KUALA LUMPUR: Empat individu yang ditahan semalam bagi membantu siasatan kes syarikat pelaburan i-Serve dan dipercayai mempunyai kaitan dengan pengasas bersama syarikat penerbangan tambang rendah MYAirline, masing-masing direman satu hingga empat hari bermula hari ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita tempatan, berusia lingkungan 30 hingga 62 tahun.
"Salah seorang daripada wanita terbabit direman empat hari dan seorang lagi tiga hari, manakala salah seorang daripada lelaki terbabit direman tiga hari dan seorang lagi hanya sehari," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Ramli berkata seorang lagi suspek lelaki yang merupakan seorang ahli perniagaan berumur 40-an yang direman sejak Isnin lepas, disambung reman selama empat hari lagi hingga Isnin depan.
Pada 17 Okt lepas, polis menahan seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar 'Datuk' serta isteri dan anak lelakinya, bagi membantu siasatan kes mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Susulan itu, polis menahan seorang lagi ahli perniagaan berhubung aktiviti pengubahan wang haram membabitkan syarikat penerbangan berkenaan, namun keempat-empat individu itu telah dibebaskan dengan jaminan polis.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 27 2023

Keempat-empat suspek terbabit masing-masing direman satu hingga empat hari bermula hari ini. - Foto Astro AWANI

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Phone scam: Tujuh lelaki warga Jepun ditahan
Polis menahan tujuh lelaki warga Jepun kerana disyaki terbabit dengan sindiket penipuan panggilan telefon atau phone scam dalam serbuan terhadap sebuah kediaman di ibu negara, Isnin lepas (13 Nov).

Peguam kes i-Serve, MYAirline dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang peguam dipercayai mempunyai kaitan dengan pengasas bersama syarikat MYAirline telah dibebaskan dengan jaminan polis, Jumaat lepas.

Empat individu terlibat kes i-Serve, MYAirline direman
Empat individu yang ditahan semalam bagi membantu siasatan kes syarikat pelaburan i-Serve dan dipercayai mempunyai kaitan dengan pengasas bersama MYAirline direman.

Empat lagi ditahan bantu siasatan i-Serve, MyAirline
Polis menahan empat lagi individu bagi membantu siasatan kes syarikat pelaburan i-Serve dipercayai mempunyai kaitan dengan pengasas bersama syarikat penerbangan tambang rendah, MYAirline.

Polis minta pelabur i-Serve tampil buat laporan
Laporan yang dibuat membantu polis lakukan siasatan terhadap i-Serve, QA Partnership, Trillion Cove dan syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline.