BATU PAHAT: Penantian selama enam bulan keluarga Musthafa Kamal Abdullah, 49, yang dilaporkan hilang di Makkah berakhir apabila mendapat perkhabaran jemaah berkenaan disahkan meninggal dunia oleh Kedutaan Malaysia.
Anaknya, Muhammad Nabel, 26, berkata, walaupun berat ujian diterima namun dia sekeluarga tetap reda dengan pemergian ayah yang merupakan guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Raja.
"Saya sebak apabila dihubungi Kedutaan Malaysia pagi 11.40 pagi Jumaat memaklumkan berita kematian ayah di Makkah.
"Saya terus memaklumkan kepada ibu, Zurina Muhammad@Shamsuddin, 49 dan empat orang adik.
"Saya diberitahu oleh pihak kedutaan di sana yang ayah sebenarnya telah meninggal dunia pada 13 Februari lepas, melalui pengesahan biometrik dan segala pengurusan jenazah telah selesai, termasuk pengebumiannya," katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Sri Gading, di sini pada Sabtu.
Pada 6 Disember tahun lalu, Musthafa Kamal berangkat menunaikan umrah bersama anaknya, Muaz, 17, dan sepatutnya pulang ke Malaysia pada 18 Disember lalu.
Bagaimanapun, bapa kepada lima anak itu dilaporkan hilang pada 12 Disember selepas Muaz menyedari bapanya tiada di bilik hotel di Makkah.
Seterusnya pada 20 Januari lalu Muhammad Nabil, 26 dan Muaz, 17, berangkat ke Makkah untuk mencari bapa mereka, namun usaha berkenaan gagal.
Muhammad Nabel menjelaskan, selain menunggu dokumen pengesahan kematian, mereka sekeluarga juga menunggu punca kematian dan lokasi Allahyarham bapanya menghembuskan nafas terakhir.
Dia yang bertugas di Pejabat Kadi Batu Pahat, berhasrat membawa ibu dan empat adiknya untuk menziarahi pusara arwah ayahnya yang disemadikan di sebuah tanah perkuburan di Makkah dalam masa terdekat.
“Saya menganggap kejadian ini mempunyai hikmah dan ayah meninggal dunia dalam keadaan yang baik (berihram) serta di dalam bulan yang baik (Rejab).
"Saya berharap dapat bawa ibu ke Tanah Suci dan menziarahi pusara arwah ayah. Bagaimanapun kami merancang untuk ke sana selepas musim haji," katanya.
Sementara itu, Muhammad Nabel turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan bapanya selepas berita kehilangannya di Tanah Suci dilaporkan di media-media tempatan.
"Pada Jumaat, solat jenazah ghaib turut diadakan di Masjid Jamek Sri Gading. Saya terharu, orang ramai terutama di Batu Pahat tidak henti-henti mendoakan arwah ayah.
"Keluarga dan saudara dari Batu Pahat dan Simpang Renggam juga turut hadir menziarahi ibu dan kami adik beradik serta memberikan kami kata-kata semangat," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 10 2023

Musthafa Kamal (kanan) dilaporkan hilang pada 12 Disember selepas Muaz menyedari bapanya tiada di bilik hotel di Makkah. - Gambar fail/ Sinar Harian
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Enam bulan hilang di Makkah, Cikgu Musthafa disahkan meninggal dunia
Penantian selama enam bulan keluarga Musthafa Kamal Abdullah, 49, yang dilaporkan hilang di Makkah berakhir apabila mendapat perkhabaran jemaah berkenaan disahkan meninggal dunia.

'Sudah hampir sebulan ayah hilang di Tanah Suci'
Seorang guru agama, Musthafa Kamal Abdullah, 49, dilaporkan hilang sejak hampir sebulan lalu ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci.