DECLAN Rice berkata Arsenal akan terus berjuang untuk merebut mahkota Liga Perdana Inggeris (EPL) biarpun secara matematiknya adalah mustahil selepas keciciran mata berharga ketika menentang Manchester United, awal pagi tadi.

Jaringan Rice dalam separuh masa kedua membatalkan sepakan percuma Bruno Fernandes ketika Arsenal bangkit daripada ketinggalan untuk seri 1-1 di Old Trafford, awal pagi tadi.

Begitupun, The Gunners kini ketinggalan 15 mata di belakang pendahulu liga, Liverpool, dengan kelebihan satu perlawanan dalam tangan sementara anak buah Arne Slot itu memerlukan 16 mata lagi untuk mengesahkan kejuaraan.

Bercakap kepada Sky Sports selepas perlawanan, Rice mengakui jentera serangan Arsenal tumpul selepas lima hari menikmati kemenangan bergaya 7-1 ke atas PSV dalam Liga Juara-Juara (UCL).

"Dalam, separuh masa pertama, kami mempunyai beberapa peluang menarik tetapi tidak mempunyai kelebihan itu," katanya.


“Dalam babak kedua, kami sangat naif dan hampir memberikan United menguasai permainan.

"Kami menyumbat tujuh gol di pertengahan minggu lalu dan ia bukan nasib. PSV tidak pernah tewas di laman sendiri selama dua tahun.

"United beraksi dengan baik dan duduk di blok rendah dengan baik. Ia boleh mengambil masa 90 minit untuk memecahkannya. Tidak banyak ruang dalam permainan seperti ini."