"Sudah enam kali saya keluar masuk penjara disebabkan dadah, apabila keluar nanti saya bertekad untuk berubah dan tidak akan menjejakkan kaki ke sini lagi," kata Abe Man.
Itulah janji dan azam seorang banduan yang ingin dikenali sebagai Abe Man, 30, yang kini berada di Penjara Pengkalan Chepa selepas 'keluar masuk' penjara sebanyak enam kali bermula pada 2013 kerana disabitkan kesalahan dadah.
Katanya, dia ditangkap buat kali keenam pada 2017 selepas pihak berkuasa melakukan pemeriksaan dan menemui dadah di dalam pakaiannya selain positif ujian saringan air kencing.
"Saya mula terjebak mengambil dadah ketika berusia 15 tahun... yang menjadi detik penyesalan kehidupan saya disebabkan terlalu mengikut 'darah muda' yang ingin mencuba, selain pengaruh rakan sebaya.
"Apabila mula mencuba dadah, sukar untuk dipulih kerana akan merasa ketagih setiap masa. Namun, sepanjang berada di penjara, saya sentiasa berdoa kepada Allah agar mempermudahkan urusan saya untuk pulih bila saya keluar kelak," katanya ketika ditemui pemberita pada Program Bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Masih Ada Yang Sayang di sini, semalam.
Program berkenaan dirasmikan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary di Masjid Penghuni Penjara Pengkalan Chepa.
Anak sulung daripada 11 beradik dari Pasir Mas itu berkata, dia menggunakan sepenuh masa yang ada ketika di penjara untuk memperbaiki diri kerana banyak perkara positif yang boleh dimanfaatkan termasuk pelbagai pengisian agama dan juga mempelajari al-Quran yang dapat mendekatkan dirinya kepada Allah SWT.
"Saya amat berharap dapat memulakan kehidupan baharu apabila keluar nanti kerana sudah serik dengan najis dadah yang tidak memberi sebarang manfaat malah hanya memudaratkan diri sendiri.
"Saya juga ingin menasihatkan 'orang muda' di luar sana agar jangan sesekali melibatkan diri dengan dadah kerana ia boleh merosakkan diri dan akal fikiran sekali gus membuatkan seseorang itu bertindak di luar kawalan," katanya yang dijangka dibebaskan pada 2022.
Sementara itu, seorang lagi penghuni yang hanya mahu dikenali sebagai Abe Jo, 41, berkata upah lumayan menjadi pendorong utama untuk dia serta isteri melibatkan diri secara aktif sebagai pengedar dadah.
Namun, kemewahan yang dikejar itu tidak kekal lama apabila mereka ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada tahun lepas dan menjalani hukuman di Penjara Pengkalan Chepa selama dua tahun dan tiga sebatan.
"Saya mula terbabit dengan dadah sejak berusia belasan tahun lagi. Saya terlibat dadah bukan untuk diri sendiri namun kerana perasaan membuak-buak untuk menjadi kaya. Ini merupakan kali keempat saya dimasukkan ke penjara atas kesalahan yang sama dan dijangka akan dibebaskan pada awal Januari tahun depan.
"Penjara adalah tempat yang paling tenang selain dapat mengelakkan saya untuk terus terlibat dengan aktiviti tidak bermoral itu. Bahkan banyak ilmu agama yang dapat dipelajari selain saya juga telah khatam al-Quran sebanyak 30 kali sepanjang berada di dalam penjara," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Sep 07 2020

Abe Man kini berada di Penjara Pengkalan Chepa selepas 'keluar masuk' penjara sebanyak enam kali bermula pada 2013 kerana disabitkan kesalahan dadah. - Gambar hiasan

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Enam kali keluar masuk penjara, banduan tekad untuk berubah
"Sudah enam kali saya keluar masuk penjara disebabkan dadah, apabila keluar nanti saya bertekad untuk berubah dan tidak akan menjejakkan kaki ke sini lagi," kata Abe Man.