SUNGAI PETANI: Enam lelaki termasuk seorang remaja bawah umur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana melakukan rusuh sehingga mendatangkan kecederaan kepada seorang lelaki pada 27 Nov lepas.
Muhammad Sharizal Ngazawan, 42, Mohd Nawawi Azmi, 35, Muhammad Sufyan Johan Panggi, 25, Mohamad Muhaimin Mahmud, 33, Zulkupli Mohamed, 33, dan seorang remaja berusia 16 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Fazlina Musa.
Mahkamah menetapkan tarikh 7 Jan depan untuk sebutan semula kes bagi fakta dan hukuman.
Mereka dituduh secara bersama telah berhimpun secara berkumpulan dan mencederakan seorang lelaki di hadapan sebuah hotel di sini pada 1 tengah hari, 27 Nov.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh.
Mahkamah kemudian mengenakan jaminan sebanyak RM2,000 setiap seorang kepada lima tertuduh, sementara remaja bawah umur itu pula dikenakan jaminan sebanyak RM1,500 dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S.Preeyaa manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Farah Adnin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 04 2023

Mahkamah menetapkan tarikh 7 Jan depan untuk sebutan semula kes bagi fakta dan hukuman. -Gambar hiasan

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Empat ditahan rogol bergilir pelajar sekolah
Polis menahan empat lelaki yang disyaki terbabit dalam kes rogol bergilir-gilir remaja perempuan berusia 14 tahun di Sungai Ara, Bayan Lepas, Ahad lepas.

Lebih 4,700 remaja bawah umur terlibat judi dalam talian - Polis Korea Selatan
Golongan remaja bawah umur melonjak sebanyak 2,784 peratus daripada hanya 162 kes yang dilaporkan pada tahun sebelumnya.

Rogol teman wanita, penjaga lembu dipenjara tiga tahun
Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi hukuman tiga tahun penjara terhadap seorang penjaga lembu selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol teman wanitanya yang berusia 14 tahun minggu lalu.

Serangan seksual remaja lelaki 16 tahun antara enam saman baharu ke atas Sean ‘Diddy’ Combs
Enam saman baharu dikemukakan ke atas bintang terkenal Hollywood itu melibatkan serangan seksual yang berlaku antara 1995 hingga 2021.

Jangan normalkan remaja bawah umur memandu
Masyarakat dinasihatkan untuk tidak menormalkan perbuatan memandu kenderaan oleh remaja bawah umur yang berbahaya termasuk boleh mengakibatkan kematian.

2 dihadap ke mahkamah perdagang remaja bawah umur untuk eksploitasi seks di hotel bajet
2 dihadap ke mahkamah perdagang remaja bawah umur untuk eksploitasi seks di hotel bajet

Penganggur ditahan rogol teman wanita 16 tahun hingga hamil
Siasatan mendapati pesakit telah dirogol ketika berumur 15 tahun 9 bulan oleh teman lelakinya yang dikenali selama setahun.

Enam lelaki termasuk remaja bawah umur mengaku salah merusuh
Mahkamah menetapkan tarikh 7 Jan depan untuk sebutan semula kes bagi fakta dan hukuman.

Tukang masak hadapi 7 pertuduhan rogol, liwat pelajar Tingkatan Tiga di ladang sawit
Seorang tukang masak dituduh di Mahkamah Sesyen atas tujuh pertuduhan termasuk merogol, meliwat dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar Tingkatan Tiga.

Buruh didakwa rogol anak kandung
Seorang buruh kontrak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan merogol anak kandungnya pada 2016 dan 2017.