KUALA LUMPUR: Empat lelaki termasuk dua remaja ditahan bagi siasatan kes membakar mercun yang dilarang dan melontarnya ke arah anggota polis dalam kejadian di kawasan Pangsapuri Sri Perak, Bandar Baru Sentul, semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pada mulanya tiga individu masing-masing berumur 12, 13 dan 44 tahun ditahan kira-kira pukul 9.00 malam ketika sedang bermain mercun jenis bola sebelum membalingnya dari tingkat 11 pangsapuri berkenaan.
Sebanyak 48 mercun jenis bola dirampas daripada beg silang yang dipakai oleh salah seorang tangkapan berusia 13 tahun.
"Susulan tangkapan itu, polis menyerbu sebuah premis di pangsapuri berkenaan dan menahan seorang lelaki berusia 58 tahun pada hari yang sama kira-kira pukul 11 malam kerana menjual mercun tanpa lesen yang sah serta merampas 130 mercun bola dan pelbagai jenis bunga api," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Polis dilontar mercun selepas minta orang ramai bersurai di Sentul
Beliau berkata kesemua tangkapan juga disiasat berhubung kes melontar mercun ke arah anggota polis yang berlaku di kawasan berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 3(5) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana kesalahan membakar mercun yang dilarang dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1958 kerana memiliki atau menjual mercun yang dilarang.
Kesemua mereka dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.
Semalam, media melaporkan sepasukan anggota polis dilontar mercun ketika cuba menghentikan kira-kira 200 penduduk yng berkumpul kerana membakar bahan berkenaan secara terbuka di kawasan Pangsapuri Sri Perak, Bandar Baru Sentul.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan polis berjaya mengawal tempat kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 14 2021

Kesemua tangkapan juga disiasat berhubung kes melontar mercun ke arah anggota polis yang berlaku di kawasan berkenaan. - Gambar/ Media sosial
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Empat ditahan kes lontar mercun ke arah polis di Sentul
Empat lelaki termasuk dua awal remaja ditahan bagi siasatan kes membakar mercun yang dilarang dan melontarnya ke arah anggota polis.