KUALA LUMPUR: Empat langkah intervensi tambahan dilaksanakan kerajaan bagi menangani isu bekalan beras dalam negara ini diyakini mampu menstabilkan semula keadaan bekalan makanan ruji itu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff berkata ia merupakan langkah strategik yang amat diperlukan bagi memastikan bekalan beras mencukupi untuk memenuhi permintaan domestik.
"Pada masa sama, ini bagi memastikan bahawa terdapatnya lebihan yang boleh diedarkan kepada pembekal apabila tiba masanya, tanpa mengira sama ada beras putih tempatan (BPT) atau beras putih import (BPI).
"Ini kerana suasana sekarang, cita rasa pasaran bukanlah penentu tetapi bekalan dan pada harga kawalan yang ditetapkan," katanya kepada Bernama.
Semalam, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dalam sidang media khas mengumumkan empat langkah intervensi tambahan dilaksanakan bagi menangani isu bekalan beras dalam negara, antaranya termasuk mengarahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) meningkatkan pengedaran beras putih tempatan ke kawasan luar bandar termasuk di kedai-kedai runcit.
Bagi Sabah dan Sarawak, Mohamad berkata kerajaan bersetuju untuk memberikan subsidi sebanyak RM950 setiap tan metrik bagi beras putih import (BPI) mulai 5 Okt bagi membolehkan BPI diperoleh dengan harga runcit RM31 bagi setiap 10 kg.
Mengulas lanjut, Rais Hussin menggesa pengilang dan pemborong beras tempatan daripada pihak swasta yang memonopoli rantaian makanan itu untuk bekerjasama dengan FAMA, dalam usaha menyegerakan penyelesaian bekalan beras.
"Ini bererti FAMA akan bersiap siaga membantu meringankan beban kos dan tanggungan pihak swasta dari segi pergudangan dan pengangkutan apabila diperlukan, sebagai contoh ketika berlakunya lebihan bekalan...Ini boleh dilaksanakan menerusi kontrak dan perjanjian antara FAMA dan pihak swasta," katanya.
Dalam masa sama, beliau berkata kerajaan juga boleh memainkan peranan sebagai pengendali stok penimbal yang terakhir yang tidak bergantung kepada FAMA.
"Gudang-gudang yang tidak terletak di bawah kawal selia dan bidang kuasa FAMA perlu diwujudkan di bawah agensi baharu iaitu Agensi Keterjaminan Makanan. Agensi baharu ini juga boleh menjalinkan kerjasama strategik dengan pihak swasta untuk menyimpan stok lebihan sebagai simpanan jangka pendek, pertengahan dan panjang," katanya.
Beliau yang menyambut baik usaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengadakan pertemuan bersama Kementerian Pertanian dan Kebajikan Petani India bagi memastikan kemasukan bekalan BPI dari negara itu, menyarankan supaya usaha juga dijalinkan dengan negara pengeluar beras utama seperti Vietnam.
Sementara itu, Pengarah Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Mohd Rafii Yusop berkata subsidi beras putih import juga harus diberi kepada penduduk di Semenanjung berikutan ramai golongan B40 di bandar, selain turut berdepan masalah kekurangan beras tempatan.
"Bagaimanapun, semua intervensi ini adalah untuk jangka pendek sahaja. Untuk keterjaminan makanan negara bagi jangka panjang, maka keluasan tanah sawah perlu ditingkatkan. Produktiviti sawah sedia ada juga perlu ditingkatkan dengan aktiviti latihan dan pengembangan pertanian supaya pesawah dapat mengamalkan amalan pertanian yang terbaik," katanya.
Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Datuk Paul Selva Raj pula berkata pemberian harga borong kepada pembekal atau subsidi adalah satu langkah yang tepat, namun usaha itu haruslah dipantau bagi memastikan harga jualan kepada pengguna tidak meningkat.
"Dari segi harga kita kena pastikan juga, kalau sudah beri harga borong kepada pembekal atau subsidi beras jadi kerajaan perlu pantau perkara ini...jika harga yang dijual kepada pengguna mahal dan tidak munasabah ia hanya akan membebankan pengguna, jadi harga mestilah pada kadar yang mampu milik," katanya.
Beliau berkata bagaimanapun pemberian subsidi beras bukanlah langkah efektif untuk jangka masa panjang dan kerajaan tetap perlu memikirkan langkah terbaik bagi menyelesaikan masalah kekurangan bekalan beras tempatan secara holistik.
"Pengeluaran beras kita pada waktu ini masih sekitar 60 hingga 70 peratus, kita tidak boleh bergantung terus dengan beras import, jadi untuk pastikan masalah bekalan beras ini dapat diatasi sebaik mungkin, pengeluaran beras perlu ditingkatkan dan usaha ke arah ini mesti dilakukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023
![Empat langkah intervensi tangani isu beras mampu stabil bekalan - Pakar Empat langkah intervensi tangani isu beras mampu stabil bekalan - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696299409_TBBERAS.jpg)
Pada Isnin, kerajaan mengumumkan empat langkah intervensi tambahan dilaksanakan bagi menangani isu bekalan beras dalam negara. - Gambar hiasan
"Ribuan yang mencatat kerugian besar" - PM Anwar
Perdana Menteri berkongsi telah memberi arahan tidak mewujudkan syarikat dibawah agensi tanpa kelulusan peringkat tertinggi kerana mencatat kerugian besar.
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
![UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739319097_UCL.jpg)
UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest
Dembele bertindak sebagai pemisah dengan meledak dua gol untuk merekodkan jaringan keenam dalam saingan UCL.
"Biar hal picisan itu dianggap picisan" - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan untuk tidak menjadikan semua perkara sebagai isu politik picisan.
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
![Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739318311_Isteriditikam.jpg)
Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain
Mangsa dikenali sebagai CD meninggal dunia di lokasi kejadian.
PM Anwar gesa program iPayment dipercepatkan pada awal bulan Mac
Perdana Menteri menggesa sistem terimaan elektronik bersepadu iPayment yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM) yang dijadualkan pada akhir bulan April 2025, dipercepatkan pada awal bulan Mac 2025.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Pagi: ASEAN KITA: Decoding the pillars of ASEAN
What holds ASEAN together? It is time to break down the pillars that shape our region’s future. In this episode, ASEAN Kita presents “Decoding the Pillars of ASEAN”, an insightful look at the foundations driving cooperation, growth, and stability. Join us on ASEAN Kita to explore and decode these pillars.
![Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739316467_Houthifighters.jpg)
Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus
"Tangan kami berada di picu dan bersedia untuk segera meningkatkan serangan terhadap Israel jika kembali meningkatkan ketegangan di Semenanjung Gaza."
![Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739314407_protest.jpg)
Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
![24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia 24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739314325_flood.jpg)
24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.
![Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737941629_YoonSukYeolSouth.jpg)
Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac
Mahkamah dijangka menamatkan prosiding pada penghujung Feb sebelum mengumumkan keputusan mengenai pemecatan Suk Yeol pada bulan berikutnya.
![Cadangan import beras dari Pakistan dibawa kepada Bernas - Syed Abu Hussin Cadangan import beras dari Pakistan dibawa kepada Bernas - Syed Abu Hussin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735747863_TBBERAS.jpg)
Cadangan import beras dari Pakistan dibawa kepada Bernas - Syed Abu Hussin
Cadangan itu telah disuarakan kepada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) selaku pengimport tunggal beras di negara ini.
![Indonesia kekalkan pengeluaran beras stabil meskipun hadapi cabaran El Nino Indonesia kekalkan pengeluaran beras stabil meskipun hadapi cabaran El Nino](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735575911_beras.jpg)
Indonesia kekalkan pengeluaran beras stabil meskipun hadapi cabaran El Nino
Menteri Pertanian Indonesia berkata, pengeluaran beras negara itu mencecah hampir 31 juta tan menjelang akhir tahun ini.
![Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730735494_beras.jpg)
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
![Menteri Indonesia jamin bekalan beras cukup hingga akhir tahun Menteri Indonesia jamin bekalan beras cukup hingga akhir tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730735891_TBHASSANBERAS.jpg)
Menteri Indonesia jamin bekalan beras cukup hingga akhir tahun
Zulkifli Hasan menjelaskan stok beras di Gudang Bulog di Jakarta mencapai 140,000 tan.
![Myanmar agih beras ke kawasan terjejas banjir Myanmar agih beras ke kawasan terjejas banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727142175_Flood.jpg)
Myanmar agih beras ke kawasan terjejas banjir
Terdapat dua pelan pengedaran - pelan tujuh hari memberi manfaat kepada lebih 200,000 orang, pelan 14 hari membantu lebih 100,000 orang.
![PGA8 rampas 1,000kg beras seludup di Pasir Mas PGA8 rampas 1,000kg beras seludup di Pasir Mas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702997850_beras.jpg)
PGA8 rampas 1,000kg beras seludup di Pasir Mas
PGA8 merampas 1,000kg beras bernilai RM14,260 yang dipercayai diseludup masuk dari Thailand dalam Op Taring Wawasan.
![Kartel padi, beras: KPKM tidak campur siasatan MyCC - Mat Sabu Kartel padi, beras: KPKM tidak campur siasatan MyCC - Mat Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708407874_TBMohamadSabujp.jpg)
Kartel padi, beras: KPKM tidak campur siasatan MyCC - Mat Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berikrar tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dengan kartel padi dan beras.
![Stok fizikal beras negara mampu tampung keperluan hampir enam bulan Stok fizikal beras negara mampu tampung keperluan hampir enam bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711572708_TBBERAS.jpg)
Stok fizikal beras negara mampu tampung keperluan hampir enam bulan
Stok fizikal beras negara sehingga kini adalah sebanyak 1,096,964 tan metrik termasuk 290,000 tan metrik stok penimbal beras.
![Kerajaan rangka dasar padi, beras demi kepentingan semua pihak Kerajaan rangka dasar padi, beras demi kepentingan semua pihak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710899920_tbMohamadSabu.jpg)
Kerajaan rangka dasar padi, beras demi kepentingan semua pihak
Mohamad berkata, kementeriannya mungkin mengambil masa tiga hingga empat bulan daripada sekarang sebelum mengumumkan dasar itu.
![Sektor agromakanan catat pertumbuhan memberangsangkan - Mohamad Sabu Sektor agromakanan catat pertumbuhan memberangsangkan - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710201519_MohamadSabu.jpg)
Sektor agromakanan catat pertumbuhan memberangsangkan - Mohamad Sabu
Sektor agromakanan tumbuh lebih kukuh pada 2023 dengan peningkatan 4.3 peratus kepada RM181.4 bilion berbanding RM173.9 bilion pada 2022.