IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita sebanyak 52 kilogram minyak masak paket bersubsidi di sebuah premis di Tanjong Malim semalam.
Pengarahnya Datuk Kamalludin Ismail berkata sepasukan anggota KPDN Cawangan Tapah melakukan tindakan penguatkuasaan pada kira-kira 12 tengah hari di premis berkenaan yang didapati enggan menjual barang kawalan itu.
Beliau berkata tindakan itu hasil maklumat dan aduan daripada individu yang mendakwa peniaga terbabit menyembunyikan minyak masak dan enggan menjual produk tersebut ketika diminta berbuat demikian.
"Bagi memastikan aduan tersebut berasas, anggota KPDN telah melakukan pemeriksaan dengan membuat uji beli melalui Ops Samar. Semasa uji beli dilakukan, jurujual memaklumkan bahawa minyak masak telah habis," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Kamalludin berkata susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota Penguat Kuasa KPDN telah melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas premis terbabit dan menjumpai sejumlah minyak masak paket yang disimpan di ruang kaunter.
Beliau berkata satu arahan pengisytiharan stok di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 kemudian diberikan kepada penyelia premis dan KPDN menyita minyak masak paket terbabit yang dianggarkan bernilai RM130.
Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 06 2024

Kamalludin berkata sepasukan anggota KPDN Cawangan Tapah melakukan tindakan penguatkuasaan pada kira-kira 12 tengah hari di premis berkenaan yang didapati enggan menjual barang kawalan itu. - Gambar fail/Bernama

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Enggan jual minyak masak paket, peniaga berdepan tindakan undang-undang
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita sebanyak 52 kilogram minyak masak paket bersubsidi di sebuah premis di Tanjong Malim semalam.

Penyelewengan punca bekalan minyak masak paket kurang di Pulau Pinang
Penyelewengan itu dikenal pasti berlaku hasil serbuan di sebuah kilang di Pulau Pinang, baru-baru ini.

KPDNHEP patahkan cubaan seludup 17,000 kg minyak masak
Operasi dilaksanakan hasil maklumat risikan Seksyen Perisikan KPDNHEP Putrajaya ke atas sebuah premis pemborong dan pembungkus minyak masak di Melaka.

Lelaki tampar jurujual wanita pasar mini ditahan polis
Lelaki yang bertindak menampar seorang jurujual wanita di sebuah pasar mini semalam kerana berang tidak dibenarkan membeli lebih minyak masak paket lebih akhirnya ditahan polis.