Empat laporan polis telah dibuat terhadap Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berhubung tindakannya menghina dan menjadikan video Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang sedang gering sebagai bahan ceramah politiknya.
Di Kuantan, dua laporan polis dibuat, masing-masing oleh Pemuda UMNO Pahang dan Persatuan Kebajikan Ketua-Ketua Kampung Pahang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan petang ini.
Ketua Pemuda UMNO Pahang Mohd Shahar Abdullah yang ditemui berkata semua rakyat Pahang perlu bersatu bagi mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Mahfuz itu.
"Semua Pemuda UMNO peringkat bahagian di negeri ini akan membuat laporan polis berhubung isu itu secara berperingkat-peringkat sehingga tindakan diambil terhadap Mahfuz mengikut Akta Hasutan 1948.
"Pada masa yang sama kita juga mencabar pembangkang di negeri ini untuk menyatakan pendirian mereka dalam tempoh 24 jam, sama ada menyokong kenyataan Mahfuz atau sebaliknya," katanya.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Ketua-Ketua Kampung Pahang Hassan Mohamad yang ditemui turut mengutuk tindakan Anggota Parlimen Pokok Sena itu.
"Kami selaku ketua-ketua kampung di negeri ini rasa terhina dengan kenyataan itu dan meminta Anggota Parlimen (Pokok Sena) berkenaan memohon maaf secara terbuka," katanya yang membuat laporan itu mewakili 65 ketua-ketua kampung di daerah ini.
Di Pekan, dua laporan polis turut dibuat, masing-masing oleh penghulu-penghulu daerah Pekan dan Persatuan Belia 4B Parlimen Pekan.
Penghulu Mukim Kuala Pahang Hassan Mohamed Sukor berkata seluruh penghulu di daerah itu merasa tersinggung dengan tindakan biadab Mahfuz tersebut.
"Dia (Mahfuz) berani menghina dan memperlekeh tuanku dengan kata-kata biadab tanpa memikirkan akibat serta kesan terhadap reputasi institusi diraja terutama bagi negeri Pahang sendiri.
"Kami menggesa agar Mahfuz meminta maaf secara terbuka atas ucapannya yang kami percaya bersifat hasutan.
"Pada masa sama, kami menuntut agar pihak polis menyiasat kes ini serta ambil tindakan sewajarnya dan membawanya ke muka pengadilan," katanya kepada Bernama ketika diitemui di IPD Pekan petang ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 15 2018

Para penghulu Daerah Pekan dan Persatuan Belia 4B Parlimen Pekan menunjukkan laporan polis terhadap Mahfuz Omar atas dakwaan menghina Sultan Pahang hari ini, 15 Jan, 2018. --fotoBERNAMA

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas

Stoking tertera kalimah Allah: Pemilik akaun FB ditahan muat naik hantaran hina Islam
Individu berusia lingkungan 35 tahun itu ditahan di kawasan Cheras semalam dan direman selama empat hari hingga Ahad ini.

Hina institusi diraja: Dua pengendali Facebook dan TikTok ditahan
Dua individu tersebut masing-masing ditahan pada Khamis dan Jumaat di Gombak, Selangor dan Balik Pulau, Pulau Pinang.

Dua lelaki ditahan hina institusi Diraja Johor, Sultan Selangor
Kedua-dua suspek warga tempatan itu ditahan secara berasingan kerana membuat naik hantaran yang cenderung menghasut.

Polis tahan lelaki disyaki hina Institusi Diraja Malaysia
Suspek yang berusia 49 tahun itu ditahan di Pendang, Kedah, pada Rabu.

Polis Johor terima 16 laporan penceramah hina institusi beraja
Laporan berkenaan dibuat susulan kenyataan dibuat menerusi sebuah video berdurasi 31 saat yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok.

Hina Islam: Menteri bagi peringatan, jangan main bab agama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad memberi peringatan kepada semua pihak supaya tidak melakukan sebarang penghinaan terhadap agama Islam.

Umat Islam wajib pelihara maruah, kesucian agama
Individu yang terlibat bukan sahaja berdepan dengan kemarahan umat Islam, malah mendapat kemurkaan ALLAH SWT.

Henti hina agama Islam - Idris Ahmad
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad mengingatkan kepada semua pihak untuk tidak melakukan sebarang penghinaan terhadap Islam.

Hina Nabi Muhammad: Pakistan desak Perhimpunan Agung PBB ambil perhatian
Beliau berharap forum PBB akan digunakan untuk "perdebatan yang konstruktif dalam kalangan negara anggota.

Hina Nabi Muhammad: ABIM tuntut kerajaan India mohon maaf secara rasmi
ABIM menuntut Kerajaan India membuat permohonan maaf secara rasmi kepada umat Islam seluruh dunia susulan kenyataan menghina Nabi Muhammad.