KUALA LUMPUR: Enam pemimpin wanita menerima Anugerah Pemimpin Wanita Tan Sri Datuk Napsiah Omar yang pertama daripada Institut Pengurusan Wanita (WIM) malam tadi kerana berjaya mengatasi fenomena siling kaca dan mendapat pengiktirafan dalam pelbagai bidang kerjaya dan kepakaran.
Mereka terdiri daripada Dr Jasmine Begum yang menerima anugerah kategori pengurusan korporat, Prof Datuk Dr Adeeba Kamaruzaman (pendidikan), Rina Neoh (keusahawanan dan perniagaan), Datuk Dr Narimah Khan (perkhidmatan awam), Datuk Dr Hartini Zainudin (perkhidmatan sosial dan masyarakat) dan Prof Dr Leong Wai Yie (teknologi).
Anugerah disampaikan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim yang berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Gala acara itu, di sini sebagai Tetamu Kehormat Diraja.
Pengerusi Penganjur, Puan Sri Siew Yong Gnanalingam berkata penerima anugerah akan membantu menyalakan semangat dan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita bagi meningkatkan pencapaian masing-masing dan memecahkan siling kaca untuk menjadi pemimpin wanita.
"Mereka juga akan bertindak selaku mentor dan menjadi contoh untuk menjadikan wanita memberikan yang terbaik untuk menyumbang balik kepada masyarakat," kata beliau dalam ucapannya di sini malam tadi.
Anugerah itu dinamakan sebagai memperingati Allahyarham Tan Sri Napsiah Omar bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Sosial dan pengasas WIM bagi mengiktiraf pemimpin wanita hebat yang berkhidmat dalam pelbagai sektor di negara ini.
--BERNAMA
Bernama
Mon May 16 2022
Raja Permaisuri Perak (tengah) bergambar bersama penerima Anugerah Pemimpin Wanita Tan Sri Datuk Napsiah Omar malam tadi. --fotoBERNAMA
Samsung Galaxy S25 dilancar, tetap piawaian baharu teknologi AI
Samsung Malaysia mengumumkan pelancaran siri Galaxy S25, menampilkan model Galaxy S25 Ultra, Galaxy S25, dan Galaxy S25, yang direka untuk mendefinisikan semula pengalaman mudah alih.
AWANI Borneo [5/2/2025] – Elak renjatan| Tidak termasuk LNG| Tuntutan palsu RM20,000
AWANI Borneo Rabu, 5 Februari 2025 bersama Assim Hassan
1. Fasiliti elektrik kawasan terjejas banjir ditutup bagi elak risiko renjatan
2. Petronas iktiraf Petros sebagai agregator gas tunggal Sarawak
3. Akauntan didakwa buat tuntutan palsu berjumlah RM20,000
1. Fasiliti elektrik kawasan terjejas banjir ditutup bagi elak risiko renjatan
2. Petronas iktiraf Petros sebagai agregator gas tunggal Sarawak
3. Akauntan didakwa buat tuntutan palsu berjumlah RM20,000
Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im
Malaysia kekal tidak terjejas oleh sekatan pengeluaran visa berbilang kemasukan (MEV) yang dikenakan ke atas 14 negara.
Monopoli projek: Tiga ahli perniagaan, wanita Vietnam direman lima hari
Tiga ahli perniagaan dan seorang wanita warganegara Vietnam ditahan reman lima hari kerana disyaki terlibat dalam kes rasuah bagi memonopoli kesemua projek yang ditawarkan oleh dua jabatan kerajaan di dua daerah di Sarawak.
Akauntan didakwa buat tuntutan palsu RM20,000
Sharin Lusiyau, 35 tahun bertugas di Jabatan Bendahari Negeri Sabah didakwa melakukan kesalahan itu sebanyak 16 kali pada tahun 2023 dengan mengemukakan resit penginapan hotel yang tidak pernah didiami, menggunakan nama sendiri dan beberapa individu lain.
RM1.085 Bilion untuk projek naik taraf paip lama di Sarawak
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.085 bilion untuk melaksanakan projek penggantian dan naik taraf paip lama di seluruh negeri.
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank dalam kenyataannya bantuan tersebut merangkumi pilihan moratorium pinjaman sehingga enam bulan, pengubahsuaian pembayaran pinjaman serta pengecualian caj dan bayaran tertentu bagi pelanggan dan perniagaan yang terkesan oleh bencana banjir.
Mangsa banjir di PPS Sarawak terus menurun
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan jumlah mangsa menurun kepada 5,281 orang berbanding 5,747 pada sebelah pagi.
Kes Paul Yong: Pembantu rumah mengaku beri keterangan palsu - Saksi
Seorang peguam memberitahu mahkamah bahawa pembantu rumah yang menjadi mangsa rogol bekas ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong mengaku memberi keterangan palsu.
Beberapa kawasan di Lundu dinaiki air
Hujan lebat tanpa henti sejak pagi menyaksikan beberapa kawasan di Lundu, Sarawak dinaiki air. Antara yang teruk terjejas, kawasan borong King Supermarket, lokasi tumpuan orang ramai membeli barang keperluan.
Wanita catat 30.6 peratus dalam Lembaga Pengarah 100 PLC utama
Golongan wanita mencatatkan 30.6 peratus dalam Lembaga Pengarah di 100 syarikat senaraian awam (PLC) utama di Malaysia, dan hampir 25 peratus di kesemua PLC di Bursa Malaysia.
Enam terima Anugerah Pemimpin Wanita Tan Sri Datuk Napsiah Omar
Penerima anugerah akan membantu menyalakan semangat dan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita.
Empati kelebihan pemimpin wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, wanita perlu bekerjasama dan menyokong bagi membolehkan mereka menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin yang baik.
Mashitah sedia bertanding di kawasan DUN Kuala Ketil pada PRU14
Katanya, sudah tiba masanya kawasan DUN itu diwakili pemimpin wanita yang mempunyai latar belakang agama kerana kawasan itu banyak menempatkan pusat tahfiz dan pondok di Kedah.