KULAI: Polis menahan empat lelaki tempatan selepas dipercayai terlibat dalam satu insiden pergaduhan di luar sebuah premis berkonsep bistro di Jalan Kiambang 12 Indahpura di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, pihaknya mendapat laporan berhubung pergaduhan itu daripada seorang wanita tempatan berusia 21 tahun pada jam 3 pagi.
"Pengadu memaklumkan ketika dia bersama empat rakannya sedang minum dan berbual, mereka didatangi seorang lelaki yang secara tiba-tiba menampar bahagian muka rakannya.
"Pengadu turut memberitahu, kemudian datang dua kereta yang dinaiki seramai 11 individu termasuk seorang wanita bertindak memukul rakan-rakan pengadu.
"Akibat kejadian tersebut, rakan-rakan pengadu mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala, tangan dan kaki," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beng Yeow berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya menjalankan satu serbuan di sebuah kedai makan di Jalan Iris 8, di sini pada jam 11.20 malam Rabu.
"Menerusi serbuan berkenaan, kita berjaya menahan seramai empat individu berusia antara 24 hingga 28 tahun yang dipercayai terlibat dengan pergaduhan berkenaan," ujar beliau.
Siasatan awal katanya, mendapati punca pergaduhan adalah akibat mabuk dan berlaku perselisihan faham antara mereka.
Katanya, semua suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau dan kini dikenakan reman selama empat hari bermula Khamis.
Tambahnya, kes disiasat dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 11 2023

Empat lelaki tempatan ditahan kerana terlibat dalam pergaduhan di sebuah premis berkonsepkan bistro di Indahpura, Kulai, pada Rabu. - Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pembantu Istana Buckingham ditahan bergaduh di parti Krismas
Seorang wanita berusia 24 tahun ditahan atas tuduhan melakukan serangan, kerosakan dan berkelakuan mabuk.

Kes tular: Gaduh dalam restoran, 4 rakan sekerja didenda RM1,000
Empat rakan sekerja yang terlibat dalam insiden pergaduhan di sebuah restoran makanan segera yang tular di media sosial baru-baru ini, masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret.

Lapan lelaki bergaduh di premis hiburan ditahan
Lapan lelaki berusia 26 hingga 46 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam pergaduhan di sebuah premis hiburan di Jalan Raja Chulan, Selasa lepas.

Dua lelaki bergaduh sebab tangisan kanak-kanak ditahan
Suara tangisan kanak-kanak dipercayai menjadi punca pergaduhan antara dua individu sebelum mereka diberkas dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Subang Bestari pada Jumaat.

Situasi Pearly-Thinaah perkara biasa - Jurulatih
Insiden tidak bertegur sapa, selisih faham dan 'bergaduh' merupakan perkara biasa dihadapi oleh pemain beregu, kata ketua jurulatih beregu wanita kebangsaan Hoon Thien How.

Polis lengkapkan kertas siasatan kes gaduh penghantar makanan, 'pak guard'
Polis telah melengkapkan kertas siasatan kes pergaduhan melibatkan seorang penghantar barangan dan pengawal keselamatan di sebuah bangunan di ibu kota dekat sini.

Warga emas ditemukan maut selepas bergaduh
Seorang warga emas ditemukan maut dengan kesan cedera di mulut, mata dan muka, di tempat letak kereta sebuah hotel di Genting Highlands, selepas dirakam bergaduh di lobi hotel.

Polis sahkan video tular jiran bergaduh berlaku pada Jumaat
Dua laporan polis telah dibuat kedua-dua dua individu yang terbabit dalam kejadian tersebut pada hari yang sama.

Enam ditahan kerana bergaduh susulan kemalangan
Polis menahan enam lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan yang dipercayai berlaku susulan satu kejadian kemalangan maut di Tanjung Bungah, Isnin lepas.

Empat ditahan bergaduh selepas mabuk
Polis menahan empat lelaki selepas dipercayai terlibat dalam satu insiden pergaduhan di luar sebuah premis berkonsep bistro di Jalan Kiambang 12 Indahpura di Kulai.