KUALA LUMPUR:Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menahan empat lelaki berusia antara 22 hingga 37 tahun bagi membantu siasatan kes membabitkan seorang lelaki Melayu berusia 32 tahun yang dipukul hingga mati di susur ke Lebuhraya DUKE pada Khamis.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata kejadian yang berlaku lebih kurang pukul 7.50 petang dilaporkan seorang anggota Polis yang kebetulan melalui tempat kejadian.
Katanya, pengadu telah melihat seramai lebih kurang 15 orang ramai sedang mengelilingi serta memukul seorang lelaki Melayu yang membawa sebuah kereta Honda Civic yang dipercayai dicuri.
"Pengadu telah bertindak memperkenalkan diri sebagai anggota polis, untuk meleraikan orang ramai dari terus menyerang dan memukul lelaki melayu berkenaan.
"Sebaliknya orang ramai terus menyerang dan memukul lelaki berkenaan tanpa menghiraukan kehadiran anggota polis," katanya dalam satu kenyataan media.
Jelas beliau pengadu berkenaan kemudiannya mendapatkan bantuan anggota polis lain dan membawa lelaki yang dipukul ke Balai Polis Sentul.
Sebaik tiba di perkarangan Balai Polis Sentul, lelaki berkenaan didapati tidak sedarkan diri dan diberikan bantuan kecemasan.
Namun lelaki berkenaan telah meningal sebelum sempat dibawa ke Hospital dan pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan di kepala.
"Mayat lelaki berkenaan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut dan bedah siasat," katanya.
Hasil siasatan polis mendapati kejadian bermula apabila rakan pemilik kereta yang dicuri mendapat maklumat kenderaan tersebut terperangkap dalam kesesakan lalulintas di Lebuhraya DUKE.
Rakan-rakan pemilik kereta tersebut cuba menahan dua lelaki yang berada dalam kereta tersebut namun keduanya cuba melarikan diri.
Salah seorang darinya berjaya ditangkap oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian yang turut menyerang dan memukul lelaki berkenaan.
Siasatan masih dijalankan dan polis meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat dan menyaksikan kejadian tersebut diminta tampil memberi maklumat kepada pegawai penyiasat ASP Wan Abdullah Wan Said melalui telefon nombor 03-62562280 atau 03-62562307.
Astro Awani
Fri Nov 29 2013


Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.

Warga emas antara ditahan gara-gara pukul pencuri hingga mati di Kuala Kangsar
Seorang warga emas antara empat ditahan bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki selepas dipercayai terlibat dalam kejadian pecah rumah di Kuala Kangsar.

Empat ditahan kes pukul hingga mati lelaki Melayu di DUKE
Seramai lebih kurang 15 orang ramai sedang mengelilingi serta memukul seorang lelaki Melayu yang membawa sebuah kereta Honda Civic.