Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan melancarkan kecaman baru terhadap Israel berhubung serangannya ke atas Gaza apabila membandingkan pemikiran sesetengah pemimpin Yahudi itu dengan Hitler, lapor AFP.
Erdogan, yang menganggap dirinya sebagai pemimpin Islam dunia yang menyuarakan hak-hak rakyat Palestin, meningkatkan kecamannya itu ketika korban serangan rejim Zionis itu ke atas Gaza mengorbankan lebih 300 orang.
"Israel tidak ada hati nurani, tidak ada maruah, tidak ada kehormatan. Mereka mengutuk Hitler siang malam namun kini mereka sudah melampaui Hitler dalam hal barbarisme," laung Erdogan di hadapan pendukungnya di Ordu yang terletak di pesisir Laut Hitam.
Perdana Menteri itu sebelum ini menuduh ahli politik haluan kanan Israel, Ayelet Shaked sebagai sama pemikirannya dengan Hitler apabila wanita itu membuat kenyataan kontroversi di media sosial mengatakan warga Palestin memang selayaknya mati.
Erdogan kuat menentang Israel sejak rejim itu melancarkan serangan ke atas pejuang Palestin yang mendukung Hamas di Gaza. Menurutnya, rejim Zionis itu melakukan pembantaian ke atas rakyat Palestin.
Perdana Menteri itu juga menolak kemungkinan memperbaiki hubungan dua hala yang mula renggang sejak Israel menceroboh kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan ke Gaza pada 2010. Insiden itu membunuh 10 rakyat Turki.
Astro Awani
Sat Jul 19 2014
Recep Tayyip Erdogan
Ireland janji bantuan tambahan kepada UNRWA susulan pemotongan dana oleh AS
Ireland pada Jumaat mengumumkan bantuan tambahan sebanyak AS$20.7 juta kepada UNRWA.
OpenAI ambil serius dakwaan pencerobohan data
OpenAI menyatakan pihaknya mengambil serius laporan mengenai pencerobohan data.
PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menceburi perniagaan produk makanan berasaskan ayam bagi menjana pendapatan dalam usaha membantu membangunkan ekonomi dan kebajikan ahli.
Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.
Usah bangkit isu perpaduan, dimanipulasi pihak tertentu
Isu perpaduan di Malaysia seharusnya tidak lagi menjadi perdebatan utama selepas lebih enam dekad negara mencapai kemerdekaan.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Brussels - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam siri insiden tembakan di beberapa lokasi di Brussels, Belgium, dalam tempoh 72 jam lalu yang mengakibatkan seorang maut dan tiga cedera.
Zelenskiy setuju tawar AS perjanjian nadir bumi dan mineral
Zelenskiy menekankan keperluan Ukraine untuk mendapatkan jaminan keselamatan daripada sekutunya sebagai sebahagian daripada sebarang penyelesaian.
Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol
Presiden Trump umum akan memecat ejen FBI yang didakwa korup dalam siasatan serangan 6 Januari 2021. Pentadbirannya setuju untuk tidak mendedahkan nama ejen buat sementara waktu.
Jepun gandakan perbelanjaan pertahanan
Presiden Trump umum Jepun tingkat belanja pertahanan menjelang 2027. AS komited terhadap keselamatan Tokyo, meluluskan hampir satu bilion dolar dalam jualan ketenteraan asing minggu ini.
Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO
Semua pencarum PERKESO tidak perlu lagi membayar untuk rawatan perubatan di klinik panel bermula tahun ini.
Ireland janji bantuan tambahan kepada UNRWA susulan pemotongan dana oleh AS
Ireland pada Jumaat mengumumkan bantuan tambahan sebanyak AS$20.7 juta kepada UNRWA.
Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menolak sekeras-kerasnya sebarang rancangan pemindahan rakyat Palestin secara paksa.
Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza
Pemulihan dan pembangunan semula Gaza merupakan antara perkara utama dijangka dibincangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.
Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600 manakala 28 lagi mayat ditemukan daripada runtuhan
Menurut kementerian, jumlah korban termasuk seorang yang meninggal dunia akibat kecederaan dan dua lagi ditembak mati oleh tentera Israel.
Trump mahu Gaza: Gunakan mekanisme bidang kuasa universal dakwa Netanyahu, Israel - CENTHRA
Mekanisme bidang kuasa universal boleh digunakan untuk mendakwa dan memastikan tindakan undang-undang dikenakan kepada Benjamin Netanyahu serta pegawai-pegawai Israel.
Kaukus Palestin Parlimen Malaysia gesa segerakan mesyuarat CEAPAD
Kaukus Palestin Parlimen Malaysia menggesa agar Mesyuarat Persidangan Kerjasama Antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) yang pertama disegerakan bagi merangka strategi pembangunan Gaza.
Gencatan senjata Gaza: Trump akan berdepan lebih banyak tentangan selepas Jordan, Arab Saudi - Penganalisis
Amerika Syarikat dibawah kepimpinan Presiden Donald Trump akan berdepan dengan lebih banyak tentangan daripada masyarakat antarabangsa mengenai isu Palestin.
Pendirian Malaysia terhadap Gaza sama dengan negara Islam lain - PM Anwar
Pendirian Malaysia sama seperti negara Islam lain mengenai situasi semasa di Gaza, Palestin.
Budaya pandang sebelah mata kepada kesengsaraan Palestin perlu dibendung - MAPIM
Budaya tidak cakna dan meletakkan sempadan kepada kesengsaraan rakyat Palestin perlu dibendung.
Jepun pertimbang terima penduduk Gaza untuk rawatan - PM Ishiba
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba, pada Isnin berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menawarkan bantuan perubatan di Jepun kepada penduduk Gaza.