IPOH: Tiga mayat wanita dan satu mayat lelaki ditemukan terapung pada kedudukan 14.2 batu nautika barat Pulau Buloh, Kepulauan Sembilan, Pulau Pangkor, Lumut pagi tadi.
Pengarah Maritim Negeri Perak Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata Pusat Operasi Maritim Negeri Perak (PUSOP) menerima maklumat awal berhubung penemuan empat mayat itu oleh komuniti maritim kira-kira pukul 9.05 pagi.
"Dalam pada itu, aduan yang sama turut diterima talian MERS 999 dan MRSC Langkawi, seterusnya disalurkan kepada Maritim Negeri Perak untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata Kapal Maritim (KM) Nyalau yang sedang melaksanakan rutin rondaan Op Tanjung telah diatur gerak ke lokasi dan menemukan kesemua mayat tanpa identiti kira-kira pukul 2.08 petang.
Bagaimanapun katanya sehingga kini, pihak Maritim Malaysia tidak menerima sebarang aduan berkenaan orang jatuh laut mahupun permohonan bantuan perubatan di laut berdasarkan penemuan mayat terbabit.
"Maritim Malaysia Negeri Perak tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa kejadian ini terdapat unsur-unsur jenayah di laut dan siasatan lanjut akan dilaksanakan," katanya.
Shahrizan berkata keempat-empat mayat tersebut dibawa ke jeti Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Kampung Acheh dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Maritim Malaysia menggesa komuniti maritim supaya membatalkan niat ke laut sekiranya cuaca buruk dan jika keadaan mendesak, orang ramai diminta mengutamakan keselamatan dengan sentiasa memakai jaket keselamatan memandangkan keadaan cuaca di laut pada masa ini tidak menentu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 30 2021

Tiga mayat wanita dan satu mayat lelaki ditemukan terapung pada kedudukan 14.2 batu nautika barat Pulau Buloh, Kepulauan Sembilan, Pulau Pangkor, Lumut pagi tadi. - Foto: Facebook APMM
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Empat mayat ditemukan terapung di Pulau Buloh, Kepulauan Sembilan
Tiga mayat wanita dan satu mayat lelaki ditemukan terapung pada kedudukan 14.2 batu nautika barat Pulau Buloh, Kepulauan Sembilan, Pulau Pangkor, Lumut pagi tadi.