KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melancarkan Hab Teknologi Kesihatan Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS) melibatkan kerjasama empat hospital serta sebuah institusi perubatan.
Hospital berkenaan ialah Hospital Putrajaya, Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur, Hospital Bera di Pahang dan Hospital Rembau, Negeri Sembilan serta Institut Kanser Negara.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata hab itu berperanan untuk menangani cabaran kritikal sektor perubatan dan penjagaan kesihatan di Malaysia melalui teknologi termasuk penggunaan robotik seperti Kenderaan Berpandu Automatik (AGV) dan dron dilengkapi teknologi berasaskan Kecerdasan Buatan (AI).
"Saya melihat dengan adanya hab teknologi kesihatan, perkara penting yang dapat diberi tumpuan adalah mewujudkan satu ekosistem lengkap dengan kemudahan hospital, pusat penyelidikan dan rujukan, tenaga kerja kemahiran tinggi, pusat ilmu dan latihan serta perkara berkaitan," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Hab Teknologi Kesihatan NTIS di MRANTI Park, Bukit Jalil hari ini yang turut dihadiri Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Kesemua hab teknologi kesihatan itu akan mendapat akses kepada tapak ujian, pendanaan dan fasiliti pengawalseliaan, dengan para inovator boleh membangunkan penyelesaian teknologi yang merevolusikan ekosistem inovasi secara kondusif.
Pada majlis itu, Dr Adham turut mengumumkan hab berkenaan akan disokong oleh Kluster Penjagaan Kesihatan Bersepadu MRANTI seluas empat hektar (10 ekar) yang antara lain akan mempercepatkan penerokaan dan pembangunan kerja dalam penjagaan kesihatan serta teknologi perubatan.
Sementara itu, Khairy berkata pelaksanaan Hab Teknologi Kesihatan NTIS diharap dapat mencungkil potensi daripada pelbagai pihak untuk mengatasi cabaran kesihatan awam yang semakin meningkat, sekali gus menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi kepada negara.
"Ini adalah sebahagian daripada visi besar Kementerian Kesihatan untuk beralih daripada penjagaan sakit kepada penjagaan kesihatan dan kesejahteraan...sudah lama kami telah membelanjakan terlalu banyak wang dalam bahagian kuratif penjagaan kesihatan, penjagaan asas pesakit pada asasnya dan merawat orang sebaik sahaja mereka jatuh sakit.
"Kita perlu mengalihkan sebahagian daripada pelaburan itu untuk memastikan rakyat sihat dan mereka tidak jatuh sakit," katanya.
Khairy dalam sidang akhbar kemudian berkata Negeri Sembilan akan menjadi negeri pertama tanpa kertas atau melaksanakan rekod perubatan elektronik sepenuhnya di semua hospital dan klinik awamnya.
"Kami akan memilih vendor tidak lama lagi berdasarkan tender terbuka dan kami akan menaik taraf serta menempatkan rekod perubatan elektronik baharu di semua hospital awam di Negeri Sembilan serta klinik kesihatan.
"Apabila penempatan itu berjaya, kami akan dapat pergi ke seluruh negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 02 2022

Dr Adham dan Khairy melawat ke ruang pameran ketika menghadiri Majlis Pelancaran Hab Teknologi Kesihatan di MRANTI Park, Bukit Jalil hari ini. - Gambar/ Bernama
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.

Gabungan sains, seni galak pengunjung ke Planetarium Negara - Pengarah
Planetarium Negara berhasrat menggabungkan elemen sains dan seni dalam produk pamerannya bagi menyemai minat orang ramai, terutama generasi muda, dalam bidang sains astronomi.

Pelancaran UZMA SAT-1 bukti kejayaan Dasar Angkasa Negara 2030 - MOSTI
Kejayaan Uzma Berhad melancarkan satelit penderiaan jauh pertama miliknya UZMA SAT-1 awal pagi tadi, menjadi bukti pencapaian dalam pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).

MOSTI, MITI bincang langkah atasi kemungkinan sekatan eksport ke atas cip AI
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata impak yang mungkin timbul daripada hal itu boleh menjadi signifikan bagi Malaysia namun, laporan tersebut masih belum dapat disahkan.

INNOVATHON 2: '4 Mix' ditabal pemenang minggu ke-3, pamer inovasi tampal jalan berlubang
Inovasi ini mampu menurap jalan berlubang dalam masa lima minit menggunakan campuran bahan batu kelikir yang dibuang.

NASA, MOSTI perkukuh kerjasama angkasa
Malaysia dan NASA memperkukuh kerjasama dalam teknologi angkasa, dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebagai pemain utama di arena angkasa global.

Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Nuklear dipertimbangkan sebagai sumber tenaga negara
Kerajaan sedang mempertimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Malaysia cadang guna nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan - Rafizi
Malaysia bercadang untuk menggunakan penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

MyGenom: Kos perubatan boleh dikurangkan dengan memahami genetik populasi - MOSTI
Kejayaan Projek MyGenom bakal diterjemahkan dalam pembentuk penjimatan kos perkhidmatan perubatan melalui pemberian rawatan yang lebih sesuai mengikut genetik populasi Malaysia.

MOSTI terus perkasa program Malaysia Techlympics, STEM
MOSTI akan terus memperkasa pelaksanaan program Malaysia Techlympics dan inisiatif dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.