Terengganu hanya akan mengikuti jejak langkah Kelantan menambah baik enakmen berkaitan jenayah syariahnya jika mendapat persetujuan semua pihak, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Katanya ini termasuk parti komponen Barisan Nasional yang mewakili kaum dan agama lain.
"Kerajaan Terengganu pada dasarnya menyokong RUU (rang undang-undang) itu tapi apa-apapun kita perlu mendapat pandangan daripada parti-parti komponen yang lain seperti MCA, MIC dan Gerakan sebelum ia dilaksanakan.
"Kita kena ambil tahu keperluan mereka, pandangan dan kebimbangan mereka jika undang-undang itu dilaksanakan. Tapi kita akan memberi penjelasan sebaiknya jika ingin melaksanakan undang-undang berkenaan," katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Raya Badan Perhubungan UMNO Negeri, di sini hari ini.
Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Zuber Embong dan kepimpinan UMNO Negeri serta parti-parti komponen MCA dan MIC Negeri.
Semalam Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan RUU Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.
RUU itu juga memperuntukkan kuasa kepada pegawai penguat kuasa agama menggunakan gari ke atas suspek selain membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan,
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2017
Enakmen jenayah syariah Terengganu hanya dilaksana jika semua setuju, kata kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
AWANI Ringkas: Isu 'Ham': Polis rakam keterangan Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.
DUN Selangor lulus RUU Enakmen Majlis Bandaraya Diraja Klang 2024
RUU itu bertujuan menukar gelaran perbandaran kepada bandar raya mengikut peruntukan-peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
PRN Melaka: Elak 'episod katak', gubal enakmen antilompat parti - Bersih 2.0
Calon PRN Melaka wajar berikrar untuk menggubal enakmen mengawal lompat parti dan akauntabiliti politik sebagai manifesto mereka, bagi memastikan tidak berlaku 'episod katak' selepas PRN.
Persembahan hiburan: Bukan soal tutup pintu, tetapi perlu ikut peraturan - Mohd Amar
Kawalan tersebut meliputi sebarang persembahan kebudayaan melibatkan artis wanita, termasuk persembahan teater.
Mahkamah Syariah Kelantan luluskan 10 perkahwinan bawah umur Jan 2018 - Jan 2019
Walaupun jumlah ini dilihat kecil, tetapi perkahwinan bawah umur harus dicegah awal kerana dikhuatiri akan menimbulkan pelbagai masalah kepada pasangan muda.
Pulau Pinang negeri pertama lulus had tempoh Ketua Menteri
Pindaan enakmen berkenaan selaras dengan manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Enakmen hadkan tempoh jawatan: MB Selangor serah kepada pimpinan PH
Jelasnya, setakat ini, belum ada inisiatif sedemikian atau sebarang arahan diterimanya berhubung perkara berkenaan.
Hadkan tempoh jawatan Ketua Menteri diusul sebagai enakmen - Adly Zahari
Pihaknya kini dalam proses untuk memuktamadkan perincian cadangan serta enakmen berkenaan dan berharap usul itu dapat dibawa ke Persidangan DUN Melaka pada sekitar bulan depan.
Kahwin bawah umur: JKSM telah siapkan SOP
Rodziah Ismail berkata, sebelum ini tiada SOP yang diguna pakai oleh semua negeri sebagai panduan.
Tukang potong tangan sudah ada bagi kesalahan curi - Mohd Amar
Kerajaan negeri Kelantan sudah mempunyai senarai individu yang akan melaksanakan hukuman potong tangan yang terdiri daripada pakar bedah jika hukum hudud dilaksanakan kelak.
Enakmen jenayah syariah Terengganu hanya dilaksana jika semua setuju - MB
Terengganu hanya akan mengikuti jejak langkah Kelantan menambah baik enakmen berkaitan jenayah syariahnya jika mendapat persetujuan semua pihak, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.