BANDARAYA MELAKA: Enam pelanggan sebuah restoran termasuk dua kanak-kanak cedera selepas sebuah kenderaan hilang kawalan dan merempuh masuk premis makanan berkenaan di Jalan Puteri Hang Li Po, Bukit Baru di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 malam itu, pemandu sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang berusia 66 tahun dikatakan tertekan pedal minyak selepas selesai menjamu selera di restoran berkenaan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata pemandu lelaki warga emas itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan manakala enam pelanggan cedera ringan.
“Hasil siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku apabila pemandu Perodua Kancil terbabit baru selesai makan di restoran tomyam itu dan hendak menghidupkan kenderaan yang di parkir di hadapan kedai.
“Selepas menghidupkan enjin kereta, warga emas itu tertekan pedal minyak sehingga kereta dipandu terus merempuh masuk ke dalam restoran selain turut melanggar tembok dinding di dalam premis itu dan menyebabkan beberapa pelanggan cedera,” katanya dalam kenyataan di sini.
Mengulas lanjut ujarnya, kesemua mangsa berusia setahun hingga 56 tahun itu juga telah dihantar ke Hospital Melaka dan menerima awatan di Zon Hijau.
“Kenderaan warga emas itu mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan manakala bahagian dinding dapur dan beberapa meja dan kerusi restoran berkenaan juga terjejas.
“Ketika kejadian, cuaca baik dan terdapat rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) serta saksi bebas yang tampil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen Rule 10LN 166/58,” tambahnya.
Shuhada Abdul Kadir
Fri May 06 2022

Pemandu sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang berusia 66 tahun dikatakan tertekan pedal minyak selepas selesai menjamu selera di restoran berkenaan. - Foto ihsan PDRM
200 warga China akan dihantar pulang pada Khamis
China akan menghantar pulang 200 warganya yang terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan di sempadan Myanmar-Thailand.

Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin
Seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia Isnin lepas, setelah seminggu demam akibat dijangkiti kusta, manakala lapan lagi sedang menerima rawatan.

Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan untuk mengurangkan pinjaman tidak berbayar (NPL) yang ditanggung agensi itu di bawah paras 30 peratus tahun ini.

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.
Pantau Agenda Reformasi: Impak jangka panjang larangan pergerakan kenderaan berat
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini bagi melancarkan pergerakan trafik di kawasan itu serta di bandar raya.
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Seni bina perlu jadi penyumbang kukuh perdagangan perkhidmatan
Seni bina masih merupakan segmen eksport yang kurang dibangunkan berikutan pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan perniagaan yang mendominasi profil eksport perkhidmatan negara.
Adaptasi ESG: Perkongsian awam-swasta beri kelebihan daya saing
Kerajaan berhasrat mewujudkan ekonomi digital yang teguh, mampan dan berdaya saing di peringkat global yang memberi manfaat kepada perniagaan dan rakyat.

Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
Perikanan: Pemprosesan, pengeluaran jana nilai ekonomi RM 64 juta tahun lepas - DOF
Pencapaian dicatatkan menerusi Program myAgropreneur (myAP) itu mencerminkan peranan penting industri pemprosesan perikanan dalam menyokong pembangunan ekonomi negara.
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.

Enam cedera, kereta dipandu warga emas rempuh kedai tomyam
Enam pelanggan sebuah restoran termasuk dua kanak-kanak cedera selepas sebuah kenderaan hilang kawalan dan merempuh masuk premis makanan berkenaan.