Misi Bantuan Kemanusiaan dan Peredaan Bencana (HADR) akan dimulakan hari ini bagi membawa pulang 132 rakyat Malaysia (termasuk ahli keluarga mereka) dari bandar Wuhan, China yang telah mendaftar dengan Kedutaan Malaysia.
Selain 132 rakyat Malaysia itu, misi berkenaan juga membawa bersama 14 pegawai kerajaan dari pelbagai kementerian dan agensi sementara 12 orang lagi merupakan krew pesawat AirAsia.
Pegawai dan anggota yang terlibat dalam misi ini adalah dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Luar Negeri (KLN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan beberapa agensi lain.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kesemua 158 penumpang dalam pesawat tersebut perlu melalui empat fasa saringan iaitu sebelum berlepas ke Wuhan, semasa misi membawa pulang (in-flight operation), ketibaan di tanah air dan di pusat pemantauan.
Menurut beliau, mereka hanya akan dibenarkan pulang ke rumah masing masing sebaik melepasi kesemua ujian saringan selain tidak menunjukkan sebarang simptom sewaktu tempoh pemantauan ditetapkan.
“Mereka akan dibenarkan pulang selepas sihat dan negatif jangkitan nCoV, tetapi dengan tempoh 14 hari, selepas 14 hari," kata Dr Dzulkefly dalam sidang media di pejabatnya pada Isnin.
Dr Dzulkefly bagaimanapun, tidak mendedahkan lokasi spesifik bagi pusat pemantauan sebaliknya, beliau menjelaskan, pihaknya telah melihat kawasan tersebut yang lengkap dengan fasiliti.
Tambah Dr. Dzulkefly, waris keluarga yang pulang dari bandar Wuhan juga tidak dibenarkan untuk melawat ahli keluarga mereka yang ditahan di pusat pemantauan, melainkan telah melebihi 14 hari.
Kata beliau, mereka yang berkemungkinan dijangkiti dapat dikesan mempunyai simptom positif novel koronavirus akan segera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
“Bergantung kepada bagaimana yang telah disaring itu, bagi yang ada gejala atau ada simptom akan dibawa ke hospital rujukan 2019 nCoV sama ada Hospital Sungai Buloh atau Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.
Setakat jam 12 tengah hari Isnin, Dr Dzulkefly memaklumkan bahawa tiada kes pertambahan kes positif 2019-nCoV.
“Alhamdulillah, kita bersyukur tidak saksikan apa-apa penambahan. Hari keempat, positif kekal lapan kes.
“Pesakit dibawah pemantauan (PUI) adalah 192 orang. 22 masih menunggu keputusan, 167 negatif manakala jumlah positif kekal tiga (pesakit).
“Pihak Kementerian Kesihatan akan terus memantau dari semasa ke semasa dan mendapatkan maklumat daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan semua pihak,” kata beliau lagi.
Faris Danial Razi
Mon Feb 03 2020
![Empat fasa saringan ke atas rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan Empat fasa saringan ke atas rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/51564391286_DATUKSERIDRDZULKE.jpg)
Dr Dzulkefly berkata, kesemua 158 penumpang dalam pesawat tersebut perlu melalui empat fasa saringan iaitu sebelum berlepas ke Wuhan, semasa misi membawa pulang, ketibaan di tanah air dan di pusat pemantauan. - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738907294_TBDeepseek.jpg)
Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan
AS akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan.
![Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738881141_TBDeepseek.jpg)
Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek
Larangan itu dikenakan oleh Setiausaha Negara bagi Hubungan Kerajaan dan Digitalisasi, Zsolt Szabo, atas alasan kemungkinan aktiviti perisikan.
![Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725703233_durian.jpg)
Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI
Eksport durian segar Malaysia ke China berjumlah US$4 juta (US$1 = RM4.41) pada Ogos, September dan Oktober 2024.
![Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738801773_tbTheDeepSeekapp.jpg)
Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek
Menurut beberapa sumber kementerian, akses kepada perkhidmatan itu disekat pada komputer kementerian yang disambungkan ke rangkaian luaran.
![China tolak rancangan Trump untuk ambil alih Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin China tolak rancangan Trump untuk ambil alih Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732314016_TBChinaflag.jpg)
China tolak rancangan Trump untuk "ambil alih" Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin
China pada Rabu menolak rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, untuk "mengambil alih" Gaza dengan menyatakan ia menentang pemindahan paksa rakyat Palestin ke negara jiran.
![Perkembangan AI Deepseek China tingkatkan permintaan pusat data - Gobind Perkembangan AI Deepseek China tingkatkan permintaan pusat data - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738714681_tbGobindSinghDeo.jpg)
Perkembangan AI Deepseek China tingkatkan permintaan pusat data - Gobind
Gobind yakin bahawa kemajuan teknologi AI tidak akan menjadi ancaman kepada usaha Malaysia untuk menjadi hab pusat data di rantau ini.
![China lancar siasatan 'antitrust' ke atas Google China lancar siasatan 'antitrust' ke atas Google](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738661404_TBGoogle.jpg)
China lancar siasatan 'antitrust' ke atas Google
China melancarkan siasatan antitrust terhadap syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik/RIA Novosti, memetik Pentadbiran Negara China untuk Peraturan Pasaran pada Selasa.
![China kenakan cukai 15 peratus ke atas arang batu dan LNG dari Amerika Syarikat China kenakan cukai 15 peratus ke atas arang batu dan LNG dari Amerika Syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737762296_USChinaFlagGen.jpg)
China kenakan cukai 15 peratus ke atas arang batu dan LNG dari Amerika Syarikat
China mengenakan cukai 15 peratus ke atas arang batu dan gas asli cecair (LNG) dari Amerika Syarikat (AS).
![Panama akan tamatkan penyertaan Inisiatif Jalur dan Laluan China - Presiden Panama akan tamatkan penyertaan Inisiatif Jalur dan Laluan China - Presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738565041_tbJoseRaulMulino.jpg)
Panama akan tamatkan penyertaan Inisiatif Jalur dan Laluan China - Presiden
Kerajaan Panama tidak akan memperbaharui memorandum persefahaman dengan China berkaitan Inisiatif Jalur dan Laluan, kata Presiden Jose Raul Mulino.
![Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726743122_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.