KUALA LUMPUR: Empat Jawatankuasa Kerja Pelaksanaan merentas kementerian dan agensi ditubuhkan untuk memperincikan mekanisme pelaksanaan Dasar Gaji Progresif yang akan dimulakan pada Jun ini.
Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, penilaian projek rintis akan dilaksanakan pada September ini untuk memastikan ketersediaan dasar sebelum Dasar Gaji Progresif secara menyeluruh dilaksanakan kepada semua majikan dan ekonomi.
Jawatankuasa itu katanya, merangkumi Jawatankuasa Kerja Pembangunan Dasar, Jawatankuasa Pembangunan Sistem, Jawatankuasa Peningkatan Kemahiran dan Produktiviti serta Jawatankuasa Kerja Panduan Kenaikan Gaji Tahunan.
"Tujuan utama Dasar Gaji Progresif adalah meningkatkan gaji pekerja sektor swasta secara sistematik bagi membolehkan ekonomi negara maju ke rantaian nilai yang lebih tinggi," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, di sini, pada Rabu.
Beliau menjawab soalan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (BN-Kalabakan) mengenai Dasar Gaji Progresif bagi mereformasikan pasaran buruh.
Sebelum ini, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memberitahu, pelaksanaan Dasar Gaji Progresif itu membabitkan 1,000 syarikat yang memenuhi syarat kelayakan dengan pekerja bergaji antara RM1,500 dan RM4,999.
Beliau turut memberi jaminan bahawa pemilihan syarikat dibuat secara telus berdasarkan prinsip kesaksamaan, tahap keperluan sektor dan sokongan dasar.
Tujuan utama Dasar Gaji Progresif adalah meningkatkan gaji pekerja sektor swasta secara sistematik bagi membolehkan ekonomi negara maju ke rantaian nilai yang lebih tinggi selaras dengan salah satu daripada 17 anjakan besar Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas iaitu, Ketersediaan Bakat Masa Hadapan.
Umavathi Ramayah
Wed Mar 20 2024

Hanifah Hajar berkata, penilaian projek rintis akan dilaksanakan pada September ini untuk memastikan ketersediaan dasar sebelum Dasar Gaji Progresif secara menyeluruh dilaksanakan kepada semua majikan dan ekonomi. - Gambar fail/Bernama

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas

Empat jawatankuasa ditubuh bagi nilai impak projek rintis Dasar Gaji Progresif
Empat Jawatankuasa Kerja Pelaksanaan merentas kementerian dan agensi ditubuhkan untuk memperincikan mekanisme pelaksanaan Dasar Gaji Progresif.