KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes pecah amanah US$12.1 juta (RM50.4 juta) bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Ab Hamid, hari ini diberitahu bahawa enam utas jam tangan jenama Omega pelbagai model telah dibeli oleh seorang individu di sebuah kedai menjual jam tangan mewah di Pavilion, tiga tahun lepas.
Perunding jualan di premis berkenaan Chua Sook Shin @ Miss Juraiporn Chua, 29, berkata keenam-enam jam tangan itu berharga dalam lingkungan RM20,000 hingga RM40,000 seutas dan telah dibayar secara tunai oleh seorang individu, yang berjumlah RM142,410.
"Pada 3 Mei 2018, saya bertugas dari 10 pagi hingga 10 malam di premis tersebut. Selain saya, turut bertugas pada hari itu adalah rakan sekerja saya bernama Jowy Kong Kim Kee (Jowy). Pada lebih kurang 12 tengah hari, empat orang pelanggan lelaki telah masuk ke dalam kedai dan bertanyakan tentang beberapa jenis jam tangan jenama Omega.
"Saya kemudian telah membantu Jowy untuk melayan keempat-empat lelaki tersebut dan selepas diterangkan oleh Jowy, mereka telah memilih enam utas jam tangan itu dan seorang daripada mereka telah membuat pembayaran keseluruhan secara tunai berjumlah RM142,410," kata saksi pendakwaan kelima itu semasa membacakan penyataan saksinya hari ini di hadapan Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh.
Pada 6 Okt tahun lepas, dalam ucapan pembukaan kes pada hari pertama perbicaraan itu pihak pendakwaan akan membuktikan Hasanah telah melakukan pecah amanah wang berjumlah US$12.1 juta (RM50.4 juta) dengan sebahagiannya digunakan bagi pembelian enam utas jam tangan mewah sehingga menyebabkan kerugian kepada Kerajaan Malaysia.
Menurut Chua, beliau telah menguruskan dan menerima pembayaran bagi pembelian keenam-enam utas jam tangan tersebut serta merekodkan butiran berkenaan dengan model jam tangan yang dibeli berserta harga dalam sistem, Point of sales (POS).
“Saya kemudiannya telah mengeluarkan enam invois untuk keenam-enam utas jam tangan tersebut. Saya juga mengeluarkan satu borang, Customer Relationship Management Form kepada pembeli dan tujuan borang ini diberikan adalah untuk menyimpan data pelanggan yang membeli jam dari kedai kami,” katanya.
Bagaimanapun, wanita itu berkata beliau tidak dapat mengecam keempat-empat individu yang datang membeli jam tangan itu kerana ia sudah lama berlaku.
Menurut Chua, model jam tangan yang dibeli ialah Omega Seamaster Aqua Terra, Omega Seamaster Diver 300, Omega Speedmaster Moonwatch dan Omega Constellation Ladies.
Saksi pendakwaan itu berkata pada November 2018, seorang pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah datang ke kedai jam tangan dan bertanyakan butiran pembelian keenam-enam utas jam tangan tersebut.
“Saya telah membuat semakan dalam sistem POS dan mengesahkan pembelian keenam-enam utas jam tangan tersebut dari kedai kami. Saya juga telah mencetak salinan invois yang telah dikeluarkan untuk pembelian jam tersebut untuk diserahkan kepada pihak SPRM,” kata Chua.
Sementara itu, pegawai di Etihad Airway, Emi Azura Samsudin, 41, memberitahu mahkamah bahawa wanita bernama `Hasanah' telah membuat penerbangan ke Abu Dhabi bersama dua individu pada 8 April 2018 dan ketiga-tiganya pulang ke tanah air pada 10 April 2018.
Pada 25 Okt 2018, Hasanah, 64, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri melakukan pecah amanah wang berjumlah US$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kompleks JPM, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 30 April hingga 9 Mei 2018, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum
20 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Shahrir bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 05 2021

Pada 25 Okt 2018, Hasanah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sebagai seorang penjawat awam melakukan pecah amanah wang berjumlah US$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia. - Bernama

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Enam utas jam tangan mewah bernilai RM142,410 dibeli secara tunai - Saksi
Saksi berkata enam utas jam tangan jenama Omega pelbagai model telah dibeli oleh seorang individu di sebuah kedai menjual jam tangan mewah di Pavilion, tiga tahun lepas.

Kes pecah amanah Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia: SPRM sita lebih US$4 juta
SPRM telah menjalankan operasi Ops Dinar 2 bagi menyiasat dakwaan salah guna wang tersebut.

Pecah amanah AS$12.1 juta: Hasanah mengaku tidak bersalah
Hakim Azman Ahmad membenarkan ikat jamin RM500,000 dengan dua penjamin dan mengarahkan beliau menyerahkan pasport antarabangsanya.