KUALA LUMPUR: Sebanyak enam premis restoran dan kedai makan di Jalan Talawi 5, Bangsar, dikenakan tindakan sita dan ditutup serta-merta selepas didapati melanggar syarat lesen pada Sabtu malam.
DBKL dalam kenyataan berkata, operasi khas itu dilaksanakan Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan serta Jabatan Penguatkuasaan DBKL.
Menurutnya, risikan awal mendapati premis restoran dan kedai makan terbabit telah melanggar syarat lesen dengan membuat aktiviti hiburan tanpa lesen dan menimbulkan kacau ganggu awam.
"Tindakan sitaan penutupan premis serta-merta itu dikenakan di bawah Akta Hiburan (WPKL) 1992, Seksyen 17: Kuasa menutup premis," kata DBKL dalam kenyataan di laman Facebooknya.
Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan itu turut memaklumkan sebanyak 17 notis kompaun turut dikeluarkan dalam operasi berakhir jam 3 pagi pada Ahad itu.
"Antaranya enam notis kompaun dikeluarkan di bawah Akta Hiburan (WPKL) 1992, Seksyen 4 (1) (a): Mengadakan aktiviti hiburan tanpa lesen dan enam notis kompaun dikeluarkan di bawah Akta Hiburan (WPKL) 1992, Seksyen 4 (1) (b): Membuka premis aktiviti hiburan tanpa lesen daripada DBKL.
"Selain itu, satu notis kompaun dikeluarkan di bawah UUK Petempatan Makanan (WPKL) 2016: Perkara 22 (1) (b): Mengambil pekerja warga asing tanpa permit yang sah dan tiga notis kompaun di bawah Perkara 18(1) UUK Petempatan Makanan (WPKL) 2016 - Tiada aktiviti perniagaan lain boleh dilakukan selain yang dilesenkan," katanya.
Kenyataan itu menambah, satu lagi kompaun dikeluarkan di bawah Perkara 20 (1) (e) UUK Pelesenan tred, perniagaan dan perindustrian (WPKL) 2016: Tiada pemegang lesen boleh menjalankan aktiviti lain di premis peniagaannya selain aktiviti perniagaan yang dinyatakan dalam lesen.
Dalam pada itu, DBKL turut menasihati pemilik-pemilik premis atau pemegang lesen supaya sentiasa mematuhi syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan.
"Sekiranya berlaku pelanggaran syarat lesen, tindakan berlandaskan undang-undang sedia ada secara tegas dan konsisten akan diambil oleh DBKL," katanya lagi.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Aug 14 2023

Operasi khas itu dilaksanakan menerusi Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan serta Jabatan Penguatkuasaan DBKL. - Facebook DBKL

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Enam restoran jadi pusat hiburan ditutup di Bangsar
Sebanyak enam premis restoran dan kedai makan di Jalan Talawi 5, Bangsar, dikenakan tindakan sita dan ditutup serta-merta selepas didapati melanggar syarat lesen.