KINABATANGAN: Empat lelaki tempatan ditahan selepas didapati memiliki senjata api buatan sendiri bersama peluru dalam dua kejadian berasingan di sekitar Tongod pada Sabtu.
Semua suspek berusia antara 28 hingga 31 tahun ditahan selepas dipercayai melakukan kegiatan memburu secara haram di kawasan hutan simpan di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, dua aduan telah diterima di Balai Polis Tongod berhubung penahanan empat suspek berkenaan.
Menurutnya, salah seorang suspek ditahan ketika penguat kuasa Jabatan Perhutanan Negeri Sabah membuat rondaan di sekitar Hutan Simpan Maliau Basin, Tongod.
"Pemeriksaan yang dilakukan menemui satu laras senjata api buatan sendiri bersama 10 butir peluru dalam milikan suspek dan disyaki menjalankan aktiviti pemburuan haram di kawasan hutan simpan tersebut.
"Dalam kejadian berasingan, tiga lagi suspek ditahan Penguatkuasa Khas Jabatan Perhutanan Negeri Sabah di Hutan Simpan Gunung Tinkar, Tongod, selepas terserempak dengan sebuah pacuan empat roda yang dilihat dalam keadaan mencurigakan.
"Hasil pemeriksaan menemui satu laras senjata api buatan sendiri yang disimpan di belakang kenderaan dan enam butir peluru ditemui dalam beg sandang suspek," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Dzulbaharin berkata, keempat-empat suspek itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kinabatangan untuk tindakan selanjutnya.
"Dua kertas siasatan berasingan dibuka dan disiasat di bawah seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 dan jika disabit kesalahan boleh dihukum tidak kurang tujuh tahun atau denda tidak lebih dari RM10,000," katanya.
Dalam pada itu, beliau menyeru masyarakat setempat menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan pemburuan haram yang dikenal pasti ke Pusat Kawalan IPD Kinabatangan melalui talian 089-561890.
"Masyarakat juga diingatkan agar tidak memiliki atau menyimpan senjata api buatan sendiri tanpa lesen seperti bakakuk kerana ia adalah satu kesalahan yang serius," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 15 2022

Senjata api buatan sendiri yang dirampas daripada empat individu menerusi tangkapan berasingan di sekitar Tongod. Gambar kecil: Dzulbaharin

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Lelaki tertembak mati rakan sendiri ketika memburu
Seorang lelaki berusia 52 tahun mengaku tertembak mati rakannya semasa memburu di kawasan hutan berhampiran Muka Sauk, Kuala Klawang, Jelebu pada 24 April lepas.

Pembunuh Shinzo Abe uji senjata sebelum lakukan serangan
Yamagami pada mulanya bercadang untuk menyerang ketua kumpulan keagamaan tertentu tetapi akhirnya menukar fikiran dan menyasarkan Abe.

Empat lelaki ditahan miliki senjata api buatan sendiri
Semua suspek berusia antara 28 hingga 31 tahun ditahan selepas dipercayai melakukan kegiatan memburu secara haram di kawasan hutan simpan di daerah ini.

PATI ditahan miliki senjata api buatan sendiri
Suspek berusia 47 tahun yang bekerja sebagai buruh ladang itu dikesan berada dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Ancaman 'bakakuk' di Sabah meningkat
Bakakuk ataupun senjata api buatan sendiri semakin membimbangkan pihak berkuasa di Sabah.

Polis Sabah tangani isu salah guna bakakuk
Polis Kontinjen Sabah akan menangani secara serius isu pemilikan dan penyalahgunaan senjata api buatan sendiri atau bakakuk yang didapati semakin membimbangkan di negeri ini.