BALING: Empat pendaki ditemui selamat selepas lima jam tersesat ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Pulai, di sini pada Jumaat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Penolong Penguasa Mohd Jamil Mat Daud, kesemua mangsa dipercayai mula mendaki kira-kira jam 8 pagi sebelum tersesat ketika menuruni gunung tersebut.
Beliau memaklumkan, mangsa berusia antara 22 sehingga 26 tahun kemudiannya ditemui kira-kira jam 11.30 malam dalam keadaan keletihan disebabkan kehabisan bekalan makanan.
"Sebelum itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) di gunung itu dilakukan bermula sekitar jam 7 malam selepas menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 6.19 petang.
"Operasi mencari dan menyelamat dilakukan segera selepas menerima aduan berhubung kejadian daripada salah seorang mangsa yang memaklumkan mereka tersesat dalam perjalanan turun ke kaki gunung, " katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Katanya, pemanggil memberitahu mereka masih dapat melihat sungai dan kedengaran suara azan pada anggaran ketinggian kira-kira 500 meter dari bawah.
"Anggota bersama sukarelawan bomba dan penduduk kampung yang bergerak ke atas gunung telah mula mendengar suara serta ternampak lampu mangsa yang tersesat," ujar beliau.
Bagaimanapun, katanya, usaha dijalankan untuk mencari jalan agak sukar kerana mangsa telah tersasar jauh dengan laluan turun ke bawah selain struktur muka bumi bercerun dan berbatu.
Beliau berkata, mangsa kemudiannya ditemui dalam keadaan letih disebabkan kehabisan bekalan makanan pada jam 11.30 malam dan berjaya dibawa turun ke kaki Gunung Pulai kira- kira jam 2.30 pagi.
Mohd Jamil berkata, pihaknya bersyukur kesemua dalam keadaan selamat dan tidak ada kejadian tidak diingini berlaku.
Katanya, kesemua mangsa dari Perlis dan Kedah yang berada dalam keadaan stabil dan selamat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
"Mangsa dipercayai mendaki gunung tanpa khidmat Malim Gunung ataupun individu yang arif dengan selok belok gunung itu.
"Pendaki yang tidak arif dengan pendakian gunung itu dipercayai akan tersesat kerana tersasar dengan laluan ketika menuruni gunung.
"Laluan Gunung Pulai lebih sukar berbanding Gunung Baling kerana kecerunan lebih tinggi dan berbatu selain hutan tebal," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan mana-mana individu yang ingin mendaki supaya lebih berhati-hati dan tidak mengambil mudah sekiranya tidak arif dengan laluan di gunung itu. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Aug 21 2022
Operasi mencari dan menyelamat mangsa sesat di Gunung Pulai dilakukan segera selepas menerima aduan berhubung kejadian pada Jumaat. - Foto ihsan bomba
[INFOGRAFIK] Fasa Gencatan Senjata
Berikut adalah info berkenaan dengan fasa perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza.
Pengarah syarikat direman, disyaki minta, terima rasuah RM1 juta
SPRM menahan reman seorang pengarah syarikat disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta sebagai balasan memberikan kerja sebagai subkontraktor berhubung tender perkhidmatan membekal makanan dan minuman kepada pekerja.
KPDN terbuka kaji syor naikkan nilai denda jika salah guna
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terbuka dengan cadangan dan syor meningkatkan nilai denda bagi pihak yang didapati menyalahgunakan sijil halal.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan isu pelanggaran halal seumpama itu merupakan perkara yang tidak boleh dikompromi dan perlu ditangani sewajarnya.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan isu pelanggaran halal seumpama itu merupakan perkara yang tidak boleh dikompromi dan perlu ditangani sewajarnya.
Dialog Tiga Penjuru: Lagi kes aniya haiwan
Sumbat ‘oyen’ dalam guni, belas ihsan manusia semakin menipis? Tanggungjawab melindungi haiwan (pelihara dan terbiar), kalau bukan kita siapa lagi? Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Perjanjian gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Malaysia sanggup lakukan apa sahaja demi kedamaian Palestin
Malaysia mengalu-alukan usaha dalam mencapai kedamaian di Gaza susulan persetujuan Israel dan Hamas untuk melakukan gencatan senjata.
Dan pendirian Malaysia adalah untuk melakukan apa sahaja dalam memastikan kekejaman zionis terhadap Palestin dapat dihentikan.
Dan dari London, United Kingdom, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan pendirian Malaysia berhubung perkara itu.
Untuk perkembangan, Hasimi Muhamad ada perinciannya.
Dan pendirian Malaysia adalah untuk melakukan apa sahaja dalam memastikan kekejaman zionis terhadap Palestin dapat dihentikan.
Dan dari London, United Kingdom, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan pendirian Malaysia berhubung perkara itu.
Untuk perkembangan, Hasimi Muhamad ada perinciannya.
Tiga pekerja restoran pengsan
Tiga pekerja restoran makanan segera di Kuala Nerus pengsan selepas dipercayai terhidu gas karbon monoksida di premis berkenaan.
Remaja maut jatuh dari tingkat 14 pangsapuri
Seorang remaja lelaki ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 14 sebuah pangsapuri di Kuala Terengganu pada Khamis.
Empat individu dituduh edar, miliki dadah lebih 100 kg dadah
Empat individu termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Johor Bahru atas tuduhan mengedar dan memiliki lebih 100 kilogram dadah.
Amaran hujan: Tahap buruk di Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah.
Empat pendaki sesat di Gunung Pulai ditemui selamat
Empat pendaki ditemui selamat selepas lima jam tersesat ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Pulai, Baling pada Jumaat.