Polis menahan enam lagi individu hari ini berhubung kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, Isnin lalu.
Tangkapan terbaharu dibuat sekitar Lembah Klang awal pagi ini, menjadikan jumlah tangkapan kini berjumlah 48 orang setakat ini.
"Kita masih menjalankan siasatan lanjut," kata Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor kepada Bernama.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memaklumkan jumlah tangkapan berhubung insiden kekecohan di kuil berkenaan meningkat 12 orang menjadikan jumlah tangkapan 42 orang, berbanding 30 orang seperti yang didedahkan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Insiden kekecohan yang berlaku pada awal pagi Isnin dan Selasa berikutan perbalahan mengenai perpindahan kuil itu ke tapak baharu, menyebabkan kecederaan parah kepada seorang anggota bomba Mohd Adib Mohd Kassim yang kini dirawat di Institut Jantung Negara.
Kejadian itu juga menyebabkan kecederaan kepada beberapa anggota keselamatan dan orang awam selain kemusnahan beberapa buah kenderaan dan premis perniagaan serta gangguan kepada ketenteraman awam.
Astro Awani
Sat Dec 01 2018

Polis menahan enam lagi individu hari ini berhubung kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman. -Gambar fail

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Pasangan warga China didakwa berhubung kekecohan di KLIA Terminal 2
Pasangan warga China didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini berhubung kejadian kekecohan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 pada 9 Feb lepas.

ATM sahkan insiden kekecohan libatkan warga Palestin di WTKL
Situasi berkenaan dapat dikawal dengan baik tanpa melibatkan sebarang pergaduhan dan kecederaan.

Polis tahan lima lelaki susulan kekecohan antara penyokong NSFC, JDT
Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 148 atau Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu kerana merusuh di tempat awam atau melakukan khianat.

Tidak puas hati layanan dipercayai punca lelaki cuba bawa masuk anjing ke kompleks beli-belah
Berang akibat tidak di layan, suspek telah memarahi pekerja kedai emas dengan mengeluarkan kata-kata kesat hingga berlaku kekecohan.

Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.

Liga Super: Lapan lelaki diberkas susulan kekecohan di Stadium Perak
Polis sedang melengkapkan siasatan dan akan merujuk kertas siasatan kepada Pendakwa Raya Negeri Perak untuk cadangan pertuduhan.

Keluarga tidak pernah lantik Mahmud sebagai peguam - Datuk Zayn Rayyan
Suasana di luar mahkamah kecoh apabila ahli keluarga kepada ibu bapa Zayn Rayyan memegang kain rentang sambil melaungkan kata-kata semangat.

Liga Super: Polis mengesan suspek terlibat kekecohan
Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kekecohan yang melibatkan penyokong bola sepak di sebuah stadium di Petaling Jaya, selepas tamatnya perlawanan Liga Super, semalam.

Polis buru suspek cetus kekecohan selepas perlawanan KL City, JDT
Polis sedang mengesan individu yang mencetuskan kekecohan selepas perlawanan bola sepak antara Kuala Lumpur City (KL City) menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di luar Stadium Cheras di sini pada Sabtu.

'Flashmob' bertukar kecoh, penyokong Pas, BN bertengkar
'Flashmob' yang diadakan di persimpangan lampu isyarat Jalan Sulaimani menghala ke Kuantan, petang Jumaat bertukar kecoh.