AYER KEROH: Empat lelaki termasuk dua warga India dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan mencuri, menerima dan melupuskan kad akses telekomunikasi bernilai RM649,189.43 sejak hujung tahun lalu.
Tertuduh Hiew Vee Looh, 42, dan Yeo Choon Leng, 48, serta dua warga India Dharmaraj Ramar, 34, dan Puviyarasan Arjunan, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus 26 pertuduhan terhadap mereka dibacakan dalam empat prosiding berasingan oleh jurubahasa mahkamah.
Mengikut 15 pertuduhan di hadapan Majistret Khairunnisak Hasni terhadap dua warga tempatan itu, mereka didakwa mencuri 442 kad akses pelbagai jenis milik Telekom Malaysia Berhad (TM) bernilai RM649,189.43.
Kesalahan itu dilakukan di 18 lokasi berasingan sekitar daerah Melaka Tengah antara 29 Disember 2023 hingga 7 Januari 2024 lalu.
Bagi kesalahan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Manakala dua lagi lelaki warga India turut didakwa di Mahkamah Majistret sama atas sembilan pertuduhan di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan kerana dengan curang melupuskan kad akses milik syarikat TM pada 9 Januari 2024 lalu.
Kesalahan itu dilakukan di kedai besi buruk Mess Metal Trading, Sungai Besi Kuala Lumpur yang mana jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda bagi setiap pertuduhan.
Dua lelaki warga India itu turut membuat pengakuan tidak bersalah dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam dan Mohd Sabri Ismail atas dua pertuduhan menerima harta curi iaitu 34 kad akses bernilai RM44,921.73 milik syarikat Telekom Malaysia Berhad.
Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 413 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda bagi setiap pertuduhan.
Perbuatan itu turut dilakukan di kedai besi buruk Mess Metal Trading, Sungai Besi Kuala Lumpur pada 29 dan 31 Disember 2023 lalu.
Majistret Khairunnisak kemudian membenarkan dua tertuduh warga tempatan diikat jamin RM97,000 setiap seorang bagi semua 15 pertuduhan dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan manakala dua warga India yang dituduh mengikut Seksyen 414 masing-masing dibenarkan jaminan sebanyak RM37,000.
Khairunnisak turut meletakkan syarat tambahan kepada dua warga asing itu untuk menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melapor diri setiap 1hb di balai polis berhampiran.
Hakim Mohd Sabri dan Darmafikri bagaimanapun tidak membenarkan jaminan kepada dua warga asing itu yang didakwa mengikut Seksyen 413 Kanun Keseksaan.
Kesemua prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rashidah Baharom, Muhammad Nazrin Ali Rahim dan Wardah Ishhar.
Dua warga India terlibat diwakili peguam Muhammad Afiq Yahawa manakala dua lagi lelaki tempatan tidak diwakili peguam.
Mahkamah turut menetapkan 5 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen bagi 26 pertuduhan terhadap empat tertuduh berkenaan.
Shuhada Abdul Kadir
Mon Jan 22 2024

Keempat-empat tertuduh dibawa ke Mahkamah Sesyen dan Majistret Ayer Keroh hari ini. - Foto Bernama
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Empat lelaki termasuk dua warga India didakwa curi, lupus 442 kad akses TM
Empat lelaki didakwa atas pertuduhan mencuri, menerima dan melupuskan kad akses telekomunikasi TM bernilai RM 649,189.43.