MUAR: Empat kanak-kanak yang maut dalam kebakaran di Kampung Sabak Awor, di sini malam tadi, dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan bersembunyi di dalam bilik air di bahagian dapur rumah mereka.
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata dalam kejadian 7.49 malam itu, Puteri Aisyah Tenko To, 8, Mohd Hakim, 6, Mustakim, 4, dan Fatihah Aisyah, 3, ditemukan maut di dalam tandas rumah itu.
Beliau berkata menurut jiran, mereka terdengar jeritan daripada kanak-kanak malang itu.
"Ada (dengar jeritan). (Kesemua mangsa) dipercayai masih sedar ketika kejadian berlaku dan cuba mengeluarkan diri dari rumah. Tindakan awal mereka ialah menyorok di dalam tandas.
"Ketika kita sampai, pintu belakang telah hangus sepenuhnya, kita tak dapat kenal pasti sama ada pintu berkunci atau tidak," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, awal pagi tadi.
Bagaimanapun, Raiz Mukhliz berkata mengikut kenyataan awal daripada ibu mangsa yang merupakan warga tempatan, rumah itu tidak berkunci dan ketika kejadian, ibu bapa empat beradik itu tiada di rumah.
Beliau berkata bapa mereka yang merupakan warga Myanmar berusia 30 tahun sedang bekerja di sebuah restoran, manakala ibu mereka keluar sebentar untuk membeli juadah berbuka puasa di kedai berhampiran.
"Kira-kira 10 minit kemudian, dia (ibu mangsa) dapat panggilan daripada jiran yang beritahu rumahnya terbakar, lalu dia bergegas pulang.
"Tetapi dia tidak berjaya masuk ke rumah akibat api yang begitu marak dan tidak selamat untuk dia masuk," kata beliau.
Ketika ditanya mengenai punca kebakaran, Raiz Mukhliz berkata dapatan awal menunjukkan kemungkinan berlaku litar pintas, dipercayai bermula dari dapur rumah berkenaan.
"Ibu kanak-kanak itu memaklumkan rumah mereka tidak mempunyai televisyen atau barangan elektrik lain, tetapi ada menyalakan beberapa lampu.
"Ketika pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sampai, rumah berkenaan telah pun 60 hingga 70 peratus terbakar," katanya.
Beliau berkata selesai memadamkan kebakaran, JBPM menemukan mayat empat kanak-kanak itu di dalam tandas rumah terbabit dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2023

Empat beradik yang maut dalam kebakaran di Kampung Sabak Awor malam tadi dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan bersembunyi di dalam bilik air di bahagian dapur rumah mereka. -Gambar fail/Bernama

Turkish Airlines perkenal laluan Phnom Penh menjelang akhir tahun
Turkish Airlines akan memulakan penerbangan ke ibu negara Kemboja, Phnom Penh mulai 10 Disember.

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.

Empat beradik maut kebakaran selamat dikebumikan di Muar
Jenazah Puteri Aisyah Tenko To, Mohd Hakim, Mustakim dan Fatihah Aisyah dikebumikan dalam satu liang lahat jam 8.15 malam tadi.

Tragedi 4 beradik maut kebakaran: Polis siasat semua aspek termasuk kecuaian
Kertas siasatan akan dibawa kepada pendakwa raya sekiranya terdapat elemen kecuaian atau jenayah mahupun tidak disengajakan.

Maut kebakaran: 'Anak-anak minta baju raya warna hitam' - Ibu
Ibu kepada empat beradik yang maut dalam kebakaran rumah di Kampung Sabak Awor terkilan tidak dapat memenuhi hasrat anaknya yang mahu baju raya berwarna hitam.

Penduduk tak sangka empat beradik dalam rumah
Ketiadaan kereta Perodua Kancil milik keluarga itu membuatkan penduduk merasakan kebakaran tidak melibatkan mangsa.

Empat beradik maut kebakaran sembunyi dalam tandas cuba selamatkan diri
Empat kanak-kanak yang maut dalam kebakaran di Kampung Sabak Awor, di sini malam tadi, dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan bersembunyi di dalam bilik air di bahagian dapur rumah mereka.