazar Ramadan MBPJ, sedia kawasan khas p-hailing - Datuk Bandar
Selain beribadah di bulan yang mulia, bazar Ramadan juga antara yang ditunggu-tunggu umat Islam di negara ini.

Bazar Ramadan, Aidilfitri 2022 rekod nilai jualan RM2.4 bilion - DOSM
Bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini merekodkan nilai jualan sebanyak RM2.4 bilion dan mewujudkan 156,361 peluang pekerjaan.

Kuih limas 'inti' gumpalan rambut: Premis dan rumah penjual diperiksa
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada Khamis telah menjalankan pemeriksaan premis makanan susulan kejadian tular segumpal rambut ditemui di dalam kuih limas.

PM berkunjung ke Bazar Ramadan Putrajaya
Aspek pematuhan SOP perlu dijadikan amalan bagi membolehkan proses pengesanan dilakukan KKM.

Hari pertama, Bazar Ramadan Kelana Jaya diserbu ribuan pengunjung
Hari ini, kemeriahan turut dirasai di bazar-bazar ramadan yang menjadi tumpuan masyarakat apabila ramai meluangkan masa untuk mencari pelbagai juadah berbuka puasa.

Festival Ramadan Putrajaya 2022 sasar 500,000 pengunjung
Sebanyak 500,000 pengunjung disasarkan dalam penganjuran Festival Ramadan Putrajaya 2022 (FRP 2022) yang bakal diadakan pada 31 Mac sehingga 2 Mei depan.

Bazar Ramadan akan dibenar operasi tahun ini - PM
Prosedur operasi standard (SOP) bazar tersebut akan diperhalusi dan diumumkan apabila sampai masanya nanti.