KUCHING: ‘Jika ada sesiapa terjumpa ‘dashcam’ (kamera papan pemuka) tolong serah kepada kami, bukan untuk menyalahkan sesiapa, cuma mahu tahu kebenaran."
Demikian luahan Sharkawi Basri, bapa saudara Azwin Yusman yang maut dalam kemalangan bersama isteri dan dua anaknya termasuk bayi berusia satu tahun di Jalan Saratok, Sarikei pada Isnin.
Menurut Sharkawi, terdapat banyak versi kejadian dilaporkan termasuk di media sosial.
“Kalau boleh kita nak dapatkan semula kamera papan pemuka yang hilang selepas kemalangan tersebut. Dengan itu (kamera) dapat menunjukkan bukti bagaimana situasi sebenar kemalangan.
“Sesiapa yang terjumpa atau berada di tempat kejadian, mohon kerjasama anda, bukan untuk mencari salah tetapi kami mahu cerita sebenar, macam-macam versi di media sosial,” katanya ketika ditemui di Taman Laruh Skim pada Selasa malam.
BACA: Empat maut dalam nahas lori-kereta di Roban
Menurutnya lagi, usaha mencari dan mengesan kamera tersebut katanya masih belum menemui sebarang petunjuk.
Menurut Sharkawi, pemergian empat sekeluarga itu amat dirasai lebih-lebih lagi Allahyarham Azwin merupakan anak sulung.
Sementara itu jenazah empat sekeluarga yang maut itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gita di sini pada jam 12.30 pagi Rabu.
Jenazah Azwin Yusman, 30, isteri Nadziran Mohd Nor, 28, dan dua anaknya Hazreen Zharfan, 4, dan bayi Hazeef Zharfan, 1 tahun 3 bulan, tiba di kediaman keluarga di Taman Laruh Skim pada jam 11:51 malam dari Hospital Saratok yang terletak kira-kira 303 kilometer.
Suasana pilu menyelubungi kediaman mangsa sebaik ketibaan van jenazah yang membawa empat beranak itu.
Dalam kejadian Isnin lalu, kenderaan yang dinaiki Azwin bersama isteri dan dua anaknya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di simpang Roban dekat Jalan Saratok.
Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Azizah Alwi
Wed Jul 13 2022

Jenazah empat sekeluarga yang maut itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gita di sini pada jam 12.30 pagi Rabu. - Foto Astro AWANI

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Suami, isteri maut nahas dua kenderaan di Jalan Gerik-Jeli
Dua kanak-kanak lelaki dan seorang bayi perempuan dipercayai anak pasangan berkenaan dilaporkan cedera.

Empat sekeluarga nyaris maut kereta terbakar
Sepasang suami isteri bersama dua anak mereka nyaris maut selepas kereta Perodua Alza baharu yang dinaiki mereka terbakar dalam kejadian di susur masuk di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, di sini hari

Pengsan sebelum langgar pintu tol
Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak ditemukan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta yang merempuh pintu Plaza Tol Bentong, arah barat, di Bentong, hari ini.

Empat sekeluarga nyaris maut kereta terbabas ke ladang sawit
Pasangan suami isteri bersama anak lelaki serta anak saudara lelaki mengalami kecederaan ringan.

4 beranak tinggal dalam kereta akibat konflik keluarga
Konflik keluarga menyebabkan keluarga berkenaan berhijrah ke Selangor bagi memulakan kehidupan baharu.

Empat sekeluarga cedera, SUV terjatuh gaung di Kuala Mu
Empat sekeluarga cedera apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) yang mereka naiki dipercayai terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung di jalan ke Kuala Mu, hari ini.

Mangsa culik empat sekeluarga termasuk bayi ditemui mati
Mayat mangsa ditemui di kawasan pedalaman, kira-kira 200 kilometer di tenggara San Francisco oleh seorang petani pada Rabu.

Empat sekeluarga maut: Pemandu treler dibebas dengan jaminan polis hari ini
Pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan maut membabitkan empat sekeluarga Rabu lepas, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Empat sekeluarga maut: "Bantu kami dapatkan dashcam, terlalu banyak versi kemalangan" - Keluarga
Terdapat banyak versi kejadian dilaporkan termasuk di media sosial.

Empat sekeluarga nyaris maut rumah hangus dalam kebakaran
Punca kebakaran dan anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan.