SHAH ALAM: Seramai enam individu termasuk dua wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes bunuh seorang ahli perniagaan di Kajang.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan daripada rakan serumah mangsa, mengenai kehilangan lelaki berusia 41 tahun itu pada 26 April lalu.
"Sepasukan polis memberkas tiga lelaki, dua wanita tempatan sekitar Kajang dan Ampang serta rakan serumah mangsa pada 27 April lalu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini pada Selasa.
Hussein berkata, hasil siasatan, seorang daripada suspek yang juga seorang kontraktor berusia lewat 30-an mengaku membunuh ahli perniagaan dan mayat tersebut disumbat dalam bagasi sebelum dibuang di cerun bukit di Hulu Langat.
"Mangsa ditemukan lengkap berpakaian dengan keadaan tangan terikat serta kesan leher dijerut dengan kabel wayar," katanya.
Beliau berkata, polis turut merampas lima telefon bimbit termasuk satu daripadanya milik mangsa dan sebuah kereta jenis Perodua Axia milik salah seorang suspek.
“Motif kejadian adalah bagi mendapatkan harta milik mangsa. Ini kerana suspek ada masalah kewangan bagi membiayai peguam bagi kes berkaitan dadahnya sebelum mendapat idea bagi menculik, memeras dan membunuh rakannya itu,” katanya.
Hussein berkata, siasatan awal turut mendapati pemilik rangkaian klinik swasta itu telah menaiki kenderaan sendiri bertemu dengan suspek di sebuah restoran di Semenyih kira-kira pukul 11 pagi pada 26 April lalu.
"Bagaimanapun mangsa telah diperdaya dan menaiki kereta suspek ke sebuah lokasi atas alasan perniagaan," katanya.
Menurutnya, mangsa ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) menerusi telefon bimbitnya kepada rakan serumahnya dan meminta dimasukkan wang syarikat berjumlah RM228,000 ke dalam akaun tidak dikenali.
"Turut menerima SMS sama adalah akauntan syarikat mangsa yang juga diarah membuat pemindahan wang namun tidak dilakukan kerana curiga terhadap SMS itu sebelum telefon bimbit mangsa gagal dihubungi,” katanya.
Beliau berkata, siasatan turut mendapati tiga daripada suspek terlibat secara langsung dalam kes tersebut.
“Kita percaya suspek memang berniat membunuh disebabkan persiapan telah dibuat suspek termasuk tali wayar. Suspek juga telah berjaya mendapatkan RM20,000 daripada mangsa tersebut," katanya.
Hussein berkata, hasil pemeriksaan bedah siasat pakar patologi Hospital Serdang mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan jerutan pada leher yang menyebabkan saluran pernafasan tersekat.
“Siasatan lanjut mendapati mangsa dan suspek utama yang merupakan kontraktor telah berkenalan sejak setahun lalu selepas membaik pulih klinik dan rumah mangsa," katanya.
Menurutnya, mangsa adalah seorang yang berkelulusan doktor falsafah (PhD) berkaitan perkhidmatan kesihatan dengan memiliki aplikasi pengurusan kesihatan.
"Kes yang pada awalnya disiasat mengikut 385 Kanun Keseksaan kini berubah kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 02 2023
![Enam disyaki terbabit kes bunuh pemilik klinik ditahan Enam disyaki terbabit kes bunuh pemilik klinik ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683012556_kesbunuh.jpg)
Hussein Omar Khan (tengah) menunjukkan gambar kenderaan yang digunakan oleh suspek. -Foto Sinar Harian
![Peserta serahan memorandum hanya dirakam keterangan, tiada tangkapan - KDN Peserta serahan memorandum hanya dirakam keterangan, tiada tangkapan - KDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694084663_KDN.jpg)
Peserta serahan memorandum hanya dirakam keterangan, tiada tangkapan - KDN
Peserta serahan memorandum terbabit hanya dipanggil untuk memberikan keterangan kepada polis susulan laporan prosedur keselamatan yang biasa dilakukan.
![15 rakyat Malaysia antara 260 mangsa sindiket pusat panggilan di Myanmar yang diselamatkan 15 rakyat Malaysia antara 260 mangsa sindiket pusat panggilan di Myanmar yang diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724319872_ManyHands.jpg)
15 rakyat Malaysia antara 260 mangsa sindiket pusat panggilan di Myanmar yang diselamatkan
Pihak berkuasa Myanmar selamatkan mangsa dari KK Park dan Shwe Kokko, dua bandar sempadan yang terkenal dengan aktiviti pemerdagangan manusia.
![Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739359724_HarimauIpoh.jpg)
Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak
Perangkap harimau yang dipasang Perhilitan Perak di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan di sini pada 21 Jan, tidak akan dibuka.
![Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703169039_TBGaza.jpg)
Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump
Tiada "sebarang kemungkinan" bagi Afrika Selatan untuk menarik balik kes yang difailkan pada Disember 2023 itu.
![Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739369242_AdelJumaaMenteri.jpg)
Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli
Menteri itu cedera dalam serangan selepas lelaki bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaannya.
AWANI Tonight 12 Feb 2025
AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
![Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan sentimen berhati-hati terhadap unjuran ekonomi semasa.
Consider This: Data Centres — What’s In It for Malaysia?
In the past couple of years, Malaysia has emerged as Southeast Asia’s leading investment destination for data centres. But amidst the buzz, concerns are mounting. Data centres are electricity and water guzzlers—straining national resources without necessarily delivering high-skilled jobs or significant economic value. So how do we ensure that these investments truly benefit the nation? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Dr Ong Kian Ming, Pro Vice-Chancellor for External Engagement at Taylor’s University. He previously served as Deputy International Trade and Industry Minister.
AWANI Tonight: Last Saturday of September is Malaysia's Cleanup Day
Malaysia will designate the last Saturday of every September as Malaysia Cleanup Day, with the Housing and Local Government Ministry leading the annual nationwide program approved by the Cabinet.
AWANI Tonight: Trump orders large-scale cuts in federal workforce
U.S. President Donald Trump has signed another executive order to reduce the federal workforce, directing agencies to work with top adviser Elon Musk and identify employees to be laid off
![Insiden tembakan: Aaron Aziz segera ambil anak di SCM, sempat titip pesanan Insiden tembakan: Aaron Aziz segera ambil anak di SCM, sempat titip pesanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739081659_tbaaronazizkecema.jpg)
Insiden tembakan: Aaron Aziz segera ambil anak di SCM, sempat titip pesanan
Aaron Aziz memaklumkan anaknya juga salah seorang pengunjung di pusat beli-belah di Setia Alam, Shah Alam ketika insiden tembakan pada Sabtu.
![Insiden tembakan Setia Alam: Polis sudah kenal pasti suspek Insiden tembakan Setia Alam: Polis sudah kenal pasti suspek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738846397_DatukHusseinOmarK.jpg)
Insiden tembakan Setia Alam: Polis sudah kenal pasti suspek
Polis dalam usaha mengesan dan menangkap suspek yang juga mempunyai 11 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
![Mangsa insiden tembakan di pusat beli-belah Setia Alam stabil - KP Selangor Mangsa insiden tembakan di pusat beli-belah Setia Alam stabil - KP Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738663971_HusseinOmarKhan.jpg)
Mangsa insiden tembakan di pusat beli-belah Setia Alam stabil - KP Selangor
Mangsa kini ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan dia stabil.
![Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738999305_HusseinOmarKhan.jpg)
Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai
Kertas siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
![Dakwaan fitnah terhadap bekas Naib Canselor UKM: Polis rakam keterangan dua individu Dakwaan fitnah terhadap bekas Naib Canselor UKM: Polis rakam keterangan dua individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738251780_HusseinOmarKhan.jpg)
Dakwaan fitnah terhadap bekas Naib Canselor UKM: Polis rakam keterangan dua individu
Polis merakam keterangan dua individu daripada pengurusan tertinggi sebuah universiti awam tempatan berhubung dakwaan fitnah dan tohmahan membabitkan bekas Naib Canselor UKM.
![Penganggur ditahan, tujuh kes penipuan selesai Penganggur ditahan, tujuh kes penipuan selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738663971_HusseinOmarKhan.jpg)
Penganggur ditahan, tujuh kes penipuan selesai
Polis Selangor berjaya menyelesaikan tujuh kes penipuan di beberapa negeri termasuk menyamar sebagai pihak berkuasa dengan penahanan seorang lelaki warga tempatan.
![Polis sahkan terima laporan bekas Naib Canselor UKM Polis sahkan terima laporan bekas Naib Canselor UKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737113737_KetuaPolisSelangor.jpg)
Polis sahkan terima laporan bekas Naib Canselor UKM
Polis mengesahkan menerima laporan daripada bekas Naib Canselor UKM Prof Datuk Mohd Ekhwan Toriman berhubung dakwaan fitnah dan tohmahan yang dilontarkan kepadanya.
![Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81738299171_TBTIPUALONGCHAM.jpg)
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
![Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737275858_HusseinOmarKhan.jpg)
Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri
Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, Selangor, malam tadi.
![Polis buru saki baki suspek kes tembak di Tanjung Rhu, Banting Polis buru saki baki suspek kes tembak di Tanjung Rhu, Banting](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737786683_HusseinOmarKhan.jpg)
Polis buru saki baki suspek kes tembak di Tanjung Rhu, Banting
Polis berusaha mengesan dan memburu saki baki kumpulan warga asing yang bertindak menyerang anggota Maritim Malaysia di perairan Tanjung Rhu, Banting.