NEW YORK: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan yang bertemu Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk di New York City pada Ahad, menjemputnya ke Turki dan memintanya membuka kilang ketujuh Tesla di sana, lapor Agensi Anadolu (AA).
Dalam pertemuan yang berlangsung di Turkish House (juga dikenali sebagai Turkevi Center) di Manhattan, Erdogan memaklumkan kepada Musk, pengasas Tesla dan SpaceX, mengenai kejayaan teknologi Turki serta visi 'Turki Digital' dan Strategi Kecerdasan Buatan Kebangsaan," menurut Direktorat Komunikasi Turki dalam satu kenyataan.
Susulan kereta elektrik Turki, Togg, yang sudah berada atas jalan raya di Turki dan Tesla memasuki pasaran negara itu, Erdogan menggesa Tesla supaya menubuhkan kilang ketujuhnya di Turki, kata kenyataan itu.
"Presiden Erdogan berkata peluang untuk bekerjasama dengan SpaceX mungkin muncul melalui usaha yang dilakukan dan akan dibuat yang merupakan sebahagian daripada program angkasa Turki, dan menjemput Musk ke Teknofest yang akan berlangsung di Izmir," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023

Erdogan berkata peluang untuk bekerjasama dengan SpaceX mungkin muncul melalui usaha yang dilakukan dan akan dibuat.
Kelahiran di Malaysia meningkat 7.7 peratus pada 2023 - Nancy Shukri
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri memberitahu Parlimen menurut DOSM 455,761 kelahiran hidup telah direkodkan pada 2023, jumlah ini menunjukkan peningkatan 7.7 peratus berbanding 2022.
Jelasnya dalam tempoh 15 tahun ini, kadar tertinggi 'total fertility rate' (TFR) dicatatkan pada 2011 dan 2012 sebelum menunjukkan trend menurun, namun kadar itu meningkat pada 2023.
Jelasnya dalam tempoh 15 tahun ini, kadar tertinggi 'total fertility rate' (TFR) dicatatkan pada 2011 dan 2012 sebelum menunjukkan trend menurun, namun kadar itu meningkat pada 2023.
Kes pemandu wanita rempuh pelajar UITM Dungun dipindah ke mahkamah tinggi
Mahkamah Majistret Dungun memerintahkan kes pemandu wanita yang didakwa membunuh tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun dalam satu kemalangan tragis dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
KWSP: Waspada pengeluaran akaun fleksibel, ingat hari tua
Pencarum diingatkan agar berwaspada dalam pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP, dengan menekankan kepentingan simpanan jangka panjang untuk persaraan yang stabil.
Pegawai kementerian sudah berkunjung ke pejabat Hejira
Wakil pegawai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah berkunjung ke pejabat syarikat pengendali umrah kontroversi, Hejira Travel & Tours Sdn Bhd, baru-baru ini, bagi mendapatkan maklumat lengkap.

Kes pemandu wanita rempuh pelajar UiTM Dungun dipindah ke Mahkamah Tinggi
Mahkamah Majistret memerintahkan kes pemandu wanita yang didakwa membunuh tiga penuntut UiTM Dungun dalam satu kemalangan tragis dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

AFC akan nilai laporan diterima daripada Pohang Steelers
AFC menerima laporan daripada Pohang Steelers, ekoran dakwaan gangguan bunga api di penginapan pasukan itu menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) kelmarin.

Video tular anggota polis dimarahi depan IPD Kulai, empat lelaki ditahan
Polis menahan empat lelaki tempatan selepas tular satu video memaparkan kejadian seorang anggota polis dimarahi di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai pada Selasa.
AWANI Ringkas: 13,000 kakitangan sektor kesihatan letak jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine
Presiden Rusia, Vladimir Putin sekali lagi menegaskan kesediaan Moscow untuk kembali ke meja rundingan mengenai Ukraine tetapi menekankan bahawa membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat (AS) adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
Dewan Rakyat 'hangat', YB Kampar sarankan Wee Ka Siong dilantik Penasihat KWSP
Dewan Rakyat hangat YB Kampar, Chong Zhemin beri cadangan kepada Menteri Kewangan untuk melantik YB Ayer Hitam , Datuk Seri Wee Ka Siong sebagai penasihat KWSP.
"Sebab dia hebat, dia ada 'crystal ball' dia boleh tahu bila saham naik, bila saham turun," kata YB Kampar ketika Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
"Sebab dia hebat, dia ada 'crystal ball' dia boleh tahu bila saham naik, bila saham turun," kata YB Kampar ketika Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Presiden Turkiye Erdogan disambut dengan istiadat rasmi oleh Presiden Indonesia
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan disambut dengan istiadat rasmi oleh Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Bogor pada Rabu sempena lawatan rasminya ke negara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Sapura, Aselsan jalin kerjasama strategik majukan teknologi komunikasi dan C2 Malaysia
Sapura dan Aselsan telah mewujudkan kerjasama strategik untuk memajukan keupayaan teknologi komunikasi dan kawalan & arahan (C2) Malaysia di bawah program dua hala Malaysia-Turkiye.

KPDN, Kementerian Perdagangan Turkiye setuju tubuh jawatankuasa pantau pelaksanaan MoU
KPDN bersama Kementerian Perdagangan Turkiye, bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa yang akan memantau aspek pelaksanaan MoU yang dimeterai kedua-dua pihak.

Sasaran jumlah dagangan AS$10b bakal buka peluang baharu dengan Malaysia - Erdogan
Erdogan berkata, sasaran itu adalah selari dengan visi kedua-dua negara untuk meningkatkan mobiliti dan kepelbagaian dalam perdagangan dan pelaburan, yang bakal memanfaatkan Malaysia dan Turkiye.

Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral
Pertemuan empat mata di antara Anwar dan Erdogan menyentuh fokus memperkukuhkan lagi hubungan bilateral, selain bertukar-tukar pandangan tentang isu serantau dan global.

Lawatan Erdogan: Malaysia, Turkiye jalin kerjasama strategik melalui 11 MoU
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan hari ini menyaksikan pertukaran 11 perjanjian persefahaman (MoU) di antara dua negara.

Anwar, Erdogan adakan pertemuan empat mata
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan hari ini mengadakan pertemuan empat mata di Kompleks Perdana Putra.

Presiden Erdogan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Sebaik tiba pada 11.10 pagi, Erdogan disambut Perdana Menteri Anwar sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Turkiye sasar ganda perdagangan dengan Malaysia kepada US$10 bilion
Erdogan berkata, Turkiye ingin meningkatkan usaha bersama dalam setiap sektor dan bergerak maju bersama dalam pelbagai bidang dengan Malaysia.

Erdogan pejuang Palestin sejati, tidak gentar kutuk pendudukan haram, pembunuhan beramai-ramai - Anwar
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan adalah antara pemimpin dunia yang menunjukkan kecerahan moral dan keberanian dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin.