REMBAU: Polis menahan empat lelaki selepas disyaki memiliki senapang angin buatan sendiri dalam serbuan di Kampung Batang Nyamor dan Kampung Padang Lebar, Kendong, di sini dua hari lepas.
Ketua Polis Daerah Rembau DSP Hazri Mohamad berkata kesemua mereka yang berusia 31 hingga 45 tahun itu ditahan antara 10.45 malam dan 12 tengah malam menerusi Op Laras oleh Bahagian Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah serta Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau.
"Serbuan pertama pada 10.45 malam di Kampung Batang Nyamor menahan seorang lelaki berusia 42 tahun dan merampas selaras senapang angin buatan sendiri berwarna hitam, satu bekas mengandungi bebola besi serta seunit mesin pemotong besi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata serbuan kedua pada 11.10 malam di kampung sama menahan seorang lelaki berusia 34 tahun dan menemukan selaras senapang angin buatan sendiri berhulu kayu.
Katanya serbuan seterusnya kira-kira 20 minit kemudian di kampung sama turut menahan seorang lelaki berusia 31 tahun dan merampas selaras senapang angin buatan sendiri berhulu kayu, satu beg kecil berwarna merah jambu mengandungi 44 bebola besi serta sehelai seluar berwarna hijau.
Hazri berkata dalam serbuan pada 12 tengah malam di Kampung Padang Lebar pula pihaknya menahan seorang lelaki berusia 45 tahun dan merampas selaras senapang angin buatan sendiri, pelbagai jenis peluru antaranya sekotak peluru berwarna putih, 23 butir peluru berwarna putih jenis Lg 67 mm serta sekotak peluru warna kelabu jenis Winchester Super X.
Beliau berkata kesemua lelaki itu kini direman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 21 2021

Kesemua mereka yang berusia 31 hingga 45 tahun itu ditahan antara 10.45 malam dan 12 tengah malam menerusi Op Laras.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.

Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.

10 maut, 38 cedera insiden tembakan ketika sambutan kemerdekaan
Insiden tersebut tercetus ketika perayaan kemerdekaan yang disambut setiap tahun pada tanggal 4 Julai.

Empat maut, empat cedera tembakan rambang
Jabatan Polis Philadelphia mengesahkan seorang suspek, lelaki dewasa bersenjatakan senapang, telah ditahan.

Warga asing ditahan ancam guna 'bakakuk'
Suspek yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri, namun gagal apabila dia ditahan selepas berlaku pergelutan.

10 maut tembakan rambang di pasar raya, suspek ditahan
Polis Buffalo mengesahkan penembak itu kini dalam tahanan, tetapi tidak mendedahkan identiti siuspek.

Empat lelaki direman miliki senapang buatan sendiri di Rembau
Kesemua mereka yang berusia 31 hingga 45 tahun itu ditahan antara 10.45 malam dan 12 tengah malam.

Polis rampas dua senapang patah, 46 peluru hidup di Gua Musang
Kenderaan dinaiki lima lelaki tempatan berusia 25 hingga 38 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dari IPD Gua Musang pada pukul 2.30 pagi.

2 maut, 13 cedera ditembak di Chicago
Seramai 15 orang ditembak, dua daripadanya terbunuh, empat senapang dijumpai di lokasi kejadian.

Jabatan Perhutanan Kelantan rancang tambah senjata api untuk penguatkuasaan
Setakat ini, jabatan itu hanya mempunyai tiga pucuk pistol dan lima laras senapang patah yang didapati tidak mencukupi untuk kegunaan pegawai dan anggota.

Pegawai RELA disyaki jual peluru ditahan
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata tangkapan terhadap lelaki berusia 35 tahun itu dilakukan pada 6.20 petang Ahad di Jeli.

Suspek serangan kereta api Paris dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Tertuduh, Ayoub El Khazzani, 31 tahun, yang berasal dari Maghribi, dipenjara seumur hidup dengan jaminan 22 tahun.