GERGASI Liga Perdana Inggeris, Liverpool mengesahkan pelantikan Arne Slot sebagai Feyenoord pengendali baharu musim depan menggantikan Jurgen Klopp, umum kelab Merseyside tersebut.
Slot telah mengendalikan kelab Belanda, Feyenoord Rotterdam sejak 2021, memenangi kejuaraan liga Eredivisie pada 2022/23 bersama Piala Belanda musim ini, selain memacu anak buahnya ke final Liga Konferensi pada musim pertamanya di kelab itu.
“Ya, sudah semestinya tentu bukan satu keputusan yang mudah untuk menutup pintu belakang di kelab yang mengalami banyak detik hebat dan peluang bekerja bersama ramai orang yang hebat.
"Tetapi peluang untuk menjadi pengendali di Liga Perdana Inggeris, bersama dengan kelab terbesar dunia seperti Liverpool, sesuatu yang sukar untuk diabaikan sebagai orang sukan," kata Slot.
Pada Januari lalu, Klopp mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan Liverpool pada penghujung musim ini dan, selepas banyak spekulasi, Slot mengesahkan pada Jumaat dia akan menjadi pengendali The Reds
"Kelab Bola Sepak Liverpool boleh mengumumkan Arne Slot telah bersetuju untuk menjadi pengendali baharu kelab, secara rasmi mengambil jawatan itu pada 1 Jun 2024, tertakluk kepada permit kerja," kata kelab Anfield itu.
Pada Ahad, Klopp diraikan penyokong-penyokong Liverpool di Anfield selepas perlawanan terakhir Liverpool musim ini, kemenangan 2-0 di tempat sendiri ke atas Wolverhampton Wanderers.
Slot sebelum ini dikaitkan dengan tugas Tottenham Hotspur pada penghujung musim lalu sebelum menandatangani lanjutan kontrak di Feyenoord, dan gaya menyerangnya yang agresif menarik perhatian Liverpool untuk membawanya ke Liga Perdana Inggeris.
Sebagai rekod, Liverpool menamatkan musim ketiga dalam Liga Perdana Inggeris, sembilan mata di belakang juara Manchester City, manakala Feyenoord menamatkan saingan di tempat kedua kepada PSV Eindhoven di Liga Eredivisie. - Sinar Harian
Astro Arena
Tue May 21 2024

Kelab Bola Sepak Liverpool mengumumkan Arne Slot (gambar) setuju menjadi pengendali baharu kelab itu, secara rasmi mengambil jawatan itu pada 1 Jun 2024, tertakluk kepada permit kerja. - Foto Astro ARENA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

EPL: Díaz, Salah pacu Liverpool atasi Wolverhampton
Kemenangan ke-18 selepas mengharungi 25 perlawanan membolehkan The Reds kendalian Arne Slot gah di puncak liga dengan 60 mata.

Dilayang kad merah: Saya biarkan emosi menguasai diri - Arne Slot
Arne Slot berasakan emosinya lebih baik sejurus dilayangkan kad merah selepas seri 2-2 dengan Everton.

EPL: Salam pengadil punca Slot dilayang kad merah
Pengurus Liverpool, Arne Slot, merupakan salah seorang daripada empat individu yang dibuang padang dalam penamat liar pertembungan 'derby' Merseyside Goodison Park.

EPL: Virgil van Dijk label pengadil berat sebelah
Salah memberikan Liverpool gol pendahuluan dalam separuh masa kedua sementara Alexis Mac Allister menutup aksi 45 minit awal permainan.

Piala FA: Selepas singkir Liverpool, giliran Manchester City buruan Plymouth
Manchester United, bakal bertemu Fulham, manakala Newcastle United bertemu Brighton dan Bournemouth bertemu Wolverhampton Wanderers.

Piala FA: Bakal juara EPL, Liverpool disingkir Plymouth Argyle
Jaringan penalti Ryan Hardie melakar kejutan terbesar Piala FA musim ini apabila menyingkirkan pendahulu EPL, Liverpool.

Piala EFL: Pesona Salah bawa Liverpool ke final
Pasukan bimbingan Ange Postecoglou tidak dapat mengekang The Reds untuk ke final dengan kelebihan agregat 4-1.

EPL: Salah buktikan kualiti dengan gol berganda ke atas Bournemouth - Slot
Kemenangan itu menyaksikan Liverpool kini berkelebihan sembilan mata di tangga teratas EPL.

UCL: Liverpool suka dalam duka
Skuad kendalian Arne Slot hanya memerlukan satu mata untuk menamatkan saingan di puncak carta liga, dengan keputusan seri 2-2 Barcelona berdepan Atalanta.

Liverpool mara pusingan kalah mati Liga Juara-Juara
Jaringan pemain sensasi The Reds, Mohamed Salah (m-34) dan pemain gantian Harvey Elliott (m-64) memadamkan gol Jonathan David (m-62).