GEORGE TOWN: Gara-gara merusuh di atas lebuh raya, empat penarik kereta hari ini didenda RM3,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.
Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab turut memerintahkan keempat-empat mereka dihukum penjara tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Tan Cheng Hooi, 50, Y.A. Dharanidharan, 30, Lee Soon Aun, 36, dan Khoo Boo Aik, 47, mengaku bersalah atas pertuduhan bersama empat lagi yang tidak mengaku bersalah, mengambil bahagian dalam satu rusuhan dan dengan sengaja telah merusuh menggunakan topi keledar, rantai besi dan mangga di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu pada jam 2.13 petang 26 Januri lepas.
Kesemua lapan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Nazri Abdul Rahim dan keempat tertuduh yang mengaku salah diwakili peguam Kenzaly Goik manakala mereka yang tidak mengaku bersalah S. Surendren, 27, N. Lekkeswaran, 27, Muhammad Zhafar Megat Zabil, 22, dan Muhammad Faiez Ahmad, 21, di wakili peguam Malkit Kaur dan Dilsimran Kaur.
Nur Melati Diana membenarkan jaminan masing-masing RM2,500 dengan seorang penjamin kepada keempat-empat tertuduh dan menetapkan 11 Mac untuk sebutan semula kes.
Pada 26 Januari lepas, video rakaman orang awam mengenai pergaduhan sekumpulan lelaki di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini telah tular di media sosial yang punca pergaduhan itu dipercayai berkaitan urusan menarik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah lori membawa muatan mozek dan dua kenderaan lain di situ.
Sementara itu, di mahkamah yang sama, enam individu turut didakwa atas kesalahan bergaduh sesama mereka sehingga mengganggu ketenteraman awam di tempat awam pada 1 Feb lepas.
Muhammad Ridzuan Rawther, 33, Rais Ahmad Mohamud Hussain, 38, Anwar Ibrahim Noorkan, 39, Jamil Kader Gani, 36, Mohamad Khrom Mohamad Salam, 32, dan Ridzuan Mohamad Salam, 30, mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Mereka telah dituduh secara bersama melakukan "gaduh gempar" sehingga mengganggu ketenteraman awam di Kedai Astaka Medan Renong, Padang Kota Lama pada 11.40 malam, 1 Februari lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau didenda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
Kesemua mereka diwakili peguam Anil Singh Khera manakala pendakwaan dikendalikan Mohammad Nazri.
Nur Melati Diana membenarkan ke semua tertuduh diikat jamin RM2,000 setiap orang dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Mac untuk sebutan semula.
Pada 2 Februari lepas, video berdurasi 44 saat telah tular dalam media sosial memaparkan dua kumpulan individu bergaduh di Medan Selera Padang Kota Lama sehingga menyebabkan pelanggan yang sedang menikmati makanan bangun dari situ berikutan bimbang dengan keselamatan mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 10 2022

Kesemua lapan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Lima pelajar ditahan merusuh, pukul junior
Polis menahan lima pelajar lelaki berusia 16 dan 17 tahun bagi membantu siasatan kes seorang pelajar tingkatan satu dipukul sehingga mengalami kecederaan.

23 lelaki termasuk 19 pelajar sekolah ditahan merusuh di Pantai Puteri
Seramai 23 lelaki termasuk 19 pelajar sekolah menengah ditahan kerana merusuh dalam kejadian di Pantai Puteri, Tanjung Kling pada 29 Mac lepas.

Polis tahan tiga lelaki disyaki merusuh di lokasi kemalangan di Temerloh
Polis berkata ketiga-tiga suspek dipercayai ahli keluarga mangsa kemalangan dengan ada antara mereka mempunyai rekod kesalahan lampau melibatkan pergaduhan dan merusuh.

Enam lelaki termasuk remaja bawah umur mengaku salah merusuh
Mahkamah menetapkan tarikh 7 Jan depan untuk sebutan semula kes bagi fakta dan hukuman.

12 lelaki didenda RM3,000 setiap seorang kerana merusuh guna senjata
Kesemua tertuduh yang bekerja sebagai penarik kereta, pemandu lori, jurujual dan mekanik membayar denda tersebut.

Empat ditahan terlibat kekecohan antara penyokong Perak FC, Selangor FC
Kesemua yang ditahan, berumur antara 18 dan 26 tahun, akan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Empat ditahan bergaduh selepas mabuk
Polis menahan empat lelaki selepas dipercayai terlibat dalam satu insiden pergaduhan di luar sebuah premis berkonsep bistro di Jalan Kiambang 12 Indahpura di Kulai.

Polis buru 20 lelaki merusuh di Sri Petaling, Isnin lepas
Polis sedang mengesan 20 lelaki terbabit dalam pergaduhan dan merosakkan kenderaan awam di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling, pada awal pagi, Isnin lalu.

Insiden tahanan lolos dari depot Imigresen sejak 1999
Berikut adalah antara insiden tahanan lolos dari depot Imigresen dalam negara sejak tahun 1999.

Empat penarik kereta didenda RM3,000 kerana merusuh atas lebuh raya
Majistret turut memerintahkan keempat-empat mereka dihukum penjara tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut.