JOHOR BAHRU: Empat individu bergelar Datuk antara lapan lelaki ditahan semalam bagi membantu siasatan kes penipuan pindah milik tanah milik sebuah agensi badan berkanun seluas 1,699.68 hektar bernilai lebih RM100 juta di Kluang, 28 tahun lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata seorang daripada mereka ditahan di Johor manakala tujuh lagi ditahan di Kuala Lumpur dan Selangor semasa mereka hadir memberi keterangan antara 3 petang hingga 8 malam.
"Kesemua yang berusia antara 46 hingga 75 tahun berperanan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Koperasi dan pegawai pejabat tanah yang bertanggungjawab ketika itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Kamarul Zaman, pihaknya menerima laporan daripada seorang penolong pegawai tanah di agensi badan berkanun berkenaan pada Januari lepas yang mengesan pindah milik tanah itu pada pertengahan tahun lepas.
Beliau berkata pengadu mendakwa tiga lot tanah milik agensi itu telah dipindah milik kepada sebuah syarikat persendirian tanpa pengetahuan dan kebenaran agensi itu.
Kamarul Zaman berkata tiga lot tanah terbabit sebelum itu dianugerahkan kerajaan negeri kepada agensi berkenaan pada 1987 dengan nilai RM1.47 juta.
"Siasatan mendapati sebelum tanah terlibat dipindah milik ke syarikat berkenaan, tanah tersebut telah dipajak kepada sebuah koperasi pada 1994. Urusan pindah milik tersebut hanya dikesan berlaku pada pertengahan tahun lepas," katanya.
Beliau berkata setakat ini seramai 28 saksi terdiri daripada pengarah syarikat, setiausaha syarikat, peguam, pelikuidasi, pegawai pejabat tanah dan galian negeri dan pegawai agensi badan berkanun berkenaan telah dipanggil memberi keterangan kepada pasukan siasatan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan kesemua mereka diberi jaminan polis selama sebulan sementara kertas siasatan disiapkan serta dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 25 2022
Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, seorang daripada mereka ditahan di Johor manakala tujuh lagi ditahan di Kuala Lumpur dan Selangor semasa mereka hadir memberi keterangan. - Bernama
Tiga suspek rempuhan masih diburu, identiti dikenal pasti
Tiga individu berkenaan dikenali sebagai M Devindran berusia 25; M Ranjith, berusia 19 tahun; dan M Lavindran berusia 27 tahun.
Taiwan larang penggunaan Deepseek
Taiwan melarang pekerja sektor awam dan kemudahan infrastruktur utama daripada menggunakan enjin kecerdasan buatan (AI), Deepseek dengan dakwaan produk China itu boleh mengancam keselamatan negara.
Trudeau ancam tindakan segera terhadap cadangan tarif AS
"Tiada siapa - di kedua-dua belah sempadan - yang mahu melihat tarif Amerika ke atas barangan Kanada."
Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta JKR Sarawak untuk memantau pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song.
Tiga lagi tebusan warga Israel dibebaskan Hamas
Perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Hamas-Israel diteruskan dengan pembebasan tiga warga Israel pada Sabtu.
Nahas Philadelphia: Enam orang disahkan berada dalam pesawat
Enam individu berada di dalam pesawat kecil yang terhempas di Philadelphia, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), selepas pada mulanya melaporkan hanya dua orang berada di dalam pesawat, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Hamas serahkan dua tebusan Israel kepada wakil ICRC - Laporan
Hamas membebaskan dua tebusan Israel, Ofer Calderon dan Yarden Bibas, dengan menyerahkan mereka kepada wakil Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).
PAUiTM dan Boustead Hotels & Resorts tandatangani Nota Kerjasama, perkukuh jaringan strategik
Persekutuan Alumni UiTM Malaysia dan Boustead Hotels & Resorts secara rasmi menandatangani Nota Kerjasama bagi memperkukuh jaringan strategik.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi terlibat hadapi bencana - Ahmad Zahid
Kerajaan menyediakan peruntukan awal kepada semua negeri dan agensi tindak balas bagi tujuan pengoperasian semasa Monsun Timur Laut 2024/2025.
AWANI Ringkas: Jumlah PPS di Sarawak bertambah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AGC akan mohon perintah kerajaan pindah milik tanah kepada Semantan Estate digantung
Jabatan Peguam Negara bagi pihak Pendaftar Hak Milik Wilayah Persekutuan juga akan memfailkan rayuan berhubung keputusan itu.
Kerajaan Pahang perketat proses pajakan, pindah milik tanah - MB
Wan Rosdy berkata semua permohonan bagi tujuan pajakan dan pemilikan perlu diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan pihak berkuasa negeri.
Percepat projek infrastruktur negeri, proses pindah milik tanah - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan adalah penting untuk projek-projek pembangunan dan infrastruktur di negeri-negeri dipercepatkan.
Palsu dokumen: Warga emas dipenjara, hakim nasihat agar bertaubat
Warga emas itu memalsukan dokumen pindah milik tanah termasuk menggunakan cap jari orang yang telah meninggal dunia.
Empat Datuk antara lapan ditahan bantu siasatan tipu pindah milik tanah
Seorang daripada mereka ditahan di Johor manakala tujuh lagi ditahan di Kuala Lumpur dan Selangor semasa mereka hadir memberi keterangan.
Laksana proses pindah milik tanah sebelum naik taraf sekolah - Radzi Jidin
Proses memindah milik tanah sekolah kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum menaik taraf atau membina baharu bangunan sekolah daif.
Krisis tanah Felda, audit bermula esok - Shahrir
Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata audit ini akan memastikan pihak yang terlibat dengan salah laku tidak akan terlepas.
Isu tanah Felda: Polis buka kertas siasatan, panggil pengadu, pegawai Felda
Tan Sri Noor Rashid Ibrahim hari ini memberitahu Astro AWANI, pihaknya kini sedang mendapatkan pengadu untuk dirakam percakapan serta beberapa individu lain.
Pindah milik tanah Felda: Tiada unsur rasuah, hanya kelemahan tadbir urus - SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam kes pindah hak milik tanah FELDA di Jalan Semarak, di sini bernilai RM270 juta.