KUALA LUMPUR :Enam lagi kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan dua di Kuala Lumpur dan masing-masing satu di Selangor, Johor, Putrajaya serta Sabah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua kluster di Kuala Lumpur dikenali sebagai Kluster Baiduri dan Kluster Bah Perdana.
Sementara itu katanya, kluster di Selangor pula dikenali sebagai Kluster Bah Tropicana; Sabah (Kluster Kolong); Johor (Kluster Rinting) dan Putrajaya (Kluster Bah Kasturi).
Perincian lanjut mengenai kluster-kluster terbabit adalah seperti berikut:
1) Kluster Baiduri, Kuala Lumpur
Kluster baharu ini melibatkan daerah Hulu Langat, Selangor dan daerah Cheras, Kuala Lumpur.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14,312) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan prapembedahan pada 7 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Saringan kontak rapat telah mengesan 17 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 12 Oktober, seramai 39 individu telah disaring dan hasilnya:
• 18 kes dikesan positif COVID-19
• 12 individu negatif
• Sembilan individu masih menunggu keputusan
2) Kluster Bah Perdana, Kuala Lumpur
Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Cheras, Kuala Lumpur.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11,305) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari Sabah pada 28 September dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lapan lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 12 Oktober, seramai 22 individu telah disaring dan hasilnya:
• Sembilan kes dikesan positif COVID-19
• 13 individu masih menunggu keputusan
3) Kluster Kolong, Sabah
Kluster baharu ini dikenal pasti di daerah Keningau, Sabah.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13,548) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan dalam komuniti pada 7 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu.
Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 12 Oktober, seramai 92 individu telah disaring dan hasilnya:
• Lapan kes dikesan positif COVID-19
• 81 individu negatif
• Tiga individu masih menunggu keputusan
4) Kluster Bah Tropicana, Selangor
Kluster baharu ini dikenal pasti di daerah Petaling, Selangor.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11,804) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari Sabah pada 2 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Saringan kontak rapat telah mengesan 13 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 12 Oktober, seramai 147 individu telah disaring, dan hasilnya:
• 14 kes dikesan positif COVID-19
• 105 individu negatif
• 28 individu masih menunggu keputusan.
5) Kluster Rinting, Johor
Kluster baharu ini melibatkan melibatkan daerah Melaka Tengah di Melaka dan Johor Bahru di Johor.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14,350) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan masuk kerja pada 7 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Melaka.
Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 12 Oktober seramai 162 individu telah disaring, dan hasilnya:
• Lapan kes dikesan positif COVID-19
• 97 individu negatif
• 57 individu masih menunggu keputusan
6) Kluster Bah Kasturi, Putrajaya
Kluster baharu ini melibatkan beberapa buah daerah dan negeri iaitu;
• Daerah Seremban, Negeri Sembilan;
• Daerah Cheras dan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
• Daerah Klang, Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Kuala Langat, Selangor.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12,553) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari Sabah pada 24 September dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan.
Saringan kontak rapat telah mengesan 17 lagi kes positif COVID19.
Sehingga 12 Oktober 2020 seramai 305 individu telah disaring, dan hasilnya:
• 18 kes dikesan positif COVID-19
• 277 individu negatif
• 10 individu masih menunggu keputusan
Umavathi Ramayah
Mon Oct 12 2020

Dr Noor Hisham berkata, enam lagi kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan dua di Kuala Lumpur. - Gambar fail/BERNAMA

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Kerjasama BLACKMORES dengan IJN beri kesedaran pentingnya kesihatan jantung
Kerjasama BLACKMORES dengan Institut Jantung Negara (IJN) terjalin pada waktu yang tepat melihat kepada peningkatan trend penghidap sakit jantung dalam kalangan usia muda di Malaysia.

Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.

Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.

Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.

Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.

Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.

Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.

Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.

Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.

Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.