KUANTAN: Konsep alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) merupakan aspek penting yang perlu diperkasa serta boleh dijadikan penanda aras dan diaplikasikan dalam tadbir urus organisasi, negeri mahupun negara.
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah inisiatif untuk melindungi alam sekitar harus diberikan perhatian serius supaya bumi tidak dimanipulasi oleh 'tangan-tangan manusia yang rakus mencari keuntungan dengan memusnahkan sumber alam'.
"Kita dapat melihat dunia kini semakin mencabar dan berevolusi menuju kepada satu keadaan yang sangat sukar dijangka. Ini ditakrifkan sebagai 'brittle, anxious, non-linear dan incomprehensible' atau rapuh, penuh kebimbangan, tidak linear dan semakin sukar difahami.
"Kita boleh mengambil contoh daripada isu bencana alam... sebelum ini kita jarang mendengar berkenaan 'debris flood' (banjir puing) yang melanda teruk negara kita, namun beberapa bulan lalu, kawasan tanah tinggi telah diancam banjir seumpama ini dan kawasan yang tidak pernah banjir turut dinaiki air," titah Seri Paduka.
Tunku Azizah bertitah demikian semasa menyempurnakan Istiadat Konvokesyen 2022 Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) dan Sambutan 30 Tahun Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang (IKIP)/Kolej Yayasan Pahang (KYP) dan UCYP di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.
Turut berangkat, Tengku Panglima Raja Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Pro-Canselor UCYP.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Pro-Canselor UCYP yang turut dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat dalam Politik dan Kerajaan, selain Naib Canselor UCYP Prof Emeritus Datuk Dr Ahmad Zainuddin dan Pengerusi Lembaga Pengelolanya Tan Sri Prof Dr Noorul Ainur Mohd Nur.
Selain itu, Seri Paduka yang juga Tuanku Canselor UCYP menzahirkan harapan rakyat Pahang untuk menyokong kempen 'Go Green' oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang bertujuan menjaga dan memulihara alam sekitar.
Tunku Azizah bertitah aspek sosial juga penting bagi melahirkan masyarakat yang sihat mental dan fizikal, dengan memberikan keseimbangan antara kerja dan keluarga selain mempunyai kekuatan rohani mengikut kepercayaan agama masing-masing.
"Aspek tadbir urus juga tidak kurang pentingnya terutamanya apabila melibatkan ekonomi negara. Perbelanjaan kewangan yang telus sangat perlu bagi mengelak ketirisan yang merugikan rakyat. Sekiranya kewangan negara dikendalikan dengan baik, rakyat akan menerima manfaatnya sekali gus mengurangkan isu seperti kemiskinan dan pengangguran," titah Tunku Azizah.
Selain itu, Tunku Azizah menasihatkan graduan meneruskan usaha menuntut ilmu dan mengamalkannya dengan etika terbaik supaya rakyat Malaysia dapat berkembang maju dengan penuh nilai dan moral yang tinggi sehingga disegani masyarakat luar.
Seri Paduka juga menzahirkan tahniah kepada pentadbiran UCYP yang mendapat kelulusan penubuhan sebagai universiti penuh pada 6 Ogos lepas, selain berharap institusi pendidikan yang ditubuhkan pada 1992 itu terus berkembang maju dalam mendidik lebih ramai generasi hadapan Malaysia.
Konvokesyen pertama secara bersemuka selepas pandemik COVID-19 yang berlangsung hari ini dan esok, menyaksikan 1,775 graduan menerima diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 10 2022
![ESG perlu diperkasa, jadi penanda aras tadbir urus - Tunku Azizah ESG perlu diperkasa, jadi penanda aras tadbir urus - Tunku Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662796172_PermaisuriAgong.jpg)
Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat bagi menyempurnakan Istiadat Konvokesyen 2022 Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) dan Sambutan 30 Tahun Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang (IKIP)/Kolej Yayasan Pahang (KYP) dan UCYP hari ini. - BERNAMA
![Google akan guna pembelajaran mesin untuk anggar usia pengguna Google akan guna pembelajaran mesin untuk anggar usia pengguna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739443078_GooglePembelajaranM.jpg)
Google akan guna pembelajaran mesin untuk anggar usia pengguna
Ciri School Time kini boleh digunakan pada peranti pintar dan tablet untuk mengurangkan gangguan daripada aplikasi hiburan.
![Anggota polis didenda RM5,000 kerana terima rasuah Anggota polis didenda RM5,000 kerana terima rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739443925_tbrasuahAnggotapo.jpg)
Anggota polis didenda RM5,000 kerana terima rasuah
Seorang anggota polis didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menerima rasuah RM1,000.
ASEAN 2025 | 13 Februari
ASEAN 2025 harini bersama Nickyson Nyambar membawa tumpuan berikut:
1. Malaysia terus tekad tarik minat pelabur - PM Anwar
2. Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
3. Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
1. Malaysia terus tekad tarik minat pelabur - PM Anwar
2. Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
3. Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
![Anwar bantu empat keluarga di Parlimen Tambun keluar dari kemiskinan tegar Anwar bantu empat keluarga di Parlimen Tambun keluar dari kemiskinan tegar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739439696_TambunAhmadFarhan.jpg)
Anwar bantu empat keluarga di Parlimen Tambun keluar dari kemiskinan tegar
Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada empat keluarga daripada kategori miskin tegar di Parlimen Tambun hari ini.
![Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM
Seorang eksekutif akaun didakwa atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah dan menghalang tugas anggota polis dengan memintas kenderaan polis pengiring kenderaan TPM.
![Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699939560_ZuraidaKamaruddin.jpg)
Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April
Semua pihak terlibat diarah kemuka hujahan bertulis selewat-lewatnya 2 April dan satu lagi sesi pengurusan kes akan diadakan pada 7 April untuk kemas kini pematuhan kepada arahan mahkamah.
53 wilayah Thailand dilanda pencemaran debu halus
53 wilayah di Thailand dilanda pencemaran debu halus tahap berbahaya kepada kesihatan pada pagi Khamis menurut Agensi Pembangunan Teknologi Geo-informatik dan Angkasa (Gistda).
Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya berkenan menganugerahkan kain diraja "Siriraj Phasthra Phorn" yang direka oleh baginda sendiri kepada penenun dan artisan tempatan.
Galakkan digitalisasi usahawan wanita asia tenggara - Setiausaha Agung ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr. Kao Kim Hourn menggalakkan digitalisasi usahawan wanita di asia tenggara yang sering beri tumpuan kepada isu sosial yang diabaikan usahawan lelaki.
![BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739439422_LeongJunHaoYMar.jpg)
BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan
Buat pertama kali sejak Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) diperkenalkan Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan dan layak ke suku akhir.
![PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732100394_BankNegaraMalaysia.jpg)
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
![Perniagaan Malaysia digesa utamakan pematuhan ESG untuk bersaing di pasaran AS Perniagaan Malaysia digesa utamakan pematuhan ESG untuk bersaing di pasaran AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710381256_TBgreenwashingjp.jpg)
Perniagaan Malaysia digesa utamakan pematuhan ESG untuk bersaing di pasaran AS
Perniagaan Malaysia mesti menyesuaikan piawaian pematuhan kawal selia ESG Amerika Syarikat (AS) untuk kekal berdaya saing di negara itu yang merupakan salah satu pasaran terbesar dunia.
![SIRIM ESG Holistic Ecosystem percepat amalan ESG dalam industri SIRIM ESG Holistic Ecosystem percepat amalan ESG dalam industri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731037690_tbSIRIMESG.jpg)
SIRIM ESG Holistic Ecosystem percepat amalan ESG dalam industri
Ia berfungsi sebagai penyelesaian penting dalam meletakkan Malaysia selaku peneraju dalam amalan yang lestari dan bertanggungjawab.
![ESG jamin pembangunan Selangor tidak korban alam sekitar, kesejahteraan rakyat ESG jamin pembangunan Selangor tidak korban alam sekitar, kesejahteraan rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728568039_AmiruddinShari.jpg)
ESG jamin pembangunan Selangor tidak korban alam sekitar, kesejahteraan rakyat
Di Selangor, pelaksanaan ESG telah mula dijadikan keutamaan dalam setiap perancangan pembangunan.
![Malaysia melihat kemampanan industri nadir bumi dengan potensi semakan perundangan Malaysia melihat kemampanan industri nadir bumi dengan potensi semakan perundangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725945878_NikNazmiNikAhmad.jpg)
Malaysia melihat kemampanan industri nadir bumi dengan potensi semakan perundangan
Ia untuk menilai keperluan pelarasan bagi pengawasan cekap sektor unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).
![Suara anak muda terhadap ESG penting capai masa depan lestari Suara anak muda terhadap ESG penting capai masa depan lestari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717550736_HariAlamSekitar.jpg)
Suara anak muda terhadap ESG penting capai masa depan lestari
Suara anak muda terhadap inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) penting bagi mencapai masa depan lestari, selamat serta bumi yang sihat untuk diduduki oleh generasi akan datang.
![KWAP peruntuk RM20 bilion untuk peralihan aset KWAP peruntuk RM20 bilion untuk peralihan aset](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722928982_NikAmlizan.jpg)
KWAP peruntuk RM20 bilion untuk peralihan aset
KWAP mengukuhkan komitmennya terhadap pelaburan mampan dengan meningkatkan tumpuannya terhadap aset peralihan menerusi peruntukan RM20 bilion.
![UNGCMYB, Astro lancar Program ‘Forward Faster Louder’ UNGCMYB, Astro lancar Program ‘Forward Faster Louder’](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722856090_tbUNGCMYBASTROSU.jpg)
UNGCMYB, Astro lancar Program ‘Forward Faster Louder’
Aspek utama kerjasama itu adalah berkisarkan kepada memperkasakan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) di Malaysia.
![PM Anwar umum sumbangan RM 1 juta kepada NCCIM PM Anwar umum sumbangan RM 1 juta kepada NCCIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721923657_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar umum sumbangan RM 1 juta kepada NCCIM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sumbangan RM1 juta kepada NCCIM atas sokongan kepada usaha kerajaan menggalakkan pelaburan domestik dan antarabangsa.
![FGV lancar Rangka Kerja Kelestarian, raih manfaat jangka panjang FGV lancar Rangka Kerja Kelestarian, raih manfaat jangka panjang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721041521_TBFGV.jpg)
FGV lancar Rangka Kerja Kelestarian, raih manfaat jangka panjang
FGV Holdings Bhd (FGV) melancarkan Rangka Kerja Kelestarian terbaharu yang diperkasa, sekali gus mengorak langkah ke arah komitmen berterusan FGV terhadap agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus.