Setelah empat tahun tewas akibat gugup pentas, Mohd Arfaizal Muhammad Arsat akhirnya muncul juara pertandingan Pidato Piala Gabenor Bank Negara (BNM) 2019.
Mohd Arfaizal, 42, berjaya menarik perhatian juri dengan memimik lenggok sebutan Duta Perancis ke Malaysia Frederic Laplanche yang mengucapkan tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad setelah dilantik sebagai Perdana Menteri ketujuh, dalam satu video pada Mei tahun lalu.
"Saya mengkaji cara sebutan Duta Perancis itu, apa yang dilafazkan olehnya dan cuba membawanya dalam bentuk santai. Tak sangka ia mampu menarik perhatian juri," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Melakukan persiapan lebih tiga minggu bagi mengupas tajuk 'Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Industri Kewangan Masih Belum Meluas: Cabaran dan Kekangan', pegawai di Jabatan Operasi Kredit Bank Muamalat Malaysia Bhd itu mengakui musuh utamanya sepanjang penyertaan dalam pidato adalah gugup pentas.
"Pada tahun 2015 hinggalah 2018, saya tak dapat habiskan pidato sebab gugup dan akibatnya, persembahan saya jadi berterabur. Tahun lepas, saya dapat buat dengan baik pada pusingan saringan tetapi, gugup pada final," katanya.
Pertandingan edisi kesembilan itu turut menyaksikan peserta dari Zurich Life Insurance Malaysia Berhad, Mohd Afifi Zahari muncul sebagai naib johan manakala Panglima Jagumba J. Padasian dari Citibank di tempat ketiga.
Juara membawa pulang wang tunai RM5,000, piala dan medalion tembaga keluaran khas, sijil penyertaan dan buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM3,000 dan RM2,000.
Dalam pada itu, Timbalan Gabenor BNM, Abdul Rasheed Ghafour berkata pihaknya akan terus komited dalam memastikan bahasa kebangsaan dimartabatkan dalam sektor kewangan.
"Pertandingan ini juga mempamerkan kemampuan bahasa kebangsaan untuk membicarakan hal ehwal ekonomi dan kewangan, lengkap dengan istilah-istilah yang mampu menerangkan pelbagai konsep dan perkara teknikal dalam sektor ekonomi dan kewangan," katanya.
Bagi Ketua Pengarah DBP Datuk Abang Salehuddin Abang Shokeran, pertandingan itu banyak memberi impak kepada kakitangan sektor bank dan kewangan dalam memartabatkan bahasa Melayu.
"Selama ini kita menganggap bank sentiasa berurusan dalam bahasa Inggeris tetapi hari ini kita dapat menyaksikan pegawai bank sangat berbakat dan boleh menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik dan bermutu. Kejayaan ini adalah usaha BNM untuk memberi nilai ekonomi kepada bahasa Melayu.
"Dalam sistem perbankan, memang ada kesedaran dalam penggunaan bahasa Melayu apabila kita melihat beberapa polisi dan borang menggunakan bahasa Melayu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 06 2019
![Empat tahun tewas akibat gugup, Mohd Arfaizal akhirnya muncul juara pidato Empat tahun tewas akibat gugup, Mohd Arfaizal akhirnya muncul juara pidato](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61565128227_TBMohdArfaizal.jpg)
Mohd Arfaizal yang muncul sebagai juara membawa pulang wang tunai RM5,000, piala dan medalion tembaga keluaran khas, sijil penyertaan dan buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. --fotoBERNAMA
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
![DBP tidak puas hati penguasaan sederhana bahasa Melayu DBP tidak puas hati penguasaan sederhana bahasa Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61601390621_SalehuddinAbangSho.jpg)
DBP tidak puas hati penguasaan sederhana bahasa Melayu
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melahirkan rasa tidak puas hati dengan tahap penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu rakyat yang bercampur dengan bahasa Inggeris.
![Empat tahun tewas akibat gugup, Mohd Arfaizal akhirnya muncul juara pidato Empat tahun tewas akibat gugup, Mohd Arfaizal akhirnya muncul juara pidato](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61565128227_TBMohdArfaizal.jpg)
Empat tahun tewas akibat gugup, Mohd Arfaizal akhirnya muncul juara pidato
Pegawai di Jabatan Operasi Kredit Bank Muamalat Malaysia Bhd itu mengakui musuh utamanya sepanjang penyertaan dalam pidato adalah gugup pentas.