KUALA LUMPUR: Pelbagai pakej di bawah 'Payung Rahmah' telah diperkenalkan sejak enam bulan inisiatif itu dilancarkan - antaranya menu makanan, bakul makanan, rawatan, serta jualan murah.
Terbaharu, ialah Pakej Rahmah Cermin Mata yang dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Saban hari, pelbagai reaksi diberikan rakyat atas inisiatif yang dapat membantu golongan berpendapatan rendah itu.
Astro AWANI ke lapangan untuk mendapatkan pandangan rakyat mengenai inisiatif kerajaan ini yang akan dinilai pada Jun selepas tempoh enam bulan ia diwujudkan.
Menu Rahmah paling berkesan
Bagi Wan Mohd Padilah Wan Ibrahim, 54, Menu Rahmah antara pakej yang sering didengar sejak dilaksanakan.
"Branding (penjenamaan) Rahmah ni, saya biasa dengar lah, tapi cuma Menu Rahmah yang saya tahu. Yang lain itu (produk) promosi dia mungkin kurang sebab sekadar dengar sahaja.
"Kalau untuk ekonomi, pakej Rahmah amat bagus, tapi contoh, kita nak pergi tempat makan atau beli barangan itu kalau boleh diperluaskan lagi di tempat lain, bukan hanya tempat-tempat tertentu sahaja," katanya.
Jualan Rahmah perlu diperluaskan
Nada sama disuarakan Saiful Din, 50, peniaga dari Hulu Selangor ketika ditemui Astro AWANI pada Ahad.
Jelas Saiful, Jualan Rahmah paling berkesan untuk membantu rakyat mendapatkan barangan dengan harga berpatutan.
"Jualan itu yang murah harga untuk rakyat yang mampu milik, ringankan beban.
"Berkenaan promosi, saya rasa berita itu masuk tapi promosi di peringkat bawahan itu kurang, memang saya tengok dalam TV ada tapi kurang iklan dia," ujarnya.
Lebih promosi di kawasan luar bandar
Pesara hotel Khamis Yaakob, 57, turut berpandangan sama di mana inisiatif Payung Rahmah perlu diperkasakan di seluruh negara.
Menurutnya, sekiranya dapat diperkemaskan promosi serta pelaksanaan Payung Rahmah di kawasan luar bandar, beliau percaya ia akan memberi lebih impak kepada rakyat.
"Bagi saya apa dibuat (oleh kerajaan) untuk rakyat itu bagus menerusi Payung Rahmah ini.
"Kalau kata mengenai keberkesanan itu ada, cuma di kawasan luar bandar dan kampung-kampung perlu diperhebatkan lagi. Kemungkinan jika promosi lebih agresif baru orang tahu.
"Jadi orang akan tahu di mana nak mendapatkan barangan di bawah Payung Rahmah, itu pendapat saya," jelasnya.
Fareez Azman
Sun Jun 18 2023
Inisiatif Payung Rahmah oleh kerajaan membantu golongan B40 menangani kos sara hidup yang tinggi. - Gambar hiasan/BERNAMA
YSIJ sumbang 105 televisyen pintar kepada sekolah di Johor
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 105 televisyen pintar (Smart TV) kepada sekolah-sekolah terpilih di negeri Johor.
Pos Malaysia buka Pos Shop ke-50 di Pulau Pinang
Kedai Pos Shop ke-50 di Jalan Dato Keramat, George Town menawarkan kemudahan runcit yang komprehensif melangkaui perkhidmatan tradisinya.
Lebih 400 pegawai, anggota polis ditugaskan pastikan Pemukimam AMM berjalan lancar
Kesemua mereka terdiri daripada polis trafik, polis tugasan am, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Bangkok laksanakan langkah bekerja dari rumah berikutan ramalan kemerosotan kualiti udara
Ramalan cuaca menunjukkan sekurang-kurangnya 35 daerah di Bangkok berpotensi alami peningkatan tahap PM2.5.
Remaja perempuan hilang sejak Rabu
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Semenyih, Selangor sejak Rabu lalu.
KDNK China tumbuh 5 peratus pada 2024, tepati unjuran
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus pada 2024, sejajar dengan unjuran.
KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru
Inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja.
Tumpuan Sabtu – 18 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim, semalam.
Jualan, Menu Rahmah jenama popular KPDN sepanjang setahun kerajaan MADANI - Fuziah
Inisiatif Payung Rahmah menjadi jenama popular Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sepanjang setahun pentadbiran kerajaan MADANI.
Inisiatif Payung Rahmah perlu diteruskan - Zahid
Rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dan miskin tegar pastinya mengharapkan inisiatif berkenaan dapat diteruskan dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup ketika ini.
Payung Rahmah: Jaya Grocer, Grab Malaysia tampil jadi rakan strategik
Jaya Grocer dan Grab Malaysia tampil menjadi rakan strategik terbaharu kerajaan dalam inisiatif Payung Rahmah untuk membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup.
Enam bulan pelaksanaan, inisiatif Payung Rahmah bantu golongan B40
Inisiatif Payung Rahmah oleh kerajaan membantu golongan B40 menangani kos sara hidup yang tinggi.
Semakin ramai usahawan sertai inisiatif Payung Rahmah - Salahuddin
Inisiatif Payung Rahmah yang diperkenalkan oleh KPDN terus berkembang di seluruh negara dengan semakin ramai usahawan tempatan yang mengambil bahagian.