PUTRAJAYA: Pihak pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, menjatuhi enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hukuman mati kerana membuli dan menyebabkan kematian (bunuh) rakan mereka, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.
Ketika berhujah di hadapan panel tiga hakim diketuai Hakim, Datuk Hadhariah Syed Ismail, Timbalan Pendakwa Raya, K Mangai berkata, perbuatan melampau enam bekas penuntut itu selaku responden iaitu mendera, telah menyebabkan 80 peratus badan Zulfarhan melecur.
Mereka yang kini berusia 28 tahun itu ialah, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Susulan penderaan dan kes buli itu beliau berkata, mangsa mengalami 90 kesan lecur sehingga mengundang kepada kematiannya.
Pihak pendakwaan berharap, mahkamah menolak rayuan responden dan membenarkan permohonan dengan mensabitkan enam pemuda berkenaan, di bawah pertuduhan asal, iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mengikut Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori beliau berkata, hukuman yang boleh dijatuhkan ialah hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun dan disebat tidak kurang 12 kali.
Mangai berkata, hasil bedah siasat iaitu saksi pendakwaan keenam (SP6), Pakar Patologi Forensik, Hospital Serdang, Dr Salmah Arshad mendapati, kecederaan luka lecur itu menjadi punca kematian Zulfarhan.
“Pihak hospital merekodkan, terdapat 29 kesan lecur pada tahap tiga iaitu paling serius, masih berdarah dan berair manakala bahagian tengah luka menampakkan otot yang masih basah dengan cecair.
“Ada juga 59 kesan lecur pada tahap dua dengan kesan penyembuhan manakala dua lagi kesan lecur tahap satu iaitu luka telah kering dan berkeruping, direkodkan berlaku terhadap mangsa,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, kesan itu berlaku akibat tindakan lima bekas penuntut berkenaan.
Mangai berkata, penggunaan seterika wap itu dilaporkan berlaku selepas mereka menerima arahan daripada responden keenam, Abdoul Hakeem.
“Ini berdasarkan keterangan saksi pendakwaan ke-25 (Mohd Syafiq Abdullah yang juga bekas penuntut universiti terbabit).
“Mahkamah Tinggi menerima bukti dikemuka saksi itu yang dilihat neutral dan ada kredibiliti,” katanya ketika berhujah di hadapan Hadhariah dan dua lagi Hakim, iaitu Mohamed Zaini Mazlan serta Datuk Azmi Ariffin.
Sehubungan itu, pihak pendakwaan menghujahkan Mahkamah Tinggi terkhilaf ketika mensabitkan mereka di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Zulfarhan tanpa niat.
Mahkamah sedang mendengar rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengubah sabitan responden, bawah Seksyen 304(a) dan menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun.
Sementara itu, peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Muhammad Najib berkata, Mahkamah Tinggi terlalu bergantung dengan keterangan SP24, Ahmad Senabil Mohamad dan Mohd Syafiq.
Menurutnya, hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf kerana tidak bertanya sama ada kedua-dua saksi itu adalah rakan sejenayah atau sebaliknya.
Beliau berkata, mahkamah tinggi tidak menyoal tindakan SP24 dan SP25, yang tidak melakukan sebarang tindakan untuk menghalang insiden itu berlaku.
“Adakah kedua-duanya sekadar pemerhati yang tidak bersalah atau mereka gagal bertindak?
“Soalan terbabit relevan dan sekiranya mahkamah bertanya mengenainya, kes dibawa pihak pendakwaan akan mendapat pengakhiran berbeza,” katanya.
Kejadian ini bermula dengan kehilangan komputer riba tertuduh pertama (Muhammad Akmal Zuhairi) yang kemudiannya membawa kepada ramalan seorang bomoh bahawa mangsa yang mencurinya.
Pada 2 November 2021, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azman Abdullah (kini Hakim Mahkamah Rayuan), menjatuhi enam penuntut hukuman penjara 18 tahun atas tuduhan mencederakan tanpa niat membunuh Zulfarhan.
Dalam pada itu, lima daripada enam tertuduh (kecuali Mohamad Shobirin) dikehendaki menjalani hukuman penjara tiga tahun atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.
Bagaimanapun mahkamah memerintahkan hukuman bagi kedua-dua pertuduhan itu berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap iaitu 1 Jun 2017.
Lima lelaki itu sebelum ini menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan, sementara Abdoul Hakeem didakwa bersubahat membunuh mengikut Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman serupa.
Hakim mendapati semua tertuduh itu bersalah atas pertuduhan dengan niat menyebabkan kecederaan kepada Zulfarhan tanpa niat membunuh, mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 30 tahun dan dikenakan denda jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kematian.
Mereka didapati bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.
Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di dua bilik, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 21 Mei 2017 dan 22 Mei 2017.
Zulfarhan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.
Prosiding hujahan balasan daripada pihak responden, bersambung Khamis. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 15 2024

Bapa Zulfarhan, Zulkarnain Idros (kiri) dan isteri Hawa Osman (dua dari kiri) dan anggota keluarga turut hadir ke Mahkamah Rayuan Istana Kehakiman Putrajaya hari ini. - Foto Bernama

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Kes Zulfarhan: 'Saya tertanya-tanya siapa tekap anak saya dengan seterika' - Ibu
Ibu kepada Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain meluahkan mereka sekeluarga telah menderita selama lapan tahun.

Enam bekas penuntut UPNM buli, bunuh Zulfarhan - Pendakwaan
Pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan menjatuhi enam bekas penuntut UPNM hukuman mati kerana membuli dan menyebabkan kematian (bunuh) rakan mereka, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Kes kematian Zulfarhan: Jadikan sebagai pengajaran
Kes yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa berhubung insiden kematian Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain diharap dapat memberi pengajaran.