ENAM sungai di negeri Selangor melibatkan empat daerah di Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling dilaporkan melebihi paras bahaya dan waspada ekoran hujan lebat berterusan.
Menerusi laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat jam 12 tengah malam, empat sungai masing-masing satu di Hulu Langat dan Kuala Langat serta dua di Sepang menunjukkan trend meningkat melebihi paras bahaya.
Ia melibatkan Sungai Beranang di Pekan Beranang, Hulu Langat dengan bacaan 32.1 meter (m); Sungai Langat di Dengkil, Sepang (7.5m); Sungai Langat di Jenderam Hilir, Sepang (11m) dan Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat (4.2m).
Selain itu, dua lagi sungai iaitu Sungai Bakul di Kampung Budiman (Petaling) dan Sungai Jenderam di Jenderam Hulu, Sepang masing-masing mencatatkan bacaan 7.4m dan 11m melebihi paras waspada.
Pada Isnin, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan melibatkan 13 negeri kecuali Melaka sehingga jam 10 malam tadi. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Aug 29 2022

Setakat jam 12 tengah malam, empat sungai - masing-masing satu di Hulu Langat dan Kuala Langat serta dua di Sepang - menunjukkan trend meningkat melebihi paras bahaya. -Gambar hiasan
Qatar tuan rumah Persidangan Web 2025
Persidangan Web Antarabangsa yang membuka tirainya buat julung kali di Doha, Qatar dijangka menarik lebih 25,000 pengunjung dari serata dunia. Penganjur sidang berkata, mereka yang hadir termasuk lebih 1,500 pelopor syarikat pemula, ribuan figura pelbagai bidang seperti politik, ekonomi dan teknologi dari 90 buah negara dan rantau seluruh dunia.
Apple Labur $500 Bilion di Amerika Syarikat, Cipta 20,000 Pekerjaan
Apple mengumumkan pelaburan sebanyak 500 bilion dolar Amerika di Amerika Syarikat dalam tempoh empat tahun akan datang.
Beribu mangsa pekerjaan scam dibebaskan
Beribu warganegara asing dibebaskan dari jenayah penipuan dalam talian (scam) dalam operasi besar-besaran yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa dari tiga negara China, Thailand dan Myanmar. Mereka merupakan kalangan individu yang terperangkap di premis-premis yang dikawal oleh kumpulan penjenayah.
Empat maut di jabatan runtuh korea selatan, operasi menyelamat masih berjalan
Empat orang maut dan enam lagi cedera pada Selasa,akibat runtuhan di tapak pembinaan lebuh raya di bandar Anseong, Korea Selatan. Pihak berkuasa bomba mengesahkan angka korban tersebut dalam kemas kini terkini.
KKM ambil 3,228 jururawat jawatan tetap
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan 3,228 jururawat pada tahun 2025 daripada graduan Diploma Kejururawatan keluaran institusi pendidikan dalam negara bagi tujuan mengisi perjawatan tetap di KKM.
KPDN akan laksanakan analisis data kesan penyasaran subsidi
Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini kerana telahan awal bahawa penyasaran subsidi diesel akan menyebabkan kadar inflasi meningkat tidak berlaku seperti yang dijangkakan, malah kekal di bawah 2 peratus.
PETRONAS nafi buang 16,000 pekerja, ‘right-sizing’ dijangka pertengahan tahun
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik menegaskan, saiz penyusunan semula atau 'right-sizing' sedang diteliti oleh pasukan petugas dan dijangka diselesaikan pada pertengahan tahun ini.
Malaysia perketat penguatkuasaan tangani lambakan e-waste
Malaysia akan memperkukuh penguatkuasaan undang-undang bagi menangani isu lambakan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) dari negara maju, susulan cabaran yang dihadapi dalam kawalan kemasukan bahan buangan berkenaan.
PRK Ayer Kuning: Notis telah dihantar ke SPR - Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
PM Anwar tiba di Hanoi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Hanoi pada Selasa malam bagi lawatan kerja dua hari ke Vietnam dan dijadualkan menyampaikan ucaptama pada Forum Masa Depan ASEAN (AFF) kedua, pada Rabu.

Sungai Belat Sri Damai, Sungai Luit, Maran lepasi paras bahaya
Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan mencatat paras air setinggi 5.08m melebihi tahap bahaya.

Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.

Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah terus rekod paras bahaya
Lima lagi empangan menunjukkan baki stok simpanan air mentah semasa berada pada paras amaran.

Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah di paras bahaya - NADMA
Empangan Muda di Kedah dan Empangan Bukit Merah, Perak menunjukkan penyusutan baki simpanan semasa air mentah berada pada paras bahaya iaitu masing-masing 18.37 peratus dan 19.97 peratus.

Simpanan air mentah Empangan Malut pada paras bahaya - NADMA
Empangan Malut di Kedah berada pada paras bahaya susulan cuaca panas, iaitu 28.50 peratus hingga semalam.

Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan, Pahang menurun petang ini - NADMA
Bilangan mangsa banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang menurun kepada 1,604 orang di 17 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 4 petang ini.

Mangsa banjir di Johor dan Pahang berkurang, Sabah kekal malam ini - NADMA
Keadaan banjir di Johor dan Pahang semakin baik apabila jumlah mangsa yang direkodkan menurun, manakala situasi di Sabah kekal menjadikan jumlah mangsa malam ini sebanyak 459 orang.

Mangsa banjir di Johor dan Pahang menurun petang ini - NADMA
Jumlah mangsa banjir di Johor dan Pahang menunjukkan trend penurunan dengan 891 orang berlindung di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 3.43 petang ini.

Banjir di Johor pulih sepenuhnya, mangsa di Pahang, Kelantan kekal malam ini - Nadma
Situasi banjir di Johor pulih sepenuhnya apabila 23 mangsa yang berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat, telah pulang ke kediaman masing-masing.

Jumlah mangsa banjir di Johor menurun, Pahang dan Kelantan kekal - Nadma
Banjir di tiga negeri kian pulih dengan jumlah mangsa terus menurun kepada 85 orang di empat pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam ini berbanding 114 orang di lima PPS petang tadi.